SAYA berusia 27 tahun dan kini hamil anak pertama dengan usia kandungan 14 minggu. Sejak awal kehamilan sehingga kini, saya mengalami gatal-gatal pada hampir seluruh anggota badan seperti badan, payudara, kaki, tangan, belakang badan dan punggung sehingga meng�ganggu aktiviti seharian.
Saya ada berjumpa doktor, doktor hanya memberikan krim sapu tapi keadaan semakin teruk dan kulit saya menjadi seperti kudis dan mengandu�ngi nanah di sekelilingnya.
Apakah punca kegatalan ini dan mengapa ia hadir ketika kehamilan? Adakah ia akan memberi kesan kepada kandungan dan apakah cara rawatan terbaik?
NOR,
Pahang
KADANGKALA ibu hamil mengalami masalah kegatalan pada keseluruhan kulit badan. Kebiasaannya ia disebabkan ‘alahan’ mengandung atas pengaruh hormon.
Elakkan daripada menggaru kerana luka akibat menggaru ini boleh mengundang jangkitan bakteria yang sedia terdapat di permukaan kulit dan udara persekitaran pula.
Krim sapuan yang di�berikan boleh sama ada mengandungi bahan yang membantu kita berasa nyaman dan sejuk untuk mengurangkan kecenderungan kita menggaru.
Terdapat juga krim sapuan yang mengandungi bahan antibakteria sama ada bercampur dengan sedikit bahan steroid atau tidak. Pada masa sama, doktor juga mungkin akan men�jalankan ujian lanjut contohnya ujian darah fungsi hati bagi mengetahui paras bilirubin dalam badan anda.
No comments:
Post a Comment