Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Tumbuh ketuat di pangkal rahim

SAYA berumur 25 tahun, sudah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai seorang anak. Saya kini hamil lima bulan anak kedua.

Masalahnya, saya dapati terdapat banyak benjolan kecil seperti ketuat pada pangkal rahim. Saya mendapati keadaan itu ketika saya memasukkan jari ke dalam faraj.

Saya risau sekiranya saya menghidap kanser pangkal rahim. Tetapi, saya tidak
mengalami pendarahan serta sakit selepas atau ketika bersama suami atau tanda kanser pangkal rahim yang lain.

Sebulan sebelum saya didapati hamil, saya ingin melakukan ujian Pap smear, tetapi ketika itu doktor mengatakan tarikh untuk melakukan ujian itu tidak sesuai.

Doktor juga memberitahu tidak sesuai untuk melakukan ujian berkenaan ketika hamil. Apakah yang perlu saya lakukan?

MISA,
Shah Alam.




ANDA boleh berjumpa dengan pakar sakit puan. Pemeriksaan dalaman menggunakan alat spekulum membolehkan doktor melihat keadaan permukaan faraj dan permukaan pintu rahim.


Ujian Pap smear juga dapat dilakukan. Sekiranya benar terdapat penyakit ketuat seperti yang anda syaki, doktor boleh membuangnya melalui pembedahan kecil yang akan dijadualkan kemudian.


Selain itu jika perlu, doktor akan melakukan pemeriksaan dalaman tambahan menggunakan bantuan alat kolposkop terutama jika hasil Pap smear tidak normal.

No comments:

Post a Comment