SAYA berumur 34 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada Mac 2011. Saya mempunyai kitaran haid yang normal tetapi tidak hamil. Sebelum berkahwin, saya banyak mengambil ubat dan pil untuk menurunkan berat badan.
Adakah kerana pengambilan ubat-ubatan ini yang menyebabkan saya sukar mengandung?
ANIE,
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan berat badan anda dahulu dan kini. Perubahan berat badan secara mendadak sama ada menurun atau bertambah, boleh menyebabkan gangguan ovulasi juga memberi kesan kepada aturan haid.
Ubat-ubatan yang diambil lazimnya diproses serta dikumuh sama ada di dalam hati atau buah pinggang. Ujian darah fungsi hati dan buah pinggang dapat memberi gambaran keadaan organ berkenaan, tetapi kadangkala kesan negatif hanya dapat diketahui lambat. Bergantung kepada dos yang diambil, ia juga boleh memberi kesan negatif sehingga merosakkan organ berkenaan.
Semudah ubat yang biasa diambil, misalnya bahan paracetamol bagi meredakan demam juga boleh menyebabkan kerosakan hati sekiranya diambil lebih daripada dos yang disahkan.
Ubat-ubatan moden lazimnya mempunyai preskripsi yang turut menyenaraikan kesan baik yang dijangkakan serta kesan �sampingan yang boleh dialami selain mendapat �kelulusan badan pengawalan berkuasa sama ada tempatan mahupun antarabangsa, Kebanyakan produk lain pula hanya menyenaraikan kesan atau kemujarabannya saja bagi menarik minat pelanggan tanpa mengambil berat mengenai kesan negatifnya. Berhati-hatilah sebelum mengamalkan sesuatu bahan.
Dengan usia anda dan tempoh perkahwinan sedemikian, tidak salah jika anda ingin mendapatkan pemeriksaan kesuburan serta mencuba rawatan mudah dahulu, lebih-lebih lagi jika anda didapati mempunyai penyakit berkaitan kesuburan. Jika anda ingin menunggu lebih lama lagi, biarlah tidak sampai melebihi tempoh setahun perkahwinan.
No comments:
Post a Comment