SAYA disahkan hamil lapan minggu. Masalahnya, mengapa saya tidak mengalami sebarang alahan seperti orang lain yang alah pada awal kehamilan?
Adakah ia perkara normal untuk tidak mengalami alahan? Adakah kandungan saya bermasalah?
YANG KELIRU,
Petaling Jaya, Selangor
SEKIRANYA anda sudah menjalani pemeriksaan kandungan dan doktor me�ngesahkan kandungan anda ‘sihat’, usahlah bimbang.
Mungkin tidak banyak yang dapat dilihat pada usia kandungan lapan minggu, tetapi sekurang-kurangnya degupan jantung serta saiz kandungan.
Lazimnya juga, kadar degupan jantung pada usia lapan minggu melebihi 90/minit dikatakan sihat.
Tidak semua wanita mengalami alahan mengandung, malah kadangkala suaminya pula yang mengalaminya.
Umpama tahap tahan kesakitan, tahap alahan juga berbeza-beza di kalangan wanita hamil.
No comments:
Post a Comment