Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Payudara besar sebelah

SAYA berumur 26 tahun dan mempunyai seorang anak yang menyusu badan sepenuhnya. Masalahnya, payudara kanan saya lebih besar daripada kiri dan perbezaannya sangat ketara. Anak saya pula lebih suka menyusu payudara sebelah kanan daripada kiri.


Pada 2006, saya pernah membuat pembedahan kecil kerana mempunyai benjolan payudara. Adakah ini ada kaitan dengan kes saya terdahulu?


LILI,
Kuala Lumpur.


MASALAH ini boleh timbul apabila sebelah payudara lebih disusukan berbanding payudara yang satu lagi. Anda boleh mencuba memerah susu dari payudara kiri.

Selain itu, mulakan penyusuan selama mungkin dari payudara kiri sehingga bayi ‘menolaknya’ sebelum bertukar ke payudara kanan yang lebih digemarinya.

Jika diteruskan seperti yang anda alami, perbezaan pada payudara boleh semakin ketara. Ia bukanlah disebabkan oleh pembedahan dahulu.

No comments:

Post a Comment