SAYA baru berkahwin pada September 2011. Untuk makluman doktor sebelum berkahwin saya mengalami masalah senggugut yang sangat teruk.
Saya sering mengambil ubat tahan sakit apabila mengalami senggugut yang teruk semasa haid. Bagaimanapun selepas saya berkahwin saya kurang mengalami masalah sakit senggugut.
Saya ingin tahu mengapa darah keluar apabila saya bersama suami. Suami saya juga bimbang perkara ini memandangkan apabila kami bersama saja, darah keluar. Apakah punca keadaan ini?
DIANA,
Perak.
DUA masalah anda ini mungkin tidak berkaitan. Pendarahan selepas bersama sering berpunca dari kawasan yang disentuh sewaktu hubungan seks iaitu faraj dan permukaan pintu rahim (serviks). Anda dinasihati berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman.
Menggunakan alat spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj, doktor dapat melihat secara langsung keadaan permukaan faraj dan pintu rahim luar (ektoserviks) sama ada terdapat luka dan seumpamanya. Kadangkala ia disebabkan luka pada selaput dara sahaja, lebih-lebih lagi jika anda berasa pedih atau sakit apabila suami baru memulakan penetrasi zakar.
No comments:
Post a Comment