Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Membuang peranakan tangani masalah rahim

SAYA mempunyai ibu yang berumur 70-an. Masalah ibu saya ialah peranakannya sudah terkeluar daripada faraj dan ibu saya mengalami kencing yang tidak dapat dikawal.

Untuk pengetahuan doktor, ibu saya tidak mempunyai sebarang penyakit dan mencuba memakai ‘ring’ yang diberikan doktor tetapi ia kerap tercabut.

Apakah risikonya sekira�nya ibu saya mahu membuat pembedahan untuk membuang rahimnya?

ZURA,

Kuantan, Pahang



IBU anda mengalami keadaan prolaps rahim serta prolaps pundi kencing (dinamakan cystocele). Pesari (ring) yang digunakan mungkin kecil dan kurang sesuai dengan ibu anda.

Terdapat beberapa saiz pesari, lazimnya doktor akan mengukur secara manual untuk mengagak saiz pesari yang sesuai. Terlalu besar mengakibatkan tekanan ke atas faraj sehingga boleh menyebabkan ulser, terlalu kecil pula boleh menyebabkan ia asyik jatuh.

Pemakaian pesari ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Ia cuma menampung atau menongkah dinding faraj yang sudah pun sedia prolaps. Apabila dicabut atau tercabut, faraj (bersama rahim, pundi kencing dan usus rektum yang ditampungnya) akan jatuh atau prolaps.

Pembedahan adalah jalan penyelesaian bagi prolaps vagina. Ia dilakukan melalui faraj dan pada masa sama bahagian faraj juga akan dipotong sedikit bagi membaiki keadaan cystocele.

Doktor bius pula mungkin akan mengesyorkan kaedah pembiusan epidural. Ibu anda perlu diperiksa terlebih dahulu bagi menentukan tahap kesihatannya sebelum disahkan selamat menjalani pembedahan.

No comments:

Post a Comment