Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Rujuk

Soalan 68

Saya bercerai selama 3 tahun, kerana suami tidak adil berpoligami. Baru-baru ini bekas suami mahu berbaik semula dan berjanji akan berlaku adil. Memikirkan anak-anak dan saya yang masih sayangkan keluarga ini, saya bersetuju. Soalannya, perlukah bekas suami meminta persetujuan daripada isterinya dan adakah saya masih memerlukan wali untuk bernikah semula?


Jawapan

Dalam hal berpoligami, bekas suami puan perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada mahkamah. Kebenaran hanya diberi sekiranya hakim berpuas hati syarat-syarat poligami dipenuhi. Bagaimanapun sebelum perbicaraan dimulakan oleh mana-mana pihak, isteri berpeluang untuk membela diri dengan menyenaraikan makluman samada bersetuju atau tidak bersetuju diberi tempoh untuk menyediakan penyata pembelaan diri dan dibenarkan untuk mencadangkan apa-apa perubahan berkaitan masa hairat pencarian, tempat tinggal, giliran hari, nafkah diri, nafkah anak-anak dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Suami yang ingin berpoligami disyaratkan memenuhi kehendak di bawah Peruntukan Seksyen 23(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor iaitu:

  1. Poligami adalah patut dan perlu kerana keuzuran isteri(seksual dan mental)
  2. Suami mampu memberi nafkah untuk semua tanggungan dan bakal tanggungannya.
  3. Suami berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya
  4. Poligami tidak menyebabkan darar syarie kepada isteri sedia ada.

No comments:

Post a Comment