Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Ingin tahu punca gugur

SAYA berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun. Untuk pengetahuan doktor, anak pertama saya lahir pada minggu ke-26 dan doktor memaklumkan kelahiran awal ini disebabkan jangkitan kuman. Saya diberitahu mempunyai GBS.

Anak kedua juga lahir awal iaitu pada minggu ke-24 de�ngan selamat tetapi memerlukan ventilator dan dimasukkan ke dalam inkubator. Bagaimana�pun, anak saya meninggal selepas enam hari kerana jangkitan dan pendarahan otak. Doktor memaklumkan kepada saya kelahiran awal kali ini disebabkan Cervical Incompetent. Untuk pengetahuan doktor saya tidak pernah menjalani prosedur D&C.

Saya ingin tahu punca keadaan terbabit dan perlukah saya menjalani HSG kerana doktor menyuruh saya membuat HSG untuk mengetahui keadaan rahim saya sama ada normal atau tidak.

Menurut doktor, jika tidak normal, ia boleh diatasi dengan melakukan pembedahan ke atas rahim supaya kandungan saya seterusnya tidak mengalami masalah yang sama.


FATIMAH,

Kuala Lumpur.



Anda tidak memberi maklumat lanjut mengenai kelahiran anak pertama, misalnya berat bayi, trauma kelahiran yang dialami, penggunaan alat bantuan seperti forceps dan sebainya. Ia mungkin berkaitan dengan penyakit yang diberitahu oleh doktor anda.

Lazimnya ‘inkompetens serviks’ berlaku dalam keadaan kehamilan berikutnya dapat bertahan sedikit lama sebelum mengalami keguguran/kelahiran. Ini berbeza dengan anda kerana kehamilan kedua berakhir lebih awal daripada kelahiran anak pertama. Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga diambil doktor anda dengan memaklumkan kemungkinan penyakit tersebut supaya dalam kehamilan akan datang, prosedur minor dilakukan untuk ‘mengikat’ pintu rahim bagi membantu menampungnya sekiranya ia inkompetens serviks.

Terdapat beberapa punca lain keguguran/kelahiran yang berlaku dalam semester kedua kehamilan, ini termasuk jang�kitan kuman, keadaan tidak normal dalam rahim, penyakit dalaman dan sebagainya. Ujian HSG dapat memberi gambaran ruangan dalam rahim. Ia mudah, murah dan tidak memerlukan pembiusan. Pilihan lain adalah secara kaedah teropong (histeroskopi) untuk melihat secara langsung dan pada masa sama pembedahan merawat dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, ia sejenis pembedahan yang memerlukan pembiusan dan memakan kos lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment