KAMI baru berkahwin dan merancang mendapatkan zuriat. Selepas mencuba dan hasilnya negatif, pada Januari tahun ini kami membuat ujian darah (ujian hormon) di sebuah klinik pakar.
Untuk pengetahuan doktor, isteri saya datang haid kali pertama pada umur 19 tahun. Haidnya tidak teratur dan kadang-kadang ia datang tiga bulan sekali dengan jumlah haid terlalu sedikit.
Isteri saya mengambil ubat kesuburan (progyluton) selama lima bulan dan mengambil clomid. Sebelum ini, kami bersama-sama berjumpa doktor dan melakukan imbasan pada hari ke-13. Kata doktor, ada dua telur dan doktor menasihatkan kami bersama pada malam hari ke-14.
Selepas lima minggu, doktor melakukan imbasan dan katanya, kemungkinan hamil.
Imbasan pada minggu ketujuh, janin tidak mengembang, ujian UPT negatif dan imbasan pada minggu kesembilan, janin juga tidak mengembang.
Sekarang sudah tiga bulan doktor memberikan ubat untuk turun haid. Jika tiada haid pada 4 November ini, doktor akan membuat pengguguran.
Kami berharap doktor dapat menasihatkan kami. Kami musykil mengapa hamil tiga bulan, tetapi ujian UPT negatif dan imbasan pula menunjukkan janin tidak kembang.
SIVA,
Kuala Lumpur.
PERLU disahkan sama ada isteri anda benar-benar hamil atau sebaliknya. Isteri anda juga mungkin mengalami tanda kehamilan misalnya payudara tegang, puting payudara menjadi sensitif terhadap sentuhan, loya dan seumpamanya.
Apabila doktor mengatakan kemungkinan seseorang wanita itu hamil berdasarkan imbasan ultrabunyi, ini lazim�nya bermakna:
Dalam keadaan yang tidak pasti (kantung dapat dikesan di dalam rahim, tetapi tiada perkembangan selepas tujuh hingga 10 hari):
Sekiranya doktor mencada�ngkan prosedur pengguguran, tisu yang dikeluarkan itu pula boleh dihantar untuk pengesahan makmal terhadap kehamilan di dalam rahim, namun ia membabitkan tambahan kos.
Kemungkinan kehamilan ektopik mungkin tidak berkait dengan isteri anda memandang�kan imbasan ultrabunyi sudah mengesan bukti kehamilan dan kini ia sudah menjangkau usia tiga bulan, jarang kehamilan ektopik dapat bertahan selama itu.
Anda tidak menyatakan usia isteri anda serta bila waktu dalam kitaran haid isteri anda ujian darah terbabit dilakukan dan jenis unit yang digunakan pada nilai ujian berkenaan.
Sekiranya ia dilakukan pada awal kitaran haid, nilai FSH serta estradiol dapat memberi gambaran mengenai keadaan kesuburan seseorang wanita merujuk kepada bekalan telur yang masih tinggal di dalam ovarinya.
Paras hormon FSH yang tinggi menunjukkan kemungkinan seseorang wanita sudah kekurangan bekalan telur dan perlu dirangsang menggunakan ubat kesuburan berdos tinggi, lazimnya secara suntikan.
Ini mungkin dapat menerang�kan mengapa seseorang itu mengalami haid yang jarang kerana mungkin tidak berlaku ovulasi pada kitaran terbabit.
No comments:
Post a Comment