SAYA disahkan hamil sebulan dua minggu. Untuk pengetahuan doktor, saya sememangnya sering mengalami masalah gastrik dan angin dalam perut. Kebanyakan waktu saya
perlu bergantung pada ubat yang diberi doktor setiap kali saya mengalami keadaan demikian. Masalah saya adalah bebanan kerja yang adakalanya memerlukan saya meluang�kan lebih masa kepada kerja sebelum mengambil makanan keperluan seharian. Tetapi sebelum memulakan kerja, saya mengambil sarapan pagi.
Dalam keadaan disahkan hamil ini, saya curiga dan takut untuk mengambil ubat yang diberikan doktor sekiranya saya mengalami gastrik dan angin kerana risau kesan sampingan pada kandungan saya kelak.
Adakah sebarang kesan sampingan sekiranya saya berterusan mengambil ubat itu bersama vitamin untuk ibu hamil seperti ubat loya, asid folik dan ubat tahan muntah?
Masalah ini semakin serius setelah saya mula mengalami muntah dan loya. Saya faham ia salah satu gejala ibu hamil tetapi saya juga rasa sebu, malah doktor turut mengatakan ia gejala ibu hamil.
Saya risau mengenai pengambilan ubat-ubatan itu, harap doktor dapat memberikan nasihat.
AISYA,
Kuala Lumpur
LAZIMNYA ubat gastrik selamat digunakan sewaktu kehamilan. Bagaimanapun anda hendaklah bertanyakan doktor anda ataupun mendapat maklumat mengenai nama bahan ubat terbabit sebelum menyemak�nya. Saya tidak dapat menjawab tanpa berpandukan kepada jenis bahan ubat berkenaan.
Namun, perkara yang lebih penting adalah tabiat pemakanan anda sebagai ibu hamil. Tiada cara lain untuk berkongsi tanggungjawab memberi nutrisi kepada janin kerana ia bergantung kepada anda sahaja dan bukannya orang lain.
Anda perlu meluangkan masa untuk itu sama ada membawa bekal tambahan (tidak perlu meluangkan masa ke kantin) atau snek ringkas yang boleh dimakan ketika bekerja.
Majikan atau rakan sekerja lazimnya memahami keperluan pemakanan ibu hamil. Tubuh kita unik. Sekira�nya keperluan makanan tidak mencukupi misalnya kekurangan glukosa, tubuh akan menyalurkan kepada organ yang lebih penting seperti otak. Tidak mustahil jika tubuh turut mengetepikan bekalan kepada janin.
Kehamilan juga boleh menyebabkan pedih ulu hati seperti gastrik. Ini kerana kesan hormon progesteron terhadap perut. Jagalah pemakanan anda.
No comments:
Post a Comment