Soalan 52
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah jenis penceraian yang dibolehkan tanpa 'iddah?
Jawapan.
'Iddah adalah suatu tempoh masa menunggu bagi perempuan yang bercerai sama ada bercerai hidup atau mati. Tempoh 'iddah adalah bergantung kepada isteri yang diceraikan dan sebab berlaku penceraian. Semua jenis penceraian perlu melalui tempoh 'iddah, bagaimanapun penceraian tanpa mempunyai 'iddah hanyalah bagi perempuan yang bercerai dalam keadaan tidak pernah disetubuhi oleh suaminya.
Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment