Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Bimbang hamil anak keempat

SAYA adalah ibu kepada tiga anak dan ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara pembedahan. Setelah melakukan pembedahan ketiga, doktor menyuruh saya mengikat saluran peranakan. Saya dan suami bersetuju dan menandatangani borang untuk mengikat saluran peranakan terbabit.

Untuk makluman doktor, saya mempunyai masalah kitaran haid selepas saya melahirkan anak ketiga. Setiap dua bulan baru saya didatangi haid. Haid terakhir saya pada Mei lalu. Ini bermakna sudah tiga bulan saya tidak didatangi haid dan mula rasa loya.

Saya membuat ujian kehamilan dan ujian itu positif. Saya masih ragu-ragu dan kemudian pergi berjumpa doktor dan membuat imbasan. Doktor juga mengesahkan saya hamil. Adakah risiko kepada saya untuk pembedahan kali keempat disebabkan anak saya yang ketiga baru saja berusia setahun?

Adakah pernah terjadi kes seperti saya iaitu masih boleh hamil lagi setelah mengikat saluran peranakan? Saya harap doktor dapat memberi penerangan mengenai masalah saya ini.


MAS,

Ayer Keroh, Melaka



MEMANG ada kajian yang melaporkan kehamilan setelah menjalani prosedur pembedahan mengikat tiub fallopio. Antara puncanya tiub terbuka atau bercantum semula (bergantung kepada kaedah sama ada klip, cecincin, ‘potong dan ikat bahagian tengah’, ‘potong fimbria’ dan seumpamanya) serta tersalah mengikat organ lain yang menyerupai dan berhampiran iaitu ligamen bulat dan lain-lain.

Kebanyakan doktor akan menghantar bahagian tiub yang dipotong itu (jika ada) ke makmal histologi untuk pengesahan pembedahan dibuat ke atas tiub fallopio dan bukan yang lain.

Pertama, anda hendaklah berjumpa doktor untuk mengesahkan keadaan hamil anda. Kadangkala ujian air kencing boleh memberikan keputusan positif palsu.

Sekiranya disahkan hamil, sama ada secara ujian darah ataupun imbasan ultrabunyi, doktor akan memastikan lokasi kandungan terbabit. Ini kerana risiko kehamilan ektopik (luar rahim) lebih tinggi berbanding wanita yang tidak pernah menjalani pembedahan tiub fallopio.

Sekiranya kehamilan berkenaan berada di dalam rahim dan anda bersetuju sekiranya doktor membuat keputusan selamat untuk meneruskannya, anda hendaklah mengambil beberapa langkah penting berikut:

Menjalani pemeriksaan antenatal secara berjadual.

Mengambil pemakanan berkhasiat dan suplemen bagi memastikan paras hemoglobin darah berada pada tahap optimum, sebaiknya melebihi 13g% bagi menampung sekiranya berlaku komplikasi kekurangan darah kelak.

Memilih untuk bersalin di hospital yang dilengkapi kemudahan kritikal �contohnya kelengkapan pembedahan kecemasan, bekalan darah, unit rawatan rapi ibu dan bayi dan seumpamanya.

Bersedia untuk �kemungkinan bersalin jauh lebih awal daripada yang �terdahulu, mungkin �selewat-lewatnya 36 minggu kehamilan atau lebih awal lagi serta risiko berkaitan kelahiran pramatang.

Mengenali atau �mengambil tahu �mengenai perubahan yang �memerlukan anda segera ke �hospital contohnya �kontraksi rahim yang kerap, pendarahan daripada faraj, sakit ari-ari, pergerakan janin dan seumpamanya.

No comments:

Post a Comment