Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Kemusykilan lafaz talaq

Soalan 70

Sepasang suami isteri yang sedang bertelingkah mengenai masalah rumahtangganya. Isunya tidaklah besar cuma si isteri lewat menyediakan makan tengahari. Oleh kerana tidak puas hati dan dalam kemarahan dan kelaparan, si suami telah mengeluarkan dialog seperti berikut:

Suami: Nak saya tinggalkan awak? Tunggulah, kalau awak buat lagi.

Fakta isteri:

  1. Sedang mengandung 5 bulan
  2. Suri rumah sepenuh masa
  3. Menpunyai 3 orang anak yang masih kecil(2 tahun, 5 tahun, 7 tahun)

Isteri tersebut bukan sengaja melewat-lewatkan atau mengabaikan tanggungjawabnya, cuma keadaannya tidak mengizinkan.

Soalannya:

  1. Apakah dialog tersebut mempunyai implikasi TALAK?
  2. Jika si isteri mengulangi perbuatannya-lewat menyediakan makanan, apakah implikasinya jika
    1. tidak sengaja
    2. sengaja

Jawapan

Lafaz talaq terbahagi kepada tiga:

  1. Lafaz talaq terang(sarih): Ada lafaz talaq cerai dan tidak perlukan niat.
    contoh lafaz: "aku ceraikan engkau dengan talaq satu"

  2. Lafaz talaq kinayah(sindir): Dimana ia mesti disertai dengan niat.
    contoh lafaz: "Aku balikkan engaku ke rumah ibu engkau

  3. Lafaz talaq takli
    contoh lafaz: "Kalau engkau keluar dari rumah ini tertalaqlah engkau"

Berbalik kepada soalan tadi, dialog tersebut tidak menjadi talaq kerana ayat itu merupakan satu pertanyaan atau ugutan sahaja. Si isteri dinasihatkan berbaik semulan dengan suami. Untuk makluman pihak puan, Mahkamah Syariah adalah pihak berkuasa secara muktamad bagi mengesahkan kedudukan lafaz cerai pihak suami sekiranya masih ada pertikaian.

No comments:

Post a Comment