Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Hukum Isteri Menghina Keturunan Suami

Soalan 82

1. Isteri abang saya pernah menghina keluarga saya iaitu keluarga suaminya dengan mengatakan bahawa suaminya berketurunan pelacur sundal dan berketurunan tidak baik, apakah hukumnya? Saya ada terdengar orang bercerita tetapi tidak pasti bahawa apabila seorang isteri atau suami menghina keturunan maka akan jatuh talak dengan sendirinya. Adakah itu betul?

Jawapan

Hukum menghina atau merendahkan martabat orang lain adalah haram dan berdosa. Sekiranya kata-kata tersebut tiada di sertai dengan niat cerai atau diucapkan bersama dengan kalimah perceraian maka tidak jatuh talaqnya. Nasihatkan abang saudari,agar hindari perasaan takut untuk hadir ke Pejabat Agama Islam. Minta beliau menjaga Hukum agama lebih dari segala-galanya kepentingannya. Beri semangat dan tunjuk ajar, sekiranya sukar, ajak beliau berbincang dengan pegawai rundingcara/ pegawai khidmat nasihat di Pejabat Agama Islam terdekat melalui telefon.

No comments:

Post a Comment