Jika hilang tarikan seksual antara suami isteri, hilanglah seri rumah
tangga kerana tiada lagi tarikan antara satu sama lain. Untuk elakkan
perkara ini dari berlaku, anda boleh amalkan enam cara berikut untuk
kekalkan tarikan seksual antara satu sama lain.
Cara pertama : Bersenam.
Apabila anda selalu bersenam, badan anda akan jadi lebih sihat dan minda
anda juga akan sentiasa cerdas. Jadi, mood anda untuk seks sentiasa ada
kerana anda sentiasa dahagakan sensasi dari hubungan seks. Ini kerana
akibat dari bersenam, prestasi anda di ranjang juga hebat dan anda akan
ketagih padanya.
Cara kedua : Sentiasa fokus untuk puaskan pasangan anda.
Semasa bersetubuh, anda fokus untuk puaskan pasangan anda atas dasar
cinta. Jadi, hubungan anda akan lebih nikmat dan tarikan seksual
sentiasa ada.
Cara ketiga : Jaga penampilan diri supaya sentiasa tampil seksi pada pasangan anda.
Ketika di rumah, anda pakailah pakaian yang boleh merangsang pasangan
anda. Jika di luar rumah pula, jagalah penampilan supaya pasangan anda
sentiasa suka dengan anda. Biasanya pandangan mata akan turun ke hati
dan akhirnya persaan ingin berseksual itu sentiasa ada pada pasangan
masing – masing.
Cara keempat : Jangan anggap diri tua.
Sentiasa anggap diri anda muda untuk melakukan hubungan seks. Ada di
kalangan pasangan yang hilang tarikan seksual antara satu sama lain
kerana mereka rasa mereka sudah tua untuk melakukan hubungan seks. Seks
tidak terhad pada umur, anda boleh lakukannya pada bila – bila masa anda
suka.