Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Tiada haid lepas keguguran

SEJAK saya keguguran pada 1 Julai 2011, saya tidak didatangi haid hingga kini. Saya kerap sakit perut yang keterlaluan setiap bulan.

Pelbagai cara sudah saya lakukan, tetapi saya tetap tidak didatangi haid hingga kini. Apakah nasihat doktor mengenai hal ini?

IDA,
Seremban.


SAYA perlukan maklumat lanjut mengenai apa yang dijalani sewaktu keguguran dahulu. Adakah anda menjalani prosedur cuci (D&C)? Adakah terdapat tanda jangkitan dalam rahim (endometritis)?


Begitu juga dengan beberapa soalan lanjut. Adakah sakit perut terbabit menyerang pada tarikh yang hampir sama setiap bulan seolah-olah seperti tarikh haid seseorang? Adakah anda mengalami sakit perut yang sama sebelum keguguran dahulu?

Anda dinasihati menjalani pemeriksaan doktor, seelok-eloknya sewaktu anda diserang sakit perut itu. Anda juga mungkin akan diperiksa lagi sewaktu sekitar waktu subur.

Kemungkinan berlakunya perlekatan di bahagian pintu rahim atau sebahagian ruang rahim perlu diselidiki, begitu juga kemungkinan masalah hormon saja.

No comments:

Post a Comment