SAYA baru berkahwin selama empat bulan. Baru-baru ini saya disahkan hamil dan usia kandungan saya berusia lebih lima minggu.
Sebelum berkahwin, saya menghidap penyakit diabetes ketika berusia 23 tahun.
Saya tidak pernah mengambil sebarang ubat untuk mengawal kencing manis tetapi mengamalkan diet yang disarankan doktor.
Untuk pengetahuan doktor, ketika membuat ujian kehamilan, doktor sudah membuat ujian tahap gula iaitu dengan mengambil sampel darah di hujung jari saya dan
bacaannya 6.5.
Saya ingin tahu risikonya kepada kandungan saya. Apakah rawatan yang sewajarnya saya lakukan?
MAZ,
Kuala Lumpur
ANDA tidak menyatakan usia anda kini. Penyakit diabetes lazimnya disahkan melalui ujian darah. Anda tidak menyatakan jenis ujian pengesahan diabetes yang dijalani dahulu.
Apa juga jenis rawatan sama ada suntikan, pil mahupun kawalan diet saja, pesakit diabetes perlu melakukan ujian pemantauan (lazimnya ujian darah) dalam kekerapan yang dirasakan perlu oleh doktor.
Pemeriksaan doktor ke atas kawalan diabetes seseorang juga penting sebelum dia merancang untuk hamil, seelok�nya atau sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kehamilan. Ini bagi membantu mengurangkan risiko keguguran dan keabnormalan pembentukan janin.
Anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor perbidanan. Jika benar anda penghidap diabetes, keperluan ubatan ditentukan melalui ujian darah.
Pemantauan juga dilakukan secara ujian darah. Lazimnya, pesakit diajar melakukannya sendiri di rumah, bukannya hanya berdasarkan kepada sekali ujian saja seperti yang anda jalani.
Keadaan anda dan kandu�ngan seeloknya dinilai doktor perbidanan dan doktor perubatan dalaman endokrinologi. Kebanyakan hospital ada menyediakan satu sesi klinik bersama kedua-dua doktor itu untuk memudahkan pesakit.
No comments:
Post a Comment