Soalan 53
Assalamualaikum wrm wrbt.
- Bolehkah saya mendapatkan taraf mastautin di tempat lain sedangkan sayang tinggal di tempat lain. Contoh: Tinggal di Klang dan mohon taraf mastautin di Shah Alam
- Apakah hukumnya sekiranya saya berbuat demikian? Adakah perkahwinan saya sah?
- Bolehkah saya mewakilkan sesiapa untuk menguruskan borang permastautin saya itu?
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
- Mengikut prosedur perkahwinan di negeri Selangor, untuk mendapatkan taraf mastautin seseorang itu perlu tinggal di daerah/kawasan tersebut tidak kurang daripada 4 bulan. Seseorang itu juga perlu mengisi borang mastautin dan di sahkan oleh Penghulu atau Ketua Kampong atau Pengerusi JKKK atau Nazir Masjid atau Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Taman Perumahan di mana dia tinggal (daerah di mana dia tinggal lebih daripada 4 bulan).
- Sesuatu pernikahan itu akan sah walau dimana saja ia berlangsung selama mana dan segala rukun nikah dipenuhi dan cukup syarat. Apa yang biasa menjadi masalah selepas pernikahan adalah samada ia mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut Enakmen Undang-undang Negeri Selangor atau tidak.
- Borang mastautin perlu diisi oleh pemohon itu sendiri.
Sila rujuk di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan sekiranya memerlukan maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment