SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia enam tahun.
Masalah saya ialah bengkak pada dinding alat kelamin seakan bisul.
Pada mulanya ia bengkak kemerahan dan terasa amat sakit. Saya sudah berjumpa doktor dan dia memberikan saya antibiotik cloxacillin, parpase, asid mefenamic dan krim germacid.
Setelah ubat habis, bengkak masih belum hilang, tetapi rasa sakit sudah berkurangan. Saya berjumpa doktor sekali lagi dan dia hanya memberi antibiotik yang sama.
Hingga sekarang bengkak terbabit masih belum hilang tetapi ia merebak di luar bibir alat kelamin saya.
Untuk pengetahuan doktor, saya membuat tiga kali ujian Pap smear dan ujian terbaru pada Februari 2011. Saya harap doktor dapat membantu masalah saya ini, saya risau dan amat runsing sekali.
LINA
Gombak
ELOKLAH anda berjumpa pakar sakit puan berhampiran untuk kepastian. Kadangkala bengkak yang disangka bisul adalah bengkak lain dan lain pula rawatannya.
Ujian Pap smear hanya menguji keadaan pintu rahim kita, bukannya pada dinding faraj atau bibir kemaluan. Sekiranya ia bisul, doktor sepatutnya sudah boleh mengambil contoh nanah (kerana bisul lazimnya mengandungi nanah) dan dihantar untuk ujian kultur kuman pada kali kedua anda datang mendapatkan rawatan.
No comments:
Post a Comment