Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Anak Dara Tidak Boleh Jadi Pengapit?

SOALAN:


Kak Yan, saya ingin bertanya satu soalan yang agak mengelirukan bagi saya. Kawan baik saya bakal menjadi pengantin pada akhir tahun ini dan telah meminta saya menjadi pengapitnya. Masalahnya, saya ada terdengar 'orang-orang tua' berkata "Anak dara tidak boleh jadi pengapit, takut hilang seri masa kahwin nanti".

Saya dalam serba-salah, sama ada hendak menerima pelawaan kawan baik saya atau tidak. Kalau terima nanti….takut hilang seri,….kalau tidak terima…takut kawan kecil hati. Tapi, kalau difikirkan secara waras,…apa kaitannya antara pengapit dan hilang seri?. Di harap Kak Yan dapat membantu meleraikan kekusutan saya ini.

Untuk pengetahuan Kak Yan saya berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Terima Kasih.


JAWAPAN:


Sebenarnya 'orang-orang tua' kita ni kaya dengan budi bahasa. Mereka akan cuba memberi alasan yang tersendiri di atas sesuatu perkara yang di larang atau tidak molek. Mereka tidak akan berkata "tidak boleh!", tetapi digantikan dengan alasan yang .mudah diterima akal pada waktu itu tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati. Contoh yang mudah dan biasa kita dengar; seorang ibu akan berkata .. "Jangan makan sambil berubah-ubah tempat, nanti banyak bini/laki" kepada anaknya. Nasihat ini sebenarnya bertujuan untuk mendisiplinkan serta menjaga sopan anaknya ketika waktu makan, baik di rumah sendiri atau di rumah orang lain. Dan anak tadi disebabkan rasa takut, akan mengikut tanpa banyak soalan. Begitu juga dengan "Anak dara tidak boleh menjadi pengapit, nanti hilang seri masa kahwin". Sebenarnya yang dikhuatiri akan hilang seri ialah pengantin - bukan pengapit. Seorang pengantin sepatutnya tidak boleh ditandingi baik dari segi rupa paras, solekan, pakaian dan umur. Pada waktu dahulu, kebiasaanya Mak Andam yang akan menjadi pengapit. Dan Mak Andam pada waktu itu, terdiri dari mereka yang agak berumur. Jika Pengantin diapit oleh pengapit yang lebih muda dan lawa, maka pengantin akan kelihatan lebih tua dan tumpuan orang ramai akan bertukar kepada pengapit, bukannya pengantin.

Jadi, oleh kerana Adik Salina masih muda, maka eloklah cuba tolak pelawaan tersebut dengan penjelasan yang baik. Terangkan ia adalah demi kebaikan untuk pengantin. Kak Yan percaya kawan Adik akan faham.


Kak Yan.

No comments:

Post a Comment