SAYA disahkan menghidap kanser otot sebesar 12 sentimeter dan kanser saya tidak boleh dibuang.
Adakah saya boleh hamil? Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan?
CIK INTAN,
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan istilah perubatan bagi kanser anda. Saya jangkakan anda mengalami kanser jenis otot skeletal (rhabdomyosarcoma).
Anda pasti sudah berbincang dengan doktor anda mengenai hal ini. Malah, lazimnya sudah ada sekumpulan doktor pakar bidang tertentu yang merawat serta berbincang mengenai keadaan anda serta menjangkakan kemajuan anda.
Ini termasuk maklumat seperti jenis kanser, pering�kat kanser, tempoh sejak dikesan, sama ada kanser ini pertama kali atau berulang, lokasi kanser serta keadaan kesihatan anda sekarang.
Anda juga mungkin ada diberikan pilihan rawatan yang lain sama ada kemoterapi atau radioterapi serta bagaimana keadaan kanser atau respons setelah tamat rawatan terbabit.
Terdapat laporan pesakit kanser sebegini yang dikesan sewaktu mereka hamil, ada juga laporan pesakit yang sudah selesai menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi kemudian hamil serta selamat melahirkan.
Setiap kes kanser tidak semestinya sama dengan kes yang dilihat serupa.
No comments:
Post a Comment