Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Pusat karaoke tawar pelacur kena serbu

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik pusat karaoke, namun premis terbabit turut menawarkan perkhidmatan seks.

Itu helah sebuah pusat pelacuran yang berselindung di sebalik nama pusat karaoke di rumah kedai tiga tingkat kira-kira 100 meter dari Pasar Borong Baru Selayang, di sini.


Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar apabila premis terbabit diserbu polis dari Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, seramai 23 pelayan pelanggan (GRO) ditahan ketika asyik melayan pelanggan.


Ketua Operasi, Cif Inspektor Wiryanty Abd Wahid, berkata selain GRO, pihaknya menahan tujuh pekerja pusat karaoke terbabit bagi membantu siasatan.


“Semua wanita yang ditahan terdiri daripada 10 warga Vietnam dan selebihnya warga tempatan berusia 20 hingga 40-an.

“Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita berusia 52 tahun yang dipercayai ibu ayam,” katanya.


Menurutnya, seramai 25 pelanggan yang terdiri daripada 22 lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Indonesia berada di pusat karaoke itu.

Wiryanty berkata, semua GRO dan pelanggan terbabit cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam lubang khas di premis itu, namun mereka dikesan polis.

No comments:

Post a Comment