Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

cara menghormati pasangan anda sebagai insan yang anda cintai.



1. Sentiasa berada di belakang pasangan anda ketika dia sedang gembira atau ketika dia sedang sedih. Jangan sesekali tinggalkan pasangan anda keseorangan. Sentiasa berikan bantuan ketika dia perlukan dan berada di sisi dia apabila dia perlukan anda.
2. Anda tidak ceritakan hal keluarga anda pada orang lain. Semua masalah keluarga anda, anda hanya cerita pada pasangan anda dan hanya anda berdua yang selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan pihak ketiga.

3. Anda tidak izinkan adik beradik atau ibu bapa anda menyakiti pasangan anda. Sentiasa back up pasangan anda. Jangan benarkan orang luar buat keputusan untuk perkahwinan anda.

4. Sentiasa luangkan masa untuk pasangan anda tanpa dia meminta daripada anda. Anda luangkan masa kerana anda hormat pada pasangan anda dengan tunaikan hak – hak dia sebagai pasangan anda.

5. Sentiasa berbual dengan pasangan anda tanpa mengira topik. Apabila anda selalu berbual dengan pasangan anda, anda sebenarnya menganggap dia sebagai teman hidup anda dan itu adalah penghormatan buat pasangan anda.

6. Sentiasa berkongsi apa sahaja perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pasangan anda. Apabila anda berkongsi cerita peribadi anda pada pasangan anda, pasangan anda akan rasa diri dia sangat penting buat anda.

7. Tidak mengutuk pasangan anda di hadapannya dengan kata – kata yang tidak elok. Paling penting, jangan mengumpat perangai pasangan anda pada pihak ketiga.

8. Sentiasa minta maaf jika anda lakukan kesalahan dan sentiasa maafkan pasangan anda jika dia lakukan kesalahan. Selain itu, sentiasa ucapkan perkataan terima kasih pada pasangan anda.

9. Manjakan pasangan anda dengan hati yang ikhlas. Jangan kedekut untuk keluarkan wang untuk memanjakan pasangan anda. Beri apa yang pasangan anda mahu.

10. Mencintai pasangan anda seadanya. Jangan  paksa pasangan anda untuk ubah peribadi dirinya.

Lima rahsia untuk kekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan.


Berikut adalah lima rahsia yang anda boleh amalkan untuk kekalkan rasa cinta dalam alam perkahwinan anda.
Rahsia pertama : Sentiasa mencintai pasangan anda.
Jangan sesekali anda tukarkan perasaan cinta kepada perasaan benci atau beri cinta anda kepada orang lain. Teruskan mencintai dirinya. Apabila anda terus mencintai dia, kebahagiaan dalam perkahwinan anda akan kekal.
Rahsia kedua : Sentiasa berkomunikasi dan berkongsi impian.
Apabila anda sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan lebih kenal dia secara dalaman. Jadi, anda akan rasa bertambah sayang pada dia. Komunikasi juga akan membuka hati anda berdua untuk saling berkongsi impian. Apabila anda berkongsi impian, anda berdua akan lebih percaya antara satu sama lain dan rasa cinta juga akan meningkat.
Rahsia ketiga ; Sentiasa bersatu hati.
Lakukan semua perkara dengan suami anda walaupun perkara itu kecil dan mudah untuk di lakukan. Pasangan anda perlu tahu apa yang anda sedang usahakan dan anda juga perlu ambil tahu apa yang pasangan anda sedang usahakan. Apabila anda berdua bersatu dalam semua perkara, cinta akan sentiasa ada.
Rahsia keempat ; Jangan lupa untuk cium pasangan anda.
Pastikan hari – hari anda di penuhi dengan ciuman dan pelukan dengan pasangan anda. Saling menggoda secara fizikal akan menambahkan rasa cinta dan kekuatan cinta akan bertambah apabila tarikan seskual antara anda berdua adalah kuat.
Rahsia kelima : sentiasa gembira dengan pasangan anda.
Jika dia bersedih, anda perlu  cepat – cepat gembirakan pasangan anda. Anda juga perlu sentiasa gembira dengan pasangan anda. Apabila anda berdua gembira, cinta akan sentiasa ada.

Empat tips untuk kekal intim dengan pasangan anda.

 
Intim bermaksud hubungan yang sangat rapat. Jika anda mahu kekal intim dengan pasangan anda, anda boleh ikut empat tip di bawah.
Tips pertama : Intim secara fizikal dan mental.
Jangan hanya intim secara fizikal dengan pasangan anda, anda juga perlu intim secara mental. Berikan dia kasih sayang dan ambil berat akan dia. Cintai dia sepenuhnya tanpa berbelah bahagi. Sentiasa menyentuh dia dengan sentuhan yang penuh kasih sayang.
Tips kedua : Jangan sembunyikan perasaan.
Jika anda marah, anda jangan pendam. Sebaliknya anda mengadu kenapa anda marah pada pasangan anda. Dengan ini, anda berdua akan lebih intim kerana dia memahami anda.Jangan sembunyikan perasaan. Sentiasa luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Apabila masing – masing tahu mengenai perasaan sebenar masing – masing, anda berdua akan rapat.
Tips ketiga : Jadi pendengar yang setia.
Anda akan rapat pada orang yang sedia mendengar apa yang terbuku di dalam hati anda. Jika anda mendengar apa yang pasangan anda ingin sampaikan, anda akan rapat dengan dia. Dia juga pasti akan mencari anda untuk meluahkan apa yang dia rasa.
Tips keempat : Luangkan masa untuk pasangan anda.
Lupakan kerja, lupakan kawan – kawan anda dan lupakan hobi anda. Lebih luangkan masa bersama  dengan pasangan anda. Masa adalah sangat berharga. Jika anda luangkan masa bersama dengan pasangan anda, anda berdua akan lebih rapat dan sentiasa intim.