Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM


Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5).

Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

''Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.


Sumber

TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM



TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5).

Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

''Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.


Sumber

Kasut tumit tinggi coklat dijual


Kasut tumit tinggi coklat dijual



SEORANG pekerja pasar raya Seibu melihat sepasang kasut tinggi yang diperbuat daripada coklat di pasar raya Seibu, Tokyo semalam. - AFP


TOKYO - Sepasang kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada coklat dan mempunyai hiasan daun keemasan telah dijual kepada orang ramai di sini.
Kasut tumit tinggi itu yang dipamerkan di pasar raya Seibu dijual pada harga AS$122 (RM395) bermula semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ng5nOh8z 
Hakcipta terpelihara 


Fwd: Majlis perkahwinan anak saudara bilionair


Majlis perkahwinan anak saudara bilionair

BEHL tiba dengan menaiki kuda pada majlis perkahwinan tersebut.- YOUTUBE


LONDON - Seorang anak saudara perempuan kepada bilionair terkenal India, Lakshmi Mittal berkahwin dalam majlis perkahwinan yang melibatkan kos £50 juta (RM263.26 juta) di Barcelona, lapor akhbar dalam talian, MailOnline semalam.
Anak saudara perempuan Lakshmi itu, Shristi Mittal, 26, mendirikan rumah tangga dengan Gulraj Behl yang merupakan seorang pelabur bank dalam majlis perkahwinan yang menyebabkan sebuah muzium di Barcelona ditutup baru-baru ini.
Seramai 200 pelayan terlibat dalam majlis perkahwinan tersebut.
Pengantin lelaki yang berusia 36 tahun itu tiba di lokasi majlis perkahwinan tersebut dengan menaiki kuda.
Shristi merupakan anak perempuan kepada adik Lakshmi iaitu Pramod yang juga terlibat dalam perniagaan besi.
Lakshmi merupakan seorang ahli perniagaan besi yang nilai kekayaannya dianggarkan £42.2 bilion (RM223.09 bilion) pada tahun 2008.
Dia juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ArcelorMittal iaitu syarikat perniagaan besi terbesar di dunia.
Lakshmi juga memegang kepentingan 34 peratus dalam kelab bola sepak Queens Park Rangers.
Keluarga Lakshmi turut menyewa sebuah helikopter untuk melihat pemandangan di Barcelona.
Cef-cef dilaporkan diterbangkan khas dari India dan Thailand untuk melayani 500 tetamu pada majlis perkahwinan tersebut.
Kek majlis perkahwinan itu pula dianggarkan seberat 60 kilogram.
Majlis tersebut berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu dengan majlis perkahwinan mengandungi unsur-unsur Barat dan Hindu.
Pada hari terakhir, Muzium Seni Catalan Kebangsaan ditutup kerana ia merupakan lokasi majlis perkahwinan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ng5eFIRG 
Hakcipta terpelihara 


Selesaikan Masalah Perkahwinan dengan Teknik Mudah

 
Semua perkahwinan pasti akan ada masalah. Jika anda sedang mencari bantuan dalam menyelesaikan masalah perkahwinan anda sendiri, penting untuk anda sedar bahawa anda tidak keseorangan. Ramai yang menghadapi masalah dalam perkahwinan seperti anda. Apabila melihat beberapa masalah yang kerap berlaku dalam perkahwinan, teknik-teknik yang mudah boleh dilakukan dalam kebanyakan kes untuk menghentikan masalah ini daripada terus berpanjangan.


Antara masalah yang paling biasa dan kerap berlaku dalam perkahwinan ialah masalah kewangan, tidak mempunyai masa bersama yang cukup antara satu sama lain, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dalam membesarkan anak dan juga masalah pasangan kurang romantik. Apabila anda mengambil nasihat yang disenaraikan di bawah, anda akan mempelajari beberapa teknik mudah untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang kerap berlaku ketika ini.


Elakkan dari Pergaduhan Yang Tidak Adil

Tidak kira apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, ianya penting untuk anda membincangkannya dan menyelesaikannya dalam keadaan yang cukup bertolak-ansur dan saling memahami. Perselisihan pendapat dalam apa-apa hubungan dan hubungan pasti akan terjadi. Namun, perselisihan itu perlulah berlaku dalam keadaan yang terkawal. Anda tidak perlu terlalu bersikap pentingkan diri sendiri atau terlalu mempertahankan diri anda. Jangan sekali-kali mengungkit kembali kesilapan lalu pasangan anda. Fokus dan hanya berbincang isu yang sedang berlaku sahaja, bukannya isu-isu lama yang diungkit kembali. Anda juga tidak perlu mengkritik pasangan anda sama sekali.
Perselisihan dan perbezaan pendapat kadang-kala baik untuk perkahwinan sebagai asam garam kehidupan, tetapi berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil dan mengikut nafsu amarah hanya akan membawa perasaan buruk dan fikiran negatif terhadap pasangan anda. Apabila anda berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan akan lebih terbuka dan masing-masing akan sedar akan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, dan seterusnya dapat mencari penyelesaian bersama.


Sentiasa Memaafkan dan Melupakan Kesalahan Lalu

Bila-bila masa anda berhujah atau berselisih faham dengan pasangan anda, anda harus cuba untuk menyelesaikannya, memaafkan dan melupakan masalah tersebut. Berbincang masalah semasa sahaja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau dan cubalah untuk saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian telah dipersetujui, lupakan masalah tersebut dan amalkan untuk saling memaafkan antara satu sama lain.


Jangan Mungkir Janji

Janji yang terungkap di bibir selalunya indah-indah dan manis-manis belaka, tapi apabila tiba masa untuk menunaikan janji-janji tersebut, anda gagal untuk melakukannya!  Percayalah bahawa anda telah melakukan kesilapan besar dan jika tidak ditangani dengan betul, masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan anda. Jadi, penting untuk kita tepati janji walaupun janji tersebut sekecil-kecil janji seperti berjanji ingin keluar makan bersama. Perlu diingat bahawa janji-janji kecil yang tidak ditepati juga boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan anda.


'Dating' Bersama Pasangan

Salah satu kaedah yang sangat berjaya dalam menyelesaikan masalah biasa dalam perkahwinan adalah dengan mengatur 'dating' semula dengan pasangan anda seolah-olah pertemuan pertama dahulu. Teknik ini akan mengimbas kembali kenangan anda ketika anda mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya untuk bersama-sama apabila anda pertama kali bertemu dan anda selalu bercakap tentang kegembiraan anda bersama pasangan. Bercakaplah tentang kehidupan bersama pasangan anda. Luahkan segala perasaan anda terhadapnya. Amalan sebegini pasti akan memberi perbezaan yang besar dalam perjalanan perkahwinan anda yang bahagia.

Dua nasihat untuk bakal pengantin.

 
Sekarang ramai pasangan berkahwin tetapi tidak nampak seperti sedang berkahwin. Ini terjadi kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk  berkahwin tetapi ingin berkahwin. Untuk elakkan perkara yang tidak di ingini berlaku pada anda dan pasangan anda selepas berkahwn, artikel ini akan beri anda dua nasihat.

Nasihat pertama : Kenal siapa pasangan anda sebenarnya.

Bercinta dan berkahwin adalah dua fasa yang berbeza. Apabila bercinta, anda lebih nampak luaran dia berbanding dalaman dia manakala ketika berkahwin, anda berdua akan hidup bersama. Jika anda tidak kenal siapa sebenarnya pasangan anda, anda akan rasa sukar untuk menerima dia ketika hidup bersama nanti. Anda perlu tahu apa kebaikan dan keburukan dia secara serentak, barulah anda akan boleh terima dia seadanya.

Selain itu, bagaimana anda hendak cari keserasian jka anda tidak kenal siapa pasangan anda. Anda perlu kenal dia, baru anda akan rasa serasi.

Nasihat kedua : Perlu ada komitmen.

Perkahwinan bukannya perkara main – main. Anda perlu ada komitmen untuk menjayakannya, barulah anda berdua akan bahagia. Jika anda tidak memberi komitmen yang sepatutnya, hubungan anda berdua pasti akan di landa ombak besar. Anda perlu tahu sepenuhnya tanggungjawab anda apabila berkahwin kelak. Apabila pasangan anda minta komitmen dari anda, anda perlu beri.


Kedua – dua perkara di atas penting untuk memastikan permulaan perkahwinan anda berdua dapat di jalani dalam keadaan bahagia dan tenteram.

Empat cara untuk kekalkan tarikan seksual antara suami isteri.

 
Jika hilang tarikan seksual antara suami isteri, hilanglah seri rumah tangga kerana tiada lagi tarikan antara satu sama lain. Untuk elakkan perkara ini dari berlaku, anda boleh amalkan enam cara berikut untuk kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.
Cara pertama : Bersenam.
Apabila anda selalu bersenam, badan anda akan jadi lebih sihat dan minda anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan seks. Ini kerana akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan anda akan ketagih padanya.
Cara kedua : Sentiasa fokus untuk puaskan pasangan anda.
Semasa bersetubuh, anda fokus untuk puaskan pasangan anda atas dasar cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual sentiasa ada.
Cara ketiga : Jaga penampilan diri supaya sentiasa tampil seksi pada pasangan anda.
Ketika di rumah, anda pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan anda. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan anda sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan masing – masing.
Cara keempat : Jangan anggap diri tua.
Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila – bila masa anda suka. 

cara menghormati pasangan anda sebagai insan yang anda cintai.



1. Sentiasa berada di belakang pasangan anda ketika dia sedang gembira atau ketika dia sedang sedih. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Sentiasa berikan bantuan ketika dia perlukan dan berada di sisi dia apabila dia perlukan anda.
2. Anda tidak ceritakan hal keluarga anda pada orang lain. Semua masalah keluarga anda, anda hanya cerita pada pasangan anda dan hanya anda berdua yang selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan pihak ketiga.

3. Anda tidak izinkan adik beradik atau ibu bapa anda menyakiti pasangan anda. Sentiasa back up pasangan anda. Jangan benarkan orang luar buat keputusan untuk perkahwinan anda.

4. Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda tanpa dia meminta daripada anda. Anda luangkan masa kerana anda hormat pada pasangan anda dengan tunaikan hak – hak dia sebagai pasangan anda.

5. Sentiasa berbual dengan pasangan anda tanpa mengira topik. Apabila anda selalu berbual dengan pasangan anda, anda sebenarnya menganggap dia sebagai teman hidup anda dan itu adalah penghormatan buat pasangan anda.

6. Sentiasa berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pasangan anda. Apabila anda berkongsi cerita peribadi anda pada pasangan anda, pasangan anda akan rasa diri dia sangat penting buat anda.

7. Tidak mengutuk pasangan anda di hadapannya dengan kata – kata yang tidak elok. Paling penting, jangan mengumpat perangai pasangan anda pada pihak ketiga.

8. Sentiasa minta maaf jika anda lakukan kesalahan dan sentiasa maafkan pasangan anda jika dia lakukan kesalahan. Selain itu, sentiasa ucapkan perkataan terima kasih pada pasangan anda.

9. Manjakan pasangan anda dengan hati yang ikhlas. Jangan kedekut untuk keluarkan wang untuk memanjakan pasangan anda. Beri apa yang pasangan anda mahu.

10. Mencintai pasangan anda seadanya. Jangan  paksa pasangan anda untuk ubah peribadi dirinya.

Lima rahsia untuk kekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan.


Berikut adalah lima rahsia yang anda boleh amalkan untuk kekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan anda.
Rahsia pertama : Sentiasa mencintai pasangan anda.
Jangan sesekali anda tukarkan perasaan cinta kepada perasaan benci atau beri cinta anda kepada orang lain. Teruskan mencintai dirinya. Apabila anda terus mencintai dia, kebahagiaan dalam perkahwinan anda akan kekal.
Rahsia kedua : Sentiasa berkomunikasi dan berkongsi impian.
Apabila anda sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan lebih kenal dia secara dalaman. Jadi, anda akan rasa bertambah sayang pada dia. Komunikasi juga akan membuka hati anda berdua untuk saling berkongsi impian. Apabila anda berkongsi impian, anda berdua akan lebih percaya antara satu sama lain dan rasa cinta juga akan meningkat.
Rahsia ketiga ; Sentiasa bersatu hati.
Lakukan semua perkara dengan suami anda walaupun perkara itu kecil dan mudah untuk di lakukan. Pasangan anda perlu tahu apa yang anda sedang usahakan dan anda juga perlu ambil tahu apa yang pasangan anda sedang usahakan. Apabila anda berdua bersatu dalam semua perkara, cinta akan sentiasa ada.
Rahsia keempat ; Jangan lupa untuk cium pasangan anda.
Pastikan hari – hari anda di penuhi dengan ciuman dan pelukan dengan pasangan anda. Saling menggoda secara fizikal akan menambahkan rasa cinta dan kekuatan cinta akan bertambah apabila tarikan seskual antara anda berdua adalah kuat.
Rahsia kelima : sentiasa gembira dengan pasangan anda.
Jika dia bersedih, anda perlu  cepat – cepat gembirakan pasangan anda. Anda juga perlu sentiasa gembira dengan pasangan anda. Apabila anda berdua gembira, cinta akan sentiasa ada.

Empat tips untuk kekal intim dengan pasangan anda.

 
Intim bermaksud hubungan yang sangat rapat. Jika anda mahu kekal intim dengan pasangan anda, anda boleh ikut empat tip di bawah.
Tips pertama : Intim secara fizikal dan mental.
Jangan hanya intim secara fizikal dengan pasangan anda, anda juga perlu intim secara mental. Berikan dia kasih sayang dan ambil berat akan dia. Cintai dia sepenuhnya tanpa berbelah bahagi. Sentiasa menyentuh dia dengan sentuhan yang penuh kasih sayang.
Tips kedua : Jangan sembunyikan perasaan.
Jika anda marah, anda jangan pendam. Sebaliknya anda mengadu kenapa anda marah pada pasangan anda. Dengan ini, anda berdua akan lebih intim kerana dia memahami anda.Jangan sembunyikan perasaan. Sentiasa luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Apabila masing – masing tahu mengenai perasaan sebenar masing – masing, anda berdua akan rapat.
Tips ketiga : Jadi pendengar yang setia.
Anda akan rapat pada orang yang sedia mendengar apa yang terbuku di dalam hati anda. Jika anda mendengar apa yang pasangan anda ingin sampaikan, anda akan rapat dengan dia. Dia juga pasti akan mencari anda untuk meluahkan apa yang dia rasa.
Tips keempat : Luangkan masa untuk pasangan anda.
Lupakan kerja, lupakan kawan – kawan anda dan lupakan hobi anda. Lebih luangkan masa bersama  dengan pasangan anda. Masa adalah sangat berharga. Jika anda luangkan masa bersama dengan pasangan anda, anda berdua akan lebih rapat dan sentiasa intim.

Tiga cara pikat hati suami anda

 
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana hendak memikat hati suami anda, berikut ada tiga cara untuk anda jadikan panduan.
Cara pertama : Jaga emosi suami anda.
Jika anda pandai jaga emosi suami anda, anda pasti akan berjaya memikat hati dia. Jika suami anda sedang marah, anda jangan marah dia. Sebaliknya, anda tenangkan dia dengan kebijaksanaan. Jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemarahan dan perasaan kurang senang suami anda. Gembirakan suami anda dengan sentiasa membuatkan dia untuk mencintai diri anda.
Cara kedua ; Tunjukkan rasa cinta pada suami anda.
Sekarang, anda sudah berkahwin. Jadi, anda boleh tunjukkan rasa cinta melalui pelbagai cara. Pelukan, ciuman, urutan dan rabaan adalah antara cara untuk anda tunjukkan rasa cinta kepada suami anda. Selain itu, anda juga boleh layan suami anda seperti sang raja sebagai tanda anda mencintai dia. Tunjukkan pada dia bahawa dia sangat penting dalamhidup anda.
Cara ketiga : Tarikan secara seksual.
Ketahui bagaimana nafsu seks suami anda dan jadilah seperti mana yang dia mahu. Jadi seseorang yang boleh merangsang nafsu suami anda. Jika suami anda bernafsu pada anda, pasti dia akan menyayangi anda dengan sepenuh hati dia tanpa  berbelah bahagi.
Ketiga – tiga cara di atas sangat sesuai untuk di praktikkan bagi memikat hati suami anda. Cubalah, nescaya anda akan nampak hasil yang positif.

Rapatkan hubungan di antara suami isteri.


Bagaimana anda ingin rapatkan kembali hubungan dengan pasangan anda?
Ikuti 7 tip di bawah:

Tunjukkan pada pasangan anda yang anda sangat mencintai dirinya dan anda tidak mahu langsung berpisah dengannya. Nyatakan komitmen pada pasangan anda yang anda ingin bersama  buat selama – lamannya dengannya.
Sentiasa puji pasangan anda dan beri sokongan pada dia. Jangan sesekali anda bandingkan dia dengan rakan dia atau sesiapa sahaja kerana tindakan anda ini akan buatkan pasangan anda berjauhan dengan anda.

Sentiasa berdamping dengan pasangan anda di mana sahaja anda berada. Jika anda berdua bekerja, ambil masa untuk makan tengah hari bersama – sama. Jika tidak sempat untuk bersama, pastikan selepas bekerja anda luangkan masa sepenuhnya dengan pasangan anda. Jangan biarkan dia keseorangan.

Sentiasa perbaiki diri anda supaya kelihatan menarik di mata pasangan anda. Hias diri anda dan perbaiki personaliti anda supaya pasangan anda semakin tertarik untuk rapat dengan anda.

Sentiasa beri perhatian pada pasangan anda. Serahkan seluruh jiwa dan raga anda pada pasangan anda. Sentiasa dengar apa yang dia katakan. Sentiasa pentingkan pasangan anda berbanding diri anda sendiri.

Sentiasa terima pasangan anda seadanya. Jangan sesekali paksa pasangan anda untuk ubah perangai sedia adanya. Terima pasangan anda seadanya , insyaAllah anda akan lebih rapat dengan pasangan anda .

Sentiasa tambah sesuatu dalam kehidupan suami isteri anda. Sekali sekala anda rancang percutian keluarga atau buat apa sahaja aktiviti luar yang boleh merapatkan hubungan anda dan pasangan.

Sembilan perangai yang akan merapatkan hubungan suami isteri.

 
Pendengar yang baik.
Apabila anda selalu mendengar dengan baik apa yang pasangan anda katakan, dia juga akan selalu dengar apa yang anda ingin katakan. Jadi, hubungan anda berdua akan lebih rapat lagi.
Tunjukkan minat pada pasangan anda.
Apabila pasangan anda mengutarakan sesuatu atau berfikir mengenai sesuatu, anda tunjukkan minat anda pada dia. Selain itu, setiap hari anda tunjukkan minat pada pasangan anda  untuk tahu apa yang dia akan lakukan pada hari tu.
Tidak syak wasangka.
Jangan sesekali syak pada pasangan anda. Jika ingin tahu, anda perlu tanya pada dia terus. Jika anda syak bukan – bukan, anda hanya akan menjarakkan hubungan dengan pasangan anda kerana dia anggap anda tidak percaya padanya.
Bertolak ansur.
Tidak perlu jadi seorang yang keras kepala. Bertolak ansur dengan pasasangan anda supaya hubungan akan jadi lebih bahagia.
Tidak perlu perbesarkan hal yang kecil.
Jangan terlalu ambil serius perkara yang tidak penting. Perbuatan ini hanya akan menjauhkan hubungan suami dan isteri.

Sentiasa tolong pasangan anda.
Jika anda tidak tolong dia, siapa lagi yang akan tolong. Setiap tanggungjawab di dalam rumah tangga, anda berdua lakukannya bersama – sama.
Beri pasangan anda hadiah.
Beri hadiah pada pasangan anda apabila ada sahaja kesempatan. Melalui hadiah, dia tahu anda hargai dia dan dia juga akan hargai diri anda.
Meluangkan masa bersama – sama.
Jangan jad lone ranger. Sebaliknya sentiasa bawa pasangan anda untuk menemani anda dan ikut pasangan anda ke mana sahaja dia pergi.
Peluk.
Amalkan perbuatan memeluk pasangan anda supaya dia tahu anda sangat sayang pada dia.

10 perbuatan romantik dalam perkahwinan.

 
1- Ciuman goodbye atau kiss goodbye pada setiap pagi adalah perkara yang sangat romantik. Ciuman ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam pada anda dan pasangan anda. Anda berdua juga akan lebih bersemangat.

      2- Sentiasa mengucapkan perkataaan ‘ I love U’ setiap kali anda terasa ingin ucapkannya. Pasangan anda pasti akan rasa sangat di sayangi apabila anda selalu mengucapkan perkataan tersebut. Selain itu,  anda juga akan rasa sangat lega kerana dapat melepaskan perasaan sayang di hati menerusi ucapan I love U tersebut.
3.     
      3- Duduk berdua – duaan dengan pasangan anda . Anda boleh memeluk pasangan anda dari belakang dan ucapkan kata – kata cinta pada dia selama lima minit.

4.   4- Lakukan perkara bersama – sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti.
5.       
      5- Bergurau senda antara satu sama lain. Ketawa yang terhasil dari  lawak anda berdua pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing – masing.
6.       
      6- Raba pasangan anda ketika dia tidak sedar anda akan lakukannya pasti menerbitkan rasa sayang yang amat antara anda berdua.

7.   7- Sentiasa menyentuh pasangan anda seperti berpegangan tangan, memeluk pasangan anda dan menari bersama.

8.   8- Makan bersama – sama dengan pasangan anda. Suap makanan ke mulut pasangan anda.
9.       
      9- Urut pasangan anda jika anda lihat dia berada dalam keadaan letih.


10- Kongsi setiap perkara bersama – sama pasangan anda termasuklah hal –hal rahsia peribadi.


Tidak semestinya anda lakukan setiap tips di atas sekali gus. Anda boleh cuba mengikut kesesuain masa dan tempat.


Selain dari tips di atas anda boleh dapatkan idea baru untuk mencipta sesuatu yang baru untuk pasangan anda, cuba fikirkan sesuatu yang unik untuk pasangan anda supaya ia lebih meningkatkan kasih sayang dan romantik ketika bersama.

Tip untuk perkahwinan bahagia


1. Sentiasa ingat kewujudan pasangan anda. Jangan putuskan sesuatu keputusan tanpa merujuk pada pasangan anda. Apa sahaja yang anda lakukan, pasangan anda perlu tahu kerana dia memang berhak tahu.

2. Sentiasa tunjukkan pada pasangan anda yang anda sangat mencintai dirinya. Jangan pendamkan perasaan cinta kerana perbuatan anda itu adalah tidak adil. Anda perlu ambil kira perasaan pasangan anda. Perkahwinan akan lebih bahagia jika masing – masing tunjukkan rasa cinta pada satu sama lain.

3. Sentiasa hargai pasangan anda. Jangan kedekut untuk ucap terima kasih atau berikan pasangan anda hadiah kerana menjadi pasangan yang baik.

4. Sentiasa hormat pasangan anda dan jangan sesekali melukakan hatinya. Apabila anda hormat pasangan anda, anda boleh kawal diri anda dari melakukan perkara yang boleh beri kesan pada kebahagiaan rumah tangga anda.

5. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda . Ambil masa untuk luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Komunikasi akan membuatkan anda dan pasangan anda menjadi lebih faham antara satu sama lain.

6. Apabila masalah muncul, anda jangan marah. Sebaliknya anda terus bincang bagaimana hendak selesaikan masalah tersebut. Lagi cepat masalah selesai, lagi cepat anda akan rasa bahagia.

7. Jangan selalu merungut dan berleter. Terima kelemahan pasangan anda seadanya sepertimana dia terima kelemahan diri anda. Sentiasa bersikap terbuka terhadap pasangan anda terima dia seadanya.

8. Amalkan sikap percaya terhadap pasangan anda. Anda perlu tunjukkan yang anda sangat percaya pada pasangan anda. Apabila anda tunjukkan rasa yakin terhadap pasangan anda, pasangan anda akan rasa lebih yakin untuk mencintai diri anda.

9. Perbaharui cara anda melakukan hubungan seks dari semasa – semasa. Sentiasa cari jalan baru untuk memuaskan pasangan anda.

10. Sentiasa bersikap romantik terhadap pasangan anda.

5 Cara untuk membersihkan hati kita

1) bgn shj dari tidur, maafkan semua org dan fikirkan segala yg positif akan hadir sepanjang hari itu

2) Sebelum tidur, maafkan semua org dan mohon kpd Allah maafkan dosa kita. senyum kalau boleh sampai mata terlena

3) Jika ada perselisihan berlaku, jgn biarkan ia berlarutan lebih drp 30minit...tawarkan rasa marah dan sakit hati dgn ambil wuduk segera

4) Sentiasa doakan org lain tanpa dia ketahui dan doakan kemudahan kpd urusan org lain..Law of Attraction bmaksud, apa yg kita lakukan utk org lain juga ia akan terpantul semula kpd diri kita...

5) Lakukan semua ini dgn ikhlas, tidak ada gunanya jika kita lakukan hanya utk menyedapkan hati sendiri shj...

Tips Fotografi Perkahwinan


Dalam fotografi perkahwinan, antara faktor utama yang memainkan peranan dalam menentukan sesuatu assignment yang berjaya adalah kemampuan mendapat gambar- gambar yang kreatif, lain daripada yang lain, dan yang bersesuaian dengan personaliti pasangan pengantin.
Banyak proses yang berlaku dibelakang tabir dalam penghasilan sesebuah karya yang dapat menarik perasaan pengantin dan orang ramai.
Apa yang saya ingin kongsi disini adalah salah satu cabang dalam bidang fotografi perkahwinan, iaitu bagaimana hendak mendapat gambar yang menarik bersesuaian dengan suasana sekeliling dan personaliti pengantin. Selama saya terlibat dalam bidang ini, saya cuba untuk mengikuti langkah- langkah ini untuk memperbaharui, mendapat kelainan, dan memadankan ekspresi pengantin dengan keadaan sekeliling. Ini amat penting kerana setiap pengantin adalah berbeza, dan cara untuk kita menzahirkan ekspresi mereka di dalam gambar juga memerlukan teknik- teknik yang berbeza.

    Membuat kajian hasil kerja photographer lain

-         Jangan terhadkan pemilihan kita dengan hanya melihat hasil kerja photographer yang kita minat saja, tetapi berusaha untuk mencari photographer yang mempunyai style yang berbeza dengan kita untuk membuat perbandingan atau melihat jika style mereka itu sesuai dengan pengantin yang akan kita ambil gambarnya.
-         Lihat kepada sudut komposisi mereka, adakah mereka mempunyai style yang anda belum pernah lihat selama ini?
-         Cuba sesuaikan hasil kerja photographer- photographer lain dengan hasil anda, adakah unsur- unsur yang boleh dimasukkan.

    Berkomunikasi dengan pasangan pengantin

-         Berjumpa mereka dan mengenali mereka dengan lebih rapat sekiranya berkesempatan. Ini penting untuk mengetahui personaliti mereka, supaya anda boleh bersedia dengan konsep yang ingin anda hasilkan untuk mereka.
-         Pengantin yang pemalu biasanya tidak suka kepada aksi- aksi yang ‘riang’ seperti melompat atau berlari, manakala pengantin yang periang akan berasa bosan sekiranya anda kurang bercakap atau tidak pro-aktif dengan cara pengarahan anda.

    Mencuba sudut- sudut yang berlainan

-         Ini amat berguna sekiranya anda memiliki 2 atau lebih jenis lens yang berbeza jarak. Contohnya, dalam satu aksi pengantin berdiri di tengah padang, penggunaan wide-angle lens akan memberi kesan dengan suasana sekeliling, manakala dengan lens 200mm, anda dapat fokus hanya kepada ekspresi muka mereka sahaja. Ini dapat menjimatkan masa dan mempelbagaikan pilihan semasa membuat album kelak.
-         Mengambil gambar dari 3 sudut berbeza juga boleh mendapatkan hasil yang berlainan dan menarik. Contohnya pengantin yg sedang duduk, jika diambil dari sudut aras tanah, aras mata dan aras atas kepala boleh menberi impak yang berlainan, walaupun kedudukan pengantin tetap sama.

    Membuat tinjauan lokasi terlebih dahulu

-         Ini mungkin agak sukar dilakukan jika majlis tersebut berada di luar negeri yang kita tinggal, tetapi jika ada kesempatan, pergi melawat dahulu lokasi dimana kita akan mengambil sesi outdoor bersama pengantin.
-         Ini penting kerana anda dapat pre-visualize apa yang anda ingin dapat di tempat tersebut bersama pengantin, dan juga dapat mengambil tips mengenai pergerakan cahaya matahari, dan apa yang boleh dilakukan sekiranya hujan pada hari tersebut.
-         Ini dapat menjimatkan masa dan penggunaan masa pada sesi tersebut amat efisyen kerana tidak banyak membuang masa untuk berfikir dan mencari idea.
Jika perkara- perkara diatas dapat ditanamkan di dalam minda setiap kali kita hendak keluar mengambil gambar, insyaAllah kita dapat meghasilkan suatu kualiti kerja yang bermutu dan bersesuaian dengan kehendak pengantin, kerana akhirnya mereka merupakan pelanggan kita dan disamping anda, mereka juga berhak untuk berasa puas dengan apa mereka bayar dan mengharapkan hasil yang menepati citarasa mereka.

20 tips jimat untuk kurangkan bajet perkahwinan


1. Buat majlis yang ala kadar jer simple, tapi meriah. Tak yah buat la bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, arc, kompang, silat dll. Semua bende nie hanya akan menambahkan lagi bajet you all.

2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – kalu buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Gerenti bleh jimat kos. Kalu nak lagi mudah, pakai jer khidmat katering… !

3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal – jangan plak ko pi jemput semua orang yang ko kenal dari kecik sampai la ko besar.. :-)  nanti satu stadium pun tak muat…huhu…  seelok-eloknya hanya jemput sedara mara terdekat,    kengkawan dan jiran tetangga… :-)

4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju – baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup. Nanti tak pasal2 ngko pulak yang semput akibat terpaksa mencuba terlalu banyak persalinan… :-p

5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer) kalu ikut kebiasaan, memang la ramai orang akan buat kenduri kawin time nie. Sebabnya, masa  ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung… so lagi la meriah majlis you all nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau buleh elakkanlah…sbb time tu la semua barang2 untuk preparation kahwin naik hage beb! Seriously….

6. Barang hantaran tak perlu byk2 – cukuplah sekadar 5 berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer… dan kalu takde ‘bajet’ sangat, jangan pulak beli barang yang terlalu mahal… Ukurlah baju di badan sendiri, orait?

7. Beli belah masa tgh sale – kite bertuah sangat la  sbb duk kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… mcm2 jenis harga ader…     harga ‘cekik darah’ pun ader… :-p  So, time nie la sesuai sgt2 untuk you all pi shopping untuk beli barang2 kawin! Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2, yer… :-)

8. Pilih pakej perkahwinan – jangan plak ko sewa baju kawin kat kedai A, pelamin kat kedai  B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2 ..dan pilih la pakej kawin yang sesuai dan berpatutan.

9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – alahai… pompuan nie kalu tengok barang kemas jek …waa… rambang mata!… :-p  Tapi, you all kena la pandai2 tahan diri. Sebelum kawin nie, pilih la barang kemas ikut bajet yg ader… bila2   pas kawin, baru la you suruh laki you beli bertan2 barang kemas gitu…:-D

10. Duit hantaran kenalah berpada2 – pesanan buat pihak pompuan: tolong   jangan letak rate yg melampau tinggi! Korang bukannye nak jual    anak…sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain      plak… J kesian sebelah lelaki, kan? Sebaliknya, tengok pada kemampuan   mereka dlu… nie tidak, dah tau bakal menantu tu keje tukang kebun, mintak  duit hantaran 10K. Ade ke patut!

11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat – kalu korang ada masa dan  sedikit skil, korang buleh buat sendiri bende2 senang cam gubah barang2 hantaran ker, hias bilik pengantin ker, hias meja makan beradap dsb. lagi.    Lagi jimat, beb!

12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah – gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…

13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk wedding entertainmentmisalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi. Semua tue hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting. Takde pun takpe kan?

14. Majlis kenduri kahwin – kalu bajet ciput, buat majlis kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2 sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalu kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…lagi jimat, kan? Kalau duk jauh2 plak, cukuplah sebelah pompuan buat meriah skit, sementara belah lelaki buat simple jek…

15. Pinjam baju nikah/sanding – kalau ada adik beradik lain yg dah kawin, pinjam jer baju diorang (kalu dah tak ketinggalan zaman lagi la.. :-p) Buleh jimat sikit… huhu

16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru – maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa jer yg dah siap jahit. Bukan aper, kalu nak buat baju baru, kena pikir kos beli kain (2/3 jenis kain dan yg mahal2 plak tu …) dan kos  upah tukang jahit lagi, ye tak? … Tapi pakai hanya beberapa jam dan sekali jer seumur hidup …tak ke rugi nama nyer tue? Pikir2 kan lah…

17. Postpone honeymoon - Kalu bajet ciput atau ngam2 je untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Postpone jer ke masa yang sesuai  atau semasa korang dpt apa-apa  ‘durian runtuh’ nanti. Atau untuk yg ada sedara mara kaya tuh, moga2 korang akan dpt sponsor…huhu :-)

18. Design sendiri kad jemputan – kalu ko tak reti nak design pun, cari la kengkawan yang reti …sbb skrg nie zaman IT, dah ramai orang yg reti buat  mende2 camnie… design kad yang simple pun jadik… buat dalam Ms Word         pun bleh la…:-)

19. Buat senarai semak atau checklist siap2checklist nie memang penting dan kena buat awl2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk yang bakal dibelanjakan. Dan  ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk bende2 yg telah atau  blom dibuat atau dibeli…

20. Pilih pakej fotografi yang sesuai – tak yah la buat dlm studio ker atau video ker … membazir jer…kosnya buleh mencecah sampai ribuan ringgit, beb!  Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan skali dengan 1 atau 2 buah wedding album yang terisi dgn gambar2 yang comel lagi cantek!
Ok la, rase2 nyer nie je la yang dapat difikirkan buat masa skrg. Kalu korang pun ada terlintas apa2 idea lain dlm kepale korang tuh, sudi2 la kira nyer berkongsi dengan menulis kat ruangan komen, yer…:-) Tengkiu!