Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Apa Patut Lelaki Buat Bila Wanita Sedang Datang Bulan















  1. Hadiahkan coklat kepadanya . Pasti si dia gembira menerimanya . Sesungguhnya pemberian kamu itu menjadi ubat kepada emosi gadis kala itu .
  2. Nyatanya kehadiran PMS bukan waktu memutuskan hubungan – peranan lelaki perlu lebih memahami pasangannya. Ikut rentak si dia dan layanlah dia sebagai seorang puteri sepanjang minggu itu.
  3. Lelaki sering kena leteran tentu mendapati kedatangan period teman wanitanya bukanlah hari yang paling indah. Cuba tumpukan perhatian lebih kepadanya dan jangan mendatangkan marahnya. Ucapkan cinta dan pujian cantik lebih –lebih.
  4. Harap teman lelaki lebih memahami dan tidak mengemukakan apa-apa persoalan atau masalah dalam waktu begini. Kejutan perlulah yang bermanfaat dan benar-benar menggembirakan.
  5. Bila si keksaih mula bertanyakan badannya, jangan pula menambah bara dengan mengungkit dia makan kek brownies semalam.
  6. Sebaik-baiknya tarik kekasihmu dan bawa dia bersiar-siar. Udara segar mampu mengubah moodnya. Jangan sesekali mengingatkan dia mengenai ketidakselesaanya.
  7. Jangan bangkang jika dia mengutarakan masalah kamu masih merokok walaupun sudah berjanji mahu berhenti, atau baju kamu bertaburan di lantai, kerana saat begini memungkinkan dia meniggikan suara.
  8. Adakah lebih baik jika kamu pelajari kehadiran period wanita kerana kamu akan sehidup semati dengan isteri atau bakal isteri. Barulah bahagia dan serasi hidup.
  9. Bagi suami belailah isteri jika dia dalam kesakitan. Dodoi isteri agar dia lebih tenang. Manakala sang kekasih pula, bisikan kata-kata manis di telinganya menerusi telefon jika dia rasa kurang selesa.

Erra Fazira Dan Engku Emran Akan Bercerai???

Nampaknya desas desus tidak enak tentang rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran kembali ke status yang meragukan walaupun cuba dineutralkan sebelum ini.

Kenyataan Engku Emran yang mengatakan hubungan mereka suami isteri masih kekal utuh nyata tidak dapat membantu meredakan spekulasi yang wujud hampir setahun ini.

Murai semalam melaporkan yang Erra Fazira memberikan satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan yang seakan redha dengan apa pun yang terjadi selepas ini.

“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

Engku Emran yang dihubungi wartawan Murai untuk mengulas kenyataan isterinya itu bagaimana pun enggan untuk berikan apa apa komen & kenyataan lanjut.

“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Engku Emran ringkas.

Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Anda?
















Dulu, anda pernah berkenalan rapat dengan seseorang. Dia seorang kekasih yang baik, caring, dan pandai mengambil hati anda.
Tetapi disebabkan si dia ingin sambung study di oversea, perhubungan anda berdua terhenti di situ. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dengan harapan, jika ada jodoh anda berdua akan berjumpa lagi.
Malangnya… Anda jenis yang tidak boleh keseorangan. Anda perlukan teman.
Selepas beberapa bulan, anda berkenalan pula dengan kekasih anda yang sekarang ini. Dia pun ok. Baik hati, peramah, dan juga pandai menjaga hati anda. Anda rasa happy dengannya.

(dipendekkan cerita…)
Kini, tiga tahun telah berlalu. Kekasih lama yang dulu sambung belajar di oversea telah pulang ke tanah air dan mencari anda semula.
Setiap hari dia akan call dan SMS tanyakan khabar. Pada waktu itu jugalah datang semula kenangan-kenangan manis di saat anda berdua bercinta masa dulu-dulu.
Anda rasa serba salah. Anda tidak tahu apakah yang patut anda lakukan.
Adakah anda patut melupakan kekasih lama ini, atau meninggalkan kekasih yang anda ada sekarang ini?

sumber: informasi.my

Bagaimanakah cara melupakan bekas kekasih?

Satu soalan yang sering ditanya oleh ramai pembaca saya adalah “Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?”

First of all kita harus tanya adakah dengan melupakan dia, kita akan bahagia? Tidak kecewa lagi? Truth is, he/she is not the problem. The problem is kita! Kita yang membuat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

Sebelum I beri 10 cara melupakan your ex, Sedikit coretan dari article setahun yang lepas bertajuk, my “Ex Cinta” : :-

I selalu treasure my feelings for them. I selalu embrace my good times with them. Sometimes, I duduk sorang-sorang kat my condo balcony, I ingat balik kenangan-kenangan terindah….places that we went together…. things that we did bersama…best! It keeps me going… Tak semestinya I nak kat dia balik… tetapi, bagi I mengenangkan saat-saat manis bersama my ex’s, ia membuatkan I rasa I ni adalah orang yang sangat bertuah. I pernah melalui saat yang terhebat dalam hidup I…saat yang menggembirakan. Why must I lupakan? I love the feelings…I use to love her…

Yes, dia tinggalkan I, Yes…dia curang, dia ada balak lain, dia nak break, dia tak boleh terima I yang lower standard dari dia masa tu, and yesss… I tidak berjaya lagi di kala itu dan dia mahu kan lelaki yang lebih berjaya. Well fine!

But to me, Thats not enough reason for me to hate or to forget my ex’s. I boleh biarkan… I boleh terima, walau pun sakit di hati. Meronta di jiwa…geram dan terkecewa, BUT I had a good times, I pernah dapat rasakan betapa mereka sayangkan I, dapat rasa cinta mereka…so to me, I will never forget my ex’s! Boleh nak lupa jika mahu…but buat apa?!

And you know what…dengan cara Bro Razzi terus menghargai saat-saat indah bersama ex’s, dan dalam masa yang sama mahu mengalaminya dengan lebih hebat lagi bersama cinta yang baru, ianya membuatkan I merasa cinta yang baru jauh lebih hebat, dan tanpa I sedari kisah-kisah cinta lalu…segala kenangan manis bersama ex girlfriend semuanya perlahan-lahan menjadi hanya tinggal kenangan…masih ingat, tetapi tanpa rasa cinta.

I guess that’s the secret of how to forget your ex’s …

The more you think and accept the past has gone with the greatest time of all, the more you forget and redeem yourself to be better!

“As for me, I still love the old moment but my time with my real love now is beyond better, more loving and so much beautiful!”

Boleh follow cara bro Razzi ke ni hehehe… Masih berkawan dengan my ex’s TANPA memikirkan feelings, just purely friend. Tahan dan sabar tengok dia dengan cinta barunya… boleh? Kalau tak boleh jangan buatlah… nanti lagi merana. Like me, I’m strong kuat iman hahaha…

  • So for those yang nak melupakan kekasih yang berkali-kali menduakan kita, curang dan curang lagi, yang telah menghancurkan hati dan jiwa kita. For those yang nak menghindarkan dari duk teringat-ingat kat your ex’s hingga memberi kesan buruk pada kehidupan anda hari ini, ini ada beberapa cara penting untuk anda lakukan…
  • Before that, I nak cakap, “Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun kita cintai, sayangi dan amat kasihi, mestilah lagi susah!”

But kita boleh cuba… Okay, First sekali kita kena bersedia, READY TO LEAVE EVERYTHING BEHIND! - are you ready? If not ready, then boleh berhenti membaca sekarang hehe…

Ini untuk orang yang bersedia untuk melakukan MAJOR changes! Perubahan besar dan drastik, Ready?

  1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.
  2. Removed and block his FB account now!
  3. Stop visiting his blog, his wall, his pages, his sites, he’s depan rumah, he’s jalan, he’s lepaks place, STOP IT!
  4. Stop asking about him, ni asal jumpa kawan dia je, “Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!
  5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.
  6. Stop calling, stop smsing, stop contacting dia …no last call, stop everything for good!
  7. Kalau boleh, buang apa-apa saja yang boleh mengingatkan dia.
  8. Delete lagu-lagu dan movie cd’s yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh you mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tetapi BUANG!
  9. Lose everything, every single thing hingga tiada cara nak trace balik lagi.
  10. Okay, yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. From your heart dengan tulus dan ihklas, maafkan dia… biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, it’s okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada berbagai-bagai cara lagi untuk melupakan bekas kekasih anda, tetapi Masalah yang anda hadapi sebenarnya,

Anda tidak boleh melupakan cinta lama ni adalah kerana anda masih dwell to the past, sengaja mengingati kisah dulu-dulu, masih duk khayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu …kalau macam tu sampai bila-bila lah you tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri anda, percaya kepada Allah yang anda akan bertemu dengan jodoh anda yang sebenar-benarnya, soon! Hari Jumaat hari ni, so mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat anda untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai san sangat sayangkan anda dunia akhirat!

Really hope it helps, and I wish you all the best and good luck

Tips Kuruskan Badan Cara Tradisional

Salam semua...hari ni nak share tips dan petua untuk kuruskan badan cara tradisional..

Air Limau Nipis
Caranya , campurkan jus dua biji limau nipis dengan segelas air kosong dam nasukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan minuman rasmi setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan selama sebulan.

Buah Pinang
Ambil sebiji buah pinang, hiris nipis dan jemur sehingga kering. Selepas hirisan pinang cukup kering, tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali. Amalkan selama dua minggu .

Asam Jawa-kurangkan lemak
Ambil sebuku asam jawa dan masukkan ke dalam segelas air. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai bijinya. Masukkan air tersebut ke dalam peti sejuk dan minum selepas makan tengahari dan malam.

Halia Bara (Halia Cina)-Langsing selepas bersalin.
Untuk mendapatkan badan yang langsing selepas bersalin, ambil lima inci halia bara, 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya hingga lumat, dan perahkan sebiji limau nipis. Makan bersama nasi panas pada waktu pagi dan malam. Amalkan setiap hari sepanjang tempoh berpantang.

Sekian.
Selamat mencuba..

Tips Bercinta Jika Anda Pilihan Kedua Si Dia















Tiba-tiba kamu terima panggilan daripada seseorang yang sangat dikenali. Percaya atau tidak dia adalah seorang yang paling disayangimu sebelum ini. Hubungan bermula dengan persahabatan membuahkan rasa kasih. Begitupun kamu hanya bertepuk sebelah tangan sedangkan si dia menaruh hati kepada orang lain. Seseorang yang tidak jauh, dari kalangan sahabat handai juga.

Rasa-rasanya si dia menerima isyarat kamu berikan. Dia bukannya tidak tahu rasa kasih ditunjukkan tetapi apakan daya, hatinya sudah diserahkan kepada orang lain. Cinta si dia ternyata bukan untukmu. Lalu kamu mengambil keputusan mengundur diri. Apalah yang tinggal, lebih baik mendoakan sahaja kedua-dua merpati itu hidup aman bahagia.

Kamu bukannya tidak berusaha dan berundur semudah itu. Sudah dilakukan segala-galanya untuk menunjukkan kasih dan sayang. Kalau orang sudah kemaruk cinta, gajah depan mata pun tak nampak. Kuman di seberang laut juga mahunya. Tak kisahlah kerana bagimu itu sudah suratan. Kamu lantas meneruskan kehidupan pada laluan berlainan.

Cuma panggilan daripadanya kali ini lain benar bunyinya. Beberapa kali kamu menyoal, bukan salah nombor kah? Dalam hati apa yang dia hendak sebenarnya? Sudah hampir setengah tahun masa berlalu. Sepanjang tempoh itu kamu berdua tiada langsung berhubungan. Luka dalam hatimu pun semakin sembuh.

“Memang tak salah. I nak bertanyakan khabar you,” ujarnya selamba.

“Oh, I sihat. Terima kasihlah,” balas kamu bersahaja.

Sejak itu kerap pula dia hadir dalam hidupmu. Kadang-kadang merimaskan dan banyaknya merungsingkan. Lebih-lebih lagi dia terlalu baik tiba-tiba. Sikapnya berbeza sekali, tidak lagi dingin seperti dulu. Si dia jadi lebih bertimbang rasa dan memahami. Paling menakutkan, beberapa isyarat diberikannya itu. Terbalik pula nampaknya. Lalu kamu mengambil keputusan menyiasat. Kamu mula merisik daripada teman-teman, apa sudah jadi?

Rupa-rupanya si dia sedang patah hati kerana tersinggung. Hendak kata putus, tak berani pula teman itu mengulas lanjut. Kamu menerima si dia seadanya, tetapi tidak pula menaruh harapan terlalu tinggi. Takut pisang berbuah dua kali. Nampaknya sudah ada ciri-ciri sebegitu.

Begitupun kamu pasti tak dapat mengelak kembali menaruh hati kepadanya bukan? Beberapa bulan selepas itu, si dia kelihatan sangat berseri-seri. Tanpa menyembunyikan apa-apa dia mengaku sudah kembali bersama kekasihnya.

Kiranya hubungan mereka ada turun naiknya. Ada ketika kamu dilayan seperti individu paling istimewa. Fahamlah kamu hubungan mereka sedang berantakan. Tetapi ada hari-harinya kamu dilayan sebagai sahabat karib dan terpaksa pula mendengar cerita-cerita asmaranya. Lama-kelamaan kamu jadi bingung. Di manakah letaknya diri kamu di matanya? Apatah lagi kedudukan kamu di dalam hatinya.

Jangan dibiarkan sahaja seandainya kamu suarakan masalah tetapi tidak didengar. Dah tak usah nak merungut lagi, bertindaklah sesuatu. Jangan takut atau terlalu akur dengan si dia. Berani-beranilah mengatakan TIDAK pada apa semua mahunya tetapi bagaimana? Berikut GUA berikan beberapa contoh untuk dijadikan tauladan buat kamu:

1. Dia sibuk, kamu buat-buat sibuk
Misalan si dia mula tiada masa buatmu, bawa berbincang. Sekiranya dia sombong masih kekal dengan aktiviti-aktiviti tambahannya (bersama gadis pilihan hatinya). Jangan biarkan dia menang dengan duduk di rumah. Sekiranya rutin kamu menonton atau melakukan aktiviti berdua terhalang oleh alasan kesibukan si dia, pastikan kamu teruskan juga dengan mengajak kawan-kawan atau keluarga. Biar dia tahu waktu kamu juga terisi dan tidak terjejas dengan segala alasan diberikan. Sekiranya dia mahu bertemu kamu, cuba katakan urusan belum selesai. Biar dia tertunggu-tunggu atau batalkan saja pertemuan.

2. Beri ruang untuk diri sendiri
Tunjukkan dia juga bukan keutamaan kamu seperti dia lakukan terhadapmu. Selama ini perkara lain lebih utama daripada dirimu. Jikalau mahu dia lebih menghargai kamu, berilah ruang kepada dirimu dahulu. Utamakan diri sendiri dan barulah kamu mendapat layanan sewajarnya.

3. Jangan terlalu menerima perbuatannya
Percayalah, perbuatan kekasih kamu itu sangat mementingkan diri sendiri. Dia membiarkan kamu mengikut waktunya dan mahu kamu bersedia sentiasa untuk dirinya. Sedangkan keperluanmu tidak sekali-kali dipenuhi. Contohnya, jika kamu sangat memerlukan dirinya, belum tentu dia tampil menemani kamu. Lebih menakutkan, kamu pula terlalu menerima apa sahaja perlakuannya. Padahal dia memberikan alasan sama setiap kali.

4. Atasi penderaan emosi
Tanpa disedari kamu, perlakuan si dia telah mendera emosi kamu. Secara tidak langsung membuat kamu hilang keyakinan diri. Ia memberi kesan pada keseluruhan hidup. Seandainya kamu punya rasa enggan meneruskan kehidupan, kerja kini membosankan, sentiasa gagal berurusan, nah, itulah petanda kehidupan kamu terjejas kerananya. Hakikat sebenarnya kamu yang mendera diri sendiri. Bukannya kamu terikat berada di dalam kepongpong si dia. Kamu masih bebas dan punya kuasa membuat pilihan sendiri. Kamu sahaja yang enggan membebaskan diri.

5. Hormat diri sendiri
Jangan berharap sangat si dia akan menghormatimu. Bagi mengembalikan keyakinan diri, tolong hormat diri sendiri dengan mengutamakan keperluanmu terlebih dahulu. Kalau boleh pastikan orang sekelilingmu tergolong daripada mereka yang memandang tinggi kepada dirimu. Buka mata hati menerima keadaan ini. Dia hanya jadikan kamu pilihan kedua.

6. Belajar berdikari
Seandainya dirasakan sukar membina hidup sendirian, cuba kenangkan kembali kehidupan kamu sebelumnya. Bukannya si dia sentiasa berada di sisi kamu kerana orang di sana lebih diutamakan. Tanpa sedar kamu selama ini hidup berdikari kerana sering diabaikan. Kamu telah diperdaya oleh fikiran kamu yang percaya selama ini kamu bergantung harap kepadanya. Padahal si dia hanya memandang kamu sebelah mata.

Itulah sedikit sebanyak keadaan dalam sedar dan luar sedar mengenai hubungan kamu dan si dia. Memang sukar menerima hakikat sebenar. Tetapi ambil langkah secara perlahan-lahan kerana GUA faham, keyakinan diri bukan datang dalam sehari dua. Sudah-sudahlah menjadi pilihan kedua si dia. Seandainya kamu adalah kekasih kesayangannya, mengapa perlu kamu memendam rasa sebegini. Seorang kekasih akan membahagiakan kekasihnya. Bukan membuatkan pasangannya jadi serba salah sepertimu. Memendam rasa dengan segala perlakuan sambil lewanya.

Jangan buang masa merebut tempat pertama itu. Kamu juga berhak untuk bahagia seperti orang lain. Balik pada asas kehidupan, cinta kepada Allah lebih afdhal. Dengan itu, kamu pasti dapat mengatasi rasa cinta mendalam kamu terhadapnya.

Tips Untuk Menaikkan Seri Pengantin




















(Petikan Blog NotaHati)

KALA bersanding di pelaminan indah, pastinya semua mata memberi tumpuan.

Bukan saja terpesona pada busana indah berjahit labuci dan jemeki, juga pada pelamin mewah dengan hiasan moden.

Menjelang tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan walau sesibuk mana sekalipun tugasan di pejabat, wanita yang akan bergelar ratu sehari seharusnya meluangkan masa memberi kemanjaan serta belaian pada tubuh dengan mengunjungi pusat kecantikan yang menyediakan rawatan khusus untuk bakal pengantin.

Mana-mana pengantin perempuan untuk kelihatan menarik dan jelita di hari perkahwinan mereka.

Samada melalui teknik andaman dan solekan yang betul mahu pun dengan berpakaian pengantin yang indah dan menawan, semuanya akan diambil-kira oleh mana-mana raja sehari bagi memastikan dirinya menjadi tarikan utama di hari berbahagia tersebut.

Masih terdapat amalan petua orang-orang lama bagi menaikkan seri wajah pengantin di hari bersejarah tersebut. Caranya cukup mudah dan ringkas.

44 hari sebelum tarikh perkahwinan

Amalkan diri dengan memakan sekuntum bunga mawar, kelopak demi kelopak setiap hari. Di mulakan dengan segelas air putih dan kalimah bismillah serta selawat ke atas Nabi, anda boleh memakan sekuntum bunga mawar itu bagi setiap hari sehinggalah menjelang hari bersejarah anda. Walaupun bunga mawar agak mahal, tetapi hasilnya adalah berbaloi. Cubalah!

30 hari sebelum hari perkahwinan

Daun sirih mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Ambil segenggam daun sirih yang agak besar saiznya dan rebuskan ia di dalam air putih buat beberapa minit sehingga warna air agak berubah kehijauan. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah anda setiap hari.

Biarkan di muka seketika, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah. Air rebusan ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik. Cubalah.

Selain itu, amalkan petua-petua tersebut berserta amalan-amalan moden yang lain. Pastikan anda memulakan perawatan wajah di salun-salun kecantikan selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda.

Ia akan menunjukkan hasil yang sangat memuaskan. Pastikan juga anda memilih warna baju persandingan yang bersesuaian dengan wajah anda bagi menaikkan seri wajah anda.

Semoga tips yang diberikan sebanyak sedikit dijadikan panduan kepada bakal-bakal pengantin.

Paling penting, senyuman mempelai yang tentunya menjadi perhatian tetamu. Sebagai raja sehari, setiap wanita mahukan kesempurnaan pada hari bahagia mereka bukan saja dari segi luaran, namun kecantikan dalaman yang menjadi keutamaan. Sekadar ini perkongsian yang diberikan. Jika ada tips lain yang boleh dikongsikan bolehlah komen dibawah .

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua













Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menanggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi.Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber: informasi.my