Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Terlalu ingin cahaya mata

SAYA berusia 26 tahun dan baru-baru ini saya mendapatkan rawatan untuk kehamilan.

Saya sudah berkahwin lima bulan dan terlalu ingin menimang cahaya mata. Doktor mengesahkan badan saya berasid. Adakah kesan asid terbabit boleh mengganggu kehamilan?

Apakah saranan doktor mengenai pemakanan atau ubat-ubatan untuk mengatasi masalah asid dalam badan?

IZZ,

Kuala Terengganu



ANDA dinasihatkan mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor mengenai keadaan tubuh berasid serta jenis ujian yang menyatakan keadaan berasid terbabit.

Beberapa bahagian tertentu tubuh sememangnya patut berasid seperti perut (gaster) dan faraj.

Ini bukanlah suatu penyakit malah keadaan semula jadi yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment