Soalan 69
Saya mempunyai seorang anak angkat perempuan yang kini berusia 1 tahun 1 bulan. Ketika saya mengambilnya, saya belum mempunyai sebarang cahayamata tetapi kini saya sudah disahkan mengandung 4 bulan. Sekiranya saya bersalin nanti, usia anak angkat saya itu belumpun mencecah 2 tahun.
- Sekiranya saya memberinya minum susu badan saya pada waktu itu, dan melalui botol susu,adakah dia boleh dikatakan sebagai anak susuan saya?
- Sekiranya boleh, bagaimana pula hubungan dia dengan suami dan anak lelaki saya? Adakah mereka boleh menjadi wali?
- Perlukah saya meminta izin daripada sesiapa dahulu untuk menyusukan anak angkat saya itu?
Jawapan
1. Ya,anak angkat yang turut disusui akan dikategorikan sebagai anak susuan.
2. Hubungan dia dengan anak lelaki adalah adik-beradik susuan dan boleh disabitkan sebagai mahram, bagaimanapun suami puan tidak boleh manjadi wali kerana tidak termasuk dalam golongan wali nasab.
3. Puan dianjurkan untuk beroleh izin daripada suami dan ibubapanya sekiranya masih ada untuk mengelak masalah di kemudian hari
No comments:
Post a Comment