Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Petunjuk istikharah tentukan jodoh

SEJAUH mana petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh terbaik? Bagaimanakah sekiranya saya meminta ibu melakukan solat hajat bagi mendapatkan petunjuk dan dia mendapat mimpi lelaki itu muncul, walhal lelaki itu baru memutuskan hubu�ngan kami setelah berkawan selama dua tahun?

INSAN KELIRU,
Kuala Lumpur

SOLAT istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada suatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentu aspek kebaikan dalamnya kerana mempu�nyai pilihan yang sama.

Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan. Begitu juga dengan perkara lain.

Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkan (Sabiq I: 139-40).

Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu de�ngan membaca mana ayat selepas fatihah.

Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah.

Rasulullah bermaksud: “Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerja�kan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardu. Kemudian hendaklah dia berdoa:
Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersem�bunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesung�guhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripada�ku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagi�ku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat Bukhari).

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagai�nya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.

Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat isitikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dan jangan ragu-ragu lagi.

Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendak�lah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya.

Solat hajat yang dilaku�kan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi terbabit bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam.

Gunakan akal dan penga�laman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.

Pekerja terbabit dokumen berunsur rasuah

SAYA kakitangan di sebuah syarikat separuh kerajaan. Ketua saya terbabit dalam rasuah bukan kewangan seperti percutian yang diberi pemegang lesen.

Walaupun dia menyatakan itu program lawatan kerjanya tetapi kami yang bekerja di situ tahu mengenai tujuannya. Dia membuat tuntutan tidak sepatutnya dan rakan saya yang bekerja sebagai setia-usaha terpaksa menyediakan dokumen berkenaan.

Saya pernah menunjukkan rasa kurang senang dengan perlakuannya itu tetapi dia menunjukkan rasa tidak bersalah. Apakah tindakan sewajarnya yang perlu kami lakukan? Adakah kami dianggap bersubahat kerana mengetahui tindakan salah yang dilakukan?

INGIN PENJELASAN,

Pahang



TINDAKAN yang sepatutnya dilakukan ialah melaporkan kepada pihak atasan atau pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini kerana apabila dibiarkan sahaja pelakuan rasuah dan salah laku itu, kita dikira bersubahat sama dengan pelaku berkenaan. Pihak berwajib tentunya akan menyiasat dengan sebaiknya.

Sebenarnya rasuah ini sudah lama dalam sejarah manusia. Cuma ada yang kecil dan ada yang besar. Bagaimanapun, rasuah banyak mendatangkan keburukan bukan kepada individu malah kepada masyarakat dan negara.

Antaranya, ia menyebabkan berlaku kezaliman dalam pendapatan syarikat dan negara. Ia juga termasuk dalam memakan harta orang lain secara tidak betul (batil) yang dilarang Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 188).

Islam datang menyematkan nilai buruk kepada pemberi, penerima dan orang-orang yang bersubahat dengan rasuah. Antaranya Allah dan Rasulnya melaknat mereka, iaitu tiada keberkatan di dunia dan di akhirat nanti menerima seksaan Allah.

Islam menangani rasuah dengan cara berhemat supaya tidak berlaku tuduh menuduh dan sebagainya. Sebolehnya siasatan dijalankan dengan cermat dengan tidak mudah mendakwa tanpa bukti yang kukuh.

Ini kerana ia membabitkan maruah seseorang dan maruah badan yang diberi amanat untuk menyiasat perkara itu. Perkara ini dapat dipelajari daripada sirah Rasulullah s.a.w.

Baginda memberi nasihat dan nasihat yang baik sekiranya ada antara sahabat Baginda yang menjadi pegawai di sebuah kawasan tersalah ambil rasuah atau menerima hadiah dan sebagainya.

Kadang-kadang sikap kita yang mudah membuat tuduhan tanpa usul periksa dan laporan dibuat kepada SPRM bertujuan ugutan semata-mata tidak menyelesaikan masalah rasuah.

Pegawai Pencegah Rasuah juga perlu memastikan tindakan mereka juga benar-benar berkesan dengan menjalankan tanggungjawab supaya rasuah tidak berlaku.

Kadang-kadang tindakan pencegahan awal tidak dijalankan. Kita hanya menumpukan kepada tindakan selepas rasuah sudah berlaku. Dengan kata lain, pihak berwajib hendaklah memfokuskan kepada langkah pencegahan daripada tindakan selepas rasuah berlaku kerana kesan sudah terjadi.

Tindakan semata-mata dengan menghukum tidak berkesan tetapi kesedaran mengenai buruknya rasuah perlu disebar seluas mungkin.

Teguran dibalas maki

SAYA pernah menegur anak saudara yang tidak bertudung dan berpakaian tidak menutup aurat.

Namun teguran saya dibalas maki hamun serta saya difitnah dengan tuduhan tidak hormat mentua dan berperangai buruk oleh ibu bapa anak saudara saya. Mereka mempersendakan saya dengan mengatakan saya sebenarnya hanya berselindung di sebalik pakaian dan menuduh saya hipokrit. Sedangkan semua tuduhan mereka itu tidak betul sama sekali.

Saya dan keluarga mentua cukup bahagia. Bagaimana harus saya tangani masalah ini?

TERTEKAN

Melaka



SEBENARNYA anda sudah menjalankan tanggung�jawab untuk menyuruh perkara makruf dan melarang perkara mungkar.

Ia sebahagian tanggung�jawab umat Islam sebagaimana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah.

“Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang fasik.” (Surah Al ‘Imran ayat 109)

Usaha menegakkan makruf dan melarang kemungkaran tentu ada cabaran. Ini yang anda hadapi. Mungkin pendekatan kita yang tidak berhikmah menyebabkan berlaku salah faham.

Ini perlu disedari setiap kita. Seterusnya Islam mengajar supaya bersabar dalam berdakwah. Inilah sikap yang sepatutnya ada dalam diri anda iaitu sentiasa bersabar dan tenang.

Ini terkandung dalam pe�ngajaran dari Surah al-’Asr dalam al-Quran.

Alkohol dalam syampu, sabun

SAYA perhatikan banyak barangan seperti syampu, sabun mandi atau pencuci muka mengandungi alkohol. Adakah sah ibadah kita sekiranya menggunakan barangan terbabit?


NOR,

Pahang

SOALAN sama ada ibadah sah atau tidak sekiranya menggunakan bahan yang mengandungi alkohol seperti di atas berasal daripada kekeliruan mengenai alkohol itu sendiri. Ini kerana ada pendapat yang menyatakan ia sama dengan arak kerana dalam arak ada alkohol dan kadang-kadang arak juga dinamakan sebagai alkohol.

Apa yang jelas sekarang ialah arak diharamkan kerana unsur memabukkan. Mengenai bahan-bahan yang mempunyai alkohol seperti di atas, ia masih boleh digunakan dan sah untuk dibawa dalam ibadah kerana kuantitinya sedikit.

Ini kerana ia hanya memba-bitkan perkara kecil dan hukumnya dimaafkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk menggunakan bahan berkenaan hendaklah dijauhi terutama ketika hendak menunaikan ibadah seperti solat.

Ini dapat menghilangkan rasa was-was dalam diri. Prinsipnya ialah perkara yang diragui hendaklah ditinggalkan sekiranya ia tidak menjejaskan kehidupan seharian.

Cinta 11 tahun dihalang orang tua

SAYA seorang gadis berusia 30 tahun kini berdepan de-ngan masalah untuk berkahwin dengan lelaki pilihan saya.

Perhubungan kami tidak direstui ibu bapa saya.

Kami sudah berkawan hampir 11 tahun. Teman lelaki berniaga sendiri dan saya berjawatan dalam sektor swasta.

Ia tidak memenuhi permintaan keluarga saya di mana mereka mahukan seseorang yang berpangkat, setanding dengan saya.

Sudah banyak kali saya cuba dijodohkan dengan lelaki pilihan ibu saya, tetapi saya menolaknya.


Untuk makluman, teman lelaki saya menanggung perbelanjaan seluruh keluarganya kerana perniagaan itu diserahkan kepadanya.

Ibunya pernah bertanya apakah kekurangan anak lelakinya sehingga keluarga saya tidak dapat menerimanya dan saya terdiam seketika.

Bagaimana saya mahu mendirikan masjid jika keluarga saya menentang perkahwinan kami?

Jika ingin berkahwin juga, perlukah saya mencari wali hakim untuk dijadikan saksi? Perlukah saya ke jabatan agama untuk menyelesaikan masalah saya ini?

Saya tidak sampai hati untuk melukakan hati keluarga saya kerana mereka banyak membantu saya. Ketika ini ayah saya juga sedang sakit dan perlu bergantung kepada saya.

Mereka seperti tidak mahu melepaskan saya. Bantulah saya Dr kerana saya amat tertekan dengan masalah ini.

GADIS BUNTU
Selangor




PERKARA sebegini sepatutnya tidak berlaku dalam masyarakat semasa.

Ini kerana setiap ibu bapa mesti memahami bahawa Islam sangat menggalakkan perkahwinan dan terbentuk�nya institusi keluarga.

Ibu bapa hendaklah berusaha supaya anak mereka sama ada lelaki dan perempuan mendapatkan jodoh sehingga terbinanya rumah tangga.

Mereka sepatutnya bukan menjadi penghalang, tetapi sebagai pendorong kepada anak untuk cepat berumah-tangga. Mereka dinasihat�kan supaya tidak terlalu memilih bakal menantu sehingga mewujudkan konflik dan ketegangan dalam keluarga sendiri.

Apa yang penting ialah faktor agama bakal menantu dan bukannya rupa paras, kekaya�an dan sebagainya.

Saya menasihati anda berdua supaya banyak bersabar dan terus berusaha untuk menjayakan hasrat untuk berumah�tangga ini.

Semoga ibu bapa akan terbuka hati menerima bakal suami nanti. Lebih-lebih lagi bapa sendiri dalam keadaan sakit. Biasanya orang yang sakit lembut hati dan dekat dengan Allah.

Cubalah berterus terang dengan bapa pada waktu yang sesuai dan ambil cara yang berhemah apabila memula�kan perbincangan nanti.

Sekiranya tidak berjaya, akta keluarga Islam membenarkan perkahwinan anda berdua melalui perwalian hakim kerana wali bapa enggan.

Permohonan untuk berbuat demikian boleh dibuat di Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, lebih baik sekiranya perkara berkaitan keluarga seumpama ini diputuskan sesama keluarga sahaja tanpa membabitkan pihak luar terutamanya mahkamah.

Oleh itu teruslah berusaha dan banyak berdoa semoga dibuka hati kedua ibu bapa dan ahli keluarga nanti.

Taubat kekasih terlanjur

SAYA pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20 tahun.

Saya sudah beberapa kali terlanjur bersama teman wanita saya dan kini kami berdua sudah berpisah.

Saya ingin bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Perlukah saya berbaik semula dengan teman wanita yang saya tiduri dan mengajaknya bertaubat kepada Allah s.w.t ataupun saya terus melupakannya dan berdoa supaya Allah mengurniakan saya dengan wanita lain sebagai jodoh?

Saya ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran kami dengan memujuknya kembali bersama saya, tetapi dia sudah mempunyai lelaki lain.


Saya mahu bertaubat sebelum ajal menjemput.

HAZRUL
Kuala Lumpur




HASRAT untuk bertaubat dan tidak lagi mengulangi dosa zina itulah yang sepatutnya. Ini kerana kita perlu ingat bahawa dosa zina termasuk dalam dosa besar yang kedua selepas dosa syirik.

Rasulullah s.a.w mengingat-kan setiap individu bahawa: “Tiada dosa yang lebih besar selepas daripada syirik selain dari seorang lelaki yang meletakkan maninya dalam kandungan perempuan yang tidak halal baginya (bukan isteri).” (Tafsir Ibn Kathir III: 38)

Pilihan untuk bertaubat dan berkahwin itulah yang sebaiknya. Manakala berkahwin dengan teman wanita itu juga sebahagian daripada menebus dosa zina sekiranya dia bersetuju.

Sekiranya tiada persetujuan, maka pilihlah wanita yang beragama untuk dikahwini sekiranya ada jodoh. Selain itu buatlah segala amal soleh bagi menebus kesalahan lalu seperti memperbanyakkan amalan sunat.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, anda terselamat daripada hukuman dan seksaan Allah sama ada di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah menerima taubat hamba-Nya sepanjang masa.

Tak salah kahwin sebelum 100 hari kematian

BAPA saya meninggal dunia baru-baru ini. Masalahnya sekarang, tunang saya mendesak supaya melangsungkan perkahwinan dengan segera.

Apakah hukum jika tunang saya tidak menghormati arwah bapa saya yang masih belum melepasi 100 hari kematiannya?

SYAH
Johor


TIADA menjadi kesalahan bagi melangsungkan perkahwinan sebelum arwah bapa melepasi 100 hari kematiannya. Bukan bermaksud tidak menghormati arwah bapa kerana tiada kaitan antara kedua-duanya.

Malah, bapa berkemungkinan besar bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan sebagai mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang menggalakkan anak muda berkahwin awal.

Bagaimanapun, rancanglah perkahwinan itu dengan baik bersama tunang anda untuk kebaikan bersama.

Al-Quran dalam telefon bimbit hukumnya harus

SAYA ada kemusykilan mengenai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit. Saya baru menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy dan ada memuat turun aplikasi al-Quran dari perisian Andriod Market.

Aplikasi al-Quran itu percuma. Adakah menjadi kesalahan jika saya meletak telefon saya di dalam poket seluar dan sering membawa telefon berkenaan ke dalam tandas?

ARIF
Selangor

HUKUMNYA adalah harus untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai aplikasi al-Quran.

Bagi menjaga kesucian al-Quran, aplikasi al-Quran tidak dibuka ketika berada di tempat kotor seperti tandas.

Membawa telefon berkenaan bersama-sama ke dalam tandas dibenarkan apabila ia tidak dibuka atau diakses ketika itu. Ini kerana aplikasi al-Quran dikira tidak wujud ketika masa itu.

Kita boleh ibaratkan ia seperti seorang hafiz memasuki tandas, tidak menjadi kesalahan asalkan dia tidak membaca al-Quran dalam tandas kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesucian al-Quran.

Terperangkap kekusutan cinta

SAYA berkenalan dengan seorang lelaki dan bercinta hampir tujuh tahun lamanya. Sepanjang percintaan, sudah beberapa kali hasrat kami untuk bertunang menemui kegagalan sehingga saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang bekerja di luar negara.

Selama setahun berkenalan, kami memutuskan untuk mengakhiri perkenalan kami itu dengan perkahwinan, tetapi kekasih lama saya memujuk saya untuk kembali kepadanya.

Tanpa sebarang keraguan, saya menerimanya dan memberitahu kepadanya saya berada di luar negara dan sudah pun dipinang orang.

Walhal, saya sebenarnya tidak dipinang lagi oleh sesiapa pun.

Jiwa saya benar-benar terganggu dan sedih kerana kekasih lama saya sehingga kini gagal lagi untuk menghantar rombongan untuk meminang saya.


Kini saya ingin kembali semula menjalin hubungan bersama kekasih yang berada di luar negara dan mengharapkan jodoh kami bertaut kembali.

Bantulah saya untuk meleraikan kekusutan diri ini.

INA
Kuala Lumpur




SAYA ingin menasihati anda supaya lebih berani dan tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Antaranya dalam membuat keputusan mengenai teman hidup bagi mengharungi alam rumah tangga.

Banyak keputusan yang perlu dibuat dalam kehidupan. Anda sudah membuat beberapa keputusan penting seperti di atas.

Memandangkan anda belum lagi bertunang dan teman lelaki anda nampaknya tidak bersedia, anda boleh membuat keputusan untuk kembali menghubungi bekas teman lelaki yang berada luar negara dengan menyatakan niat untuk berumahtangga sekiranya dia sudi.

Tidak salah untuk berterus terang mengenai perkara hal rumah tangga ini. Walaupun bagaimanapun, janganlah diharap sangat penerimaannya.

Mungkin jodoh anda dengan orang lain. Bukalah hati untuk menerima jodoh yang lain.

Sebenarnya kita boleh merancang jodoh bagaimanapun yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Begitu juga dengan anda.

Balasan dosa silam?

SAYA sudah berkahwin hampir empat tahun. Alhamdulillah, saya dianugerahkan dua anak dan seorang lagi bakal lahir bulan hadapan.

Masalahnya sekarang, sudah hampir setahun suami saya tidak bekerja.

Segala perbelanjaan dan keperluan saya yang tanggung. Saya hanya seorang kerani yang mempunyai pendapatan bersih cuma RM700 sebulan.

Apa yang buat saya berkecil hati walaupun dia tidak bekerja dan saya pula tengah sarat mengandung, suami saya jarang menolong saya menjaga anak jauh sekali menolong melakukan kerja rumah.

Sejak mengandung, dia memang sudah tidak bekerja.

Tiap-tiap malam keluar, hampir subuh baru dia balik. Keadaan itu berterusan sampai sekarang.

Saya mula rasa nak marah kerana penat menjaga anak seorang diri.

Setiap pagi saya terkejar-kejar menguruskan anak dan menghantarnya ke pusat jagaan. Suami saya langsung tidak menolong dengan alasan dia mengantuk dan penat kerana baru balik.

Saya tidak boleh menerima alasan itu dan saya sudah bercakap baik-baik kepadanya. Dia lebih mementingkan kawan-kawannya dari keluarga.

Saya cakap saya tidak kisah dia tidak bekerja sekiranya dia boleh menjaga anak.

Sekurang-kurangnya saya tidak perlu membayar ke pusat jagaan kanak-kanak sebanyak RM400 sebulan.

Saya juga mula rasa tawar hati dan tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri seperti memasak, tidak mencuci pakaiannya dan tidak menunaikan hajatnya kerana merasa begitu tertekan dengan sikapnya.

Saya bimbang apa yang saya lakukan ini dikategorikan sebagai isteri derhaka.
Tambahan lagi, dia selalu melengahkan solat dan sekarang hampir setiap hari dia meninggalkan solat Subuh.

Katanya selama ini dia bangun subuh sebab dia serabut dengar saya membebel.

Itu membuatkan saya makin tawar hati kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan solat sedangkan dia tidak.

Tetapi saya tahu itu adalah dosa antara dia dengan Allah sedangkan saya pula berdosa dengannya sebagai isteri. Sebenarnya apabila difikirkan itu mungkin hikmat dan ujian daripada Allah.

Mungkin itu satu balasan dosa silam kerana saya pernah melakukan maksiat dengannya sebelum kahwin. Tetapi kami tidak pernah terlanjur.

Saya juga pernah curang dengannya selepas bergelar isteri kerana saya tahu dia curang dengan saya.

Tetapi kami tidak pernah berzina. Sekiranya Allah turunkan ujian ini kerana dosa silam saya, saya reda asalkan saya mendapat pengampunan-Nya.

Apa yang patut saya lakukan? Saya sudah tidak mampu untuk menyara anak seorang diri dengan pendapatan yang kecil.

ISTERI BUNTU
Selangor



MASALAH anda berkisar kepada suami yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai suami.

Ia membabitkan nafkah zahir dan juga nafkah batin seperti kasih sayang.

Rumah tangga bahagia apabila tanggungjawab suami isteri sama-sama dipikul sehingga terbentuk keluarga bahagia. Perkara itu perlu diatasi segera kerana ia boleh membawa perpecahan rumah tangga dan perceraian.

Begitulah kemungkinan yang akan berlaku kepada rumah tangga anda apabila masing-masing membawa hal tuju sendiri.

Penyelesaian Islam ialah suami perlu kembali menjadi suami yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak.

Setiap suami perlu sedar bahawa anak isteri adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga dan dipikul. Kita semua akan ditanya di akhirat kelak. Itulah penyelesaian yang terbaik.

Bagaimanapun, sekiranya suami masih bersikap lepas tangan, anda boleh memilih untuk bersabar buat sementara dengan memberi suami peluang untuk berubah.

Contohnya, dengan memberi peluang kepada suami mencari pekerjaan yang baru bagi menampung keperluan rumah tangga.

Dengan itu, anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya.

Jika tidak ia boleh dikategori sebagai nusyuz. Begitu juga maruah diri dan suami perlu dijaga agar tidak melanggar hukum Islam seperti pernah berlaku pada anda.

Anda juga sewajarnya bertaubat kepada Allah apabila terlanjur sedikit sebanyak. Itu sebenarnya kelemahan anak Adam yang banyak melakukan dosa dan kesalahan.

Hanya keampunan Allah dapat menghapuskan dosa itu. Selain itu, puan boleh mendapatkan bantuan keluarga sendiri seperti ibu bapa dan sanak saudara dalam meringan beban masalah.

Mereka boleh menjadi pendamai dalam menyelesaikan masalah sebegini. Seterusnya Islam membenarkan perpisahan antara suami isteri apabila salah seorang tidak mampu menjalankan tanggungjawab asasi iaitu memberi nafkah.

Perkara sebegini perlu dibawa ke mahkamah untuk diberi keputusan sama ada membenarkan perceraian melalui fasakh atau sebagainya.

Sebaiknya adalah mengekalkan rumah tangga yang ada kerana kehidupan sebagai ibu tunggal (janda) pasti ada cabaran tersendiri.

Sekurang-kurang ada orang yang dapat membantu dalam kesusahan. Setengah orang lebih suka untuk mempunyai suami daripada hidup berseorangan.

Manfaat cukur rambut bayi

BOLEHKAH saya mencukur rambut bayi saya sendiri, timbang rambutnya dan sedekahkan kepada fakir miskin? Ada pendapat menyatakan timbangan rambut ikut nilai perak dan ada pendapat menyatakan ikut nilai emas.

SYAM,
Kuala Lumpur


ANTARA perkara sunnah yang boleh dilakukan ibu bapa apabila mendapat zuriat adalah anak itu (1) di azan dan diiqamahkan (2) dilakukan aqiqah (3) diberi nama yang baik, (4) dilakukan (tahniq) atau dibelah mulut dengan benda manis seperti kurma dan dibaca doa dan (5) dicukur rambut dan diberi sedekah seberat timbangannya.

Ia boleh dengan nilai emas atau perak mengikut kemampuan masing-masing (6) dikhatankan (7) menindik telinga bagi anak perempuan dan (8) diberi penjagaan dan penyusuan sebaik mungkin.

Apabila memilih untuk tidak mencukur rambut bayi, ibu bapa tidak mendapat pahala sunat seperti di atas. Sebenarnya mencukur rambut ada banyak kelebihannya seperti dapat menjaga kebersihan, menumbuhkan rambut baru yang lebih baik dan anak lebih selesa apabila kepala tidak terhalang daripada menerima oksigen atau angin.


Berzina walaupun ada suami

SAHABAT saya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tanpa kerelaannya. Lelaki berkenaan jugalah yang merogol dia satu ketika dulu tetapi enggan bertanggungjawab dan meninggalkan sahabat saya itu begitu saja untuk mencari perempuan lain.

Apabila lelaki berkenaan ditinggalkan kekasihnya, dia kembali kepada sahabat saya kononnya mengaku bertanggungjawab. Keluarga sahabat saya seperti terharu dengan tindakan lelaki terbabit yang mahu bertanggungjawab dan segera memaafkan perbuatan lamanya.

Malangnya, lelaki itu sangatlah lemah apabila di atas ranjang dan tidak pernah memberi nafkah sejak setahun perkahwinan dilangsungkan.

Sahabat saya mengalami tekanan perasaan yang amat sangat apabila bersama dengan lelaki itu.

Dalam keadaan itu, sahabat saya kembali kepada kekasihnya yang disayangi.

Mereka bersama sehingga sahabat saya mengandung lima bulan.

Rahsia itu kemudian terbongkar dan ibunya enggan mengaku itu adalah anaknya yang sebenar memandangkan ibu sendiri seorang ustazah.

Keluarganya melarang sahabat saya daripada keluar rumah dan segala tindak-tanduknya diperhatikan setiap hari. Gaji bulanan diambil dan dia diperlakukan seperti sampah setiap hari oleh ahli keluarganya hingga sahabat saya bimbang keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Bolehkah sahabat saya mengambil tindakan menuntut cerai daripada suaminya yang nyata sekali dayus seperti itu? Bolehkah dia meneruskan kandungannya walaupun benih itu bukan daripada suaminya yang sah?

INSAN JAHIL,
Melaka




BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan.

Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan.

Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah.

Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan.

Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin.

Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.

Doa anak soleh untuk ibu bapa

KETIKA berada di pusara ibu bapa, adakah mereka mendengar luahan hati meminta supaya mendoakan kesejahteraan kita?

JEFRY,
Perak

PERKARA terbaik yang wajar dilakukan adalah memohon atau memanjatkan sendiri doa kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar segala permohonan hambanya.

Ini kerana kesempatan supaya ibu bapa berdoa untuk anda sudah tiada lantaran kematian mereka. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya”
(Riwayat Muslim).

Lebih bermanfaat jika anda pula memanjatkan doa kepada ibu bapa. Doa anak yang soleh kepada Allah supaya dosa mereka diampuni hakikatnya diterima Allah.

Mereka juga sebenarnya mengharapkan doa dari�pada anak yang soleh seperti terkandung dalam hadis di atas.

Suami usah mudah lafaz cerai

TEMPOH hari, saya dan suami bertengkar kerana selisih faham antara kami. Selepas pergaduhan itu, saya mengambil keputusan keluar rumah dan balik ke rumah orang tua saya.

Suami saya berkata dengan saya.. “Kau keluar dari rumah ini... Kau bukan isteri aku!” dan saya tetap keluar juga. Adakah itu jatuh lafaz cerai kerana saya keluar dari rumah?

ZATIi,
Kedah

KATA-kata suami seperti di atas tergolong dalam lafaz kinayah (tidak jelas).
Dengan itu, ia perlu kepada penjelasan suami sama ada ia berniat menceraikan anda atau sekadar kata marah selepas merajuk dengan sikap anda apabila berlaku perselisihan dan niat anda untuk meninggalkannya.

Sekiranya suami menyatakan dia berniat cerai, maka jatuh talak. Sekiranya tidak, talak tidak jatuh. Sebagai pasangan suami isteri yang ingin kekal hidup bersama, sebarang perselisihan hendaklah diselesaikan secara baik. Janganlah mudah mengeluarkan kata talak atau cerai. Bawalah berbincang dalam semua perkara.

Selain itu, cubalah kenal sikap dan perangai suami. Jangan mudah marah dengan suami dan banyak bersabar dengan perangainya. Mudah-mudah rumah tangga anda berdua selamat.

Malaikat tak masuk rumah ada patung manusia, binatang

APAKAH jenis gambar atau objek yang dibolehkan untuk diletakkan di dalam rumah? Ini kerana saya difahamkan haram mempamerkan gambar atau patung di rumah selain malaikat rahmat juga tidak akan masuk ke dalam rumah. Mohon penjelasan lanjut daripada Dr.

HAFIS,
Selangor

ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)


Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: ‘Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai).
(Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan.
Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.

Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).

Remaja perempuan was-was mandi wajib

SAYA seorang remaja perempuan dan mahu Dr terangkan cara mandi wajib yang sebetulnya kerana masih was-was dengan cara yang dilakukan selama ini sama ada betul atau tidak.

Saya juga mendapati kawan saya mandi wajib dengan cara yang berbeza. Ini penting kerana ia berkaitan dengan cara menyucikan diri yang Islam anjurkan.

ILA,
Selangor.

SECARA umumnya mandi wajib mempunyai peraturannya dan perlu diikut. Pertama, niat dengan lafaz “sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala atau “sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala”. Bagi wanita adalah lebih lagi untuk menentukan mandi wajib itu kerana haid dan nifas ketika niat. Niat hendaklah dilakukan ketika air mula sampai ke badan.

Kedua, hilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni’) atau tidak jelas (hukmi). Ketiga, me�nyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Apabila menunaikan tiga perkara itu mandi wajib anda sah.

Antara perkara sunat yang boleh dilakukan ketika mandi wajib termasuklah (1) mengadap kiblat (2) membaca basmalah (3) membasuh dua tapak tangan (4) mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi (5) menggosok seluruh anggota badan dengan tangan (6) berturutan (muwalat) tanpa putus-putus (7) tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan dan (8) membasuh sebanyak tiga kali (Haji Mohamed bin Jusoh, 1990). Perkara sunat ini dilakukan untuk mendapat kesempurnaan dan pahala.

Tiru lafaz talak di TV

SAYA ada kemusykilan mengenai lafaz talak. Baru-baru ini, saya menonton siri drama di televisyen yang memaparkan dialog pelakon menceraikan isterinya seperti ini “Aku ceraikan kau dengan talak tiga”.

Dalam masa yang sama, saya menceritakan mengu�langi dialog berkenaan kepada isteri saya. Tujuan saya mengulangi dialog itu adalah bertujuan menceritakan semula apa yang berlaku di dalam drama berkenaan kerana pada saya perihal cerai ini tidak baik untuk masa depan rumah tangga.

Adakah jatuh talak itu sedangkan saya tidak berniat langsung untuk menceraikan isteri saya?

JAMAL,

Johor



HUKUMNYA tidak jatuh talak kerana sekadar menceritakan drama itu kepada isteri sebagai pengajaran dan sebagai�nya. Bagaimanapun, ia jatuh apabila anda benar-benar melafazkan kepada isteri sendiri walaupun ia sekadar main-main.

Kita sepatutnya mengetahui lafaz talak termasuk dalam lafaz tidak boleh dipermainkan selain lafaz kahwin seorang wali dan lafaz memerdekakan hamba daripada seorang tuan.

Isteri minta cerai lepas jumpa kekasih lama

SAYA berkahwin hampir 16 tahun dan mempunyai dua pasang anak, yang sulung berumur 15 tahun dan bongsu 10 tahun. Sebelum ini isteri tidak bekerja dan saya mencuba memberi nafkah zahir batin secukupnya hingga terpaksa berhutang kerana hendak menjaga hati isteri.

Kami sering bertengkar dan isteri kata dia sudah tawar hati sebab tidak bahagia. Antara sebabnya ialah kehidupan yang susah sebab wang sering kekurangan dan banyak hutang.

Saya sudah membeli rumah dan kereta. Isteri berjumpa kawan lama yang mengatakan hidupnya tidak bahagia dan mereka kini bercinta.

Isteri sering minta diceraikan dan dia kini sudah bekerja serta sering berjumpa kawan lelakinya itu. Saya menganggapnya sudah menderhaka.

Setelah saya halang dan pisahkan mereka, isteri berkawan pula dengan kekasih lama yang sudah berkahwin dan kaya. Sekarang isteri bersungguh-sungguh meminta diceraikan kerana hendak terus berkasih dengan lelaki berkenaan.


Semua ahli keluarganya tahu dan marah dengan cara hidupnya. Mereka juga menasihatkannya, tetapi tidak diendahkan. Sudah beberapa kali saya terjumpa isteri keluar makan dengan lelaki lain dan ada SMS isteri berkasih sayang dengan lelaki itu.

Isteri minta bercerai dengan cara baik, tetapi saya masih sayangkannya dan tidak mahu dia mendapat balasan daripada Allah kerana melakukan dosa.

Jika saya berpisah dengan cara baik, tidakkah saya bersubahat kerana saya tahu kesalahannya tapi membiarkannya? Berdosakah saya jika memfailkan kes nusyuz terhadap isteri dan mengambil hak penjagaan anak?

Suami Terluka,
SELANGOR



SAYA melihat kes ini sebahagian daripada ujian Allah kepada keluarga saudara. Bermula dengan kesusahan hidup, berhutang, isteri menderhaka dan mempunyai hubungan luar kemudian dia meminta cerai.

Sebagai suami dan ketua keluarga sudah tentu rumit dan merungsingkan anda. Tiada jalan penyelesaian dalam hal sebegini selain isteri kembali taat kepada suami dan ajaran agama.

Dengan itu, anda perlu bertindak membetulkan keadaan. Tindakan bagi isteri nusyuz dan tidak baik ialah dengan menasihati secara baik, meninggalkan tempat tidur dan mengambil tindakan berbentuk fizikal secara yang tidak berbahaya.

Sekiranya tidak berjaya, dapatkan bantuan keluarga yang lain. Apabila tidak lagi mampu bertahan, perpisahan adalah jalan terakhir. Jika tidak, anda boleh dianggap sebagai lelaki dayus kerana membiarkan isteri melakukan maksiat secara terbuka.

Memfailkan kes nusyuz dan mengambil hak penjagaan boleh dibuat di mahkamah syariah. Perceraian pula mempunyai banyak hikmah, antaranya pasangan boleh menimbang kembali kedudukan keluarga yang sudah dibina selain memberi peluang kepada masing-masing membina hidup baru.


Diperkosa rakan sekolah di rumah sendiri

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa rogol di dalam rumahnya sendiri ketika dia dan isteri sedang nyenyak tidur, kelmarin.

Dia tidak menyangka remaja lelaki terbabit yang berusia 16 tahun yang juga rakan sekolah anaknya berusia 15 tahun sanggup menceroboh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia sebelum memperkosa anaknya.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bapa mangsa berusia 50-an terjaga daripada tidur sebelum keluar dari bilik untuk membuang air kecil.

Menurut sumber, bagaimanapun niatnya itu terbantut apabila mendapati pintu dan jeriji rumah terbuka menyebabkan dia mengesyaki ada pencuri menceroboh masuk.


“Risaukan keselamatan keluarga, dia bertindak berani memasang lampu untuk mencari pencuri terbabit dan ketika itulah dia melihat seorang remaja lelaki tiba-tiba melintas di depannya dan terus melarikan diri.


“Terkejut dengan tindakan pantas suspek yang datang dari arah bilik tidur anaknya, dia cuba tahan suspek namun gagal,” katanya.

Sumber berkata, dia berpatah balik dan terus ke bilik anaknya, terkejut apabila mendapati keadaannya tidak terurus dan sedang menangis.


Menurutnya, geram sebaik mendengar pengakuan mangsa dirogol rakan sekolah sendiri, dia ke Balai Polis Salak Selatan untuk membuat laporan. Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu

Kekasih amuk hubungan minta diputus

KUALA LUMPUR: Tindakan nekad seorang wanita ingin memutuskan hubungan cinta yang terjalin sejak tujuh bulan lalu mengundang padah apabila teman lelakinya ‘naik minyak’ sebelum membelasah dan memecahkan cermin keretanya di Jalan Lumut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun bertemu pasangannya bagi memutuskan hubungan berikutan tertekan apabila sering dikongkong dan dipukul suspek.


Menurut sumber, ketika bertemu, mangsa geram selepas dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain dan meminta hubungan mereka diputuskan. “Pertengkaran itu bertukar ganas apabila teman lelaki mangsa yang gagal mengawal kemarahan menumbuk muka dan memukul badan mangsa.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa yang ketakutan berlari ke keretanya di tepi jalan,” katanya.


Menurut sumber, suspek sekali lagi mengamuk dan menyuruh mangsa keluar daripada kereta.


“Berang mangsa enggan membuka pintu, bagaikan dirasuk teman lelaki mangsa menendang pintu kereta, malah memecahkan cermin kereta sebelah pemandu.

“Tidak cukup dengan itu, dia menarik rambut mangsa selain memukulnya beberapa kali menyebabkan wanita terbabit menjerit kesakitan.


“Mangsa yang cedera di muka dan badan membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

‘Beg bergerak-gerak’

ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.


Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.


“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.


“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kurung kekasih anak

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Anas Hassan
am@hmetro.com.my

SERDANG: Seorang ibu bersekongkol dengan anak lelakinya berusia 17 tahun untuk mengurung seorang remaja perempuan dalam bilik rumah mereka sebelum memaksa mangsa menggugurkan kandungan berusia dua bulan hasil hubungan sulit dengan remaja lelaki terbabit.

Remaja perempuan berusia 16 tahun yang masih bersekolah dilaporkan hilang oleh keluarganya dan dikurung dalam satu unit kediaman di pangsapuri di Puchong, sejak dua minggu lalu.


Mangsa yang mengandung dua bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tidak lagi bersekolah juga berdepan maut apabila dipaksa menelan pelbagai ubat-ubatan bagi menggugurkan kandungannya.

Menurut sumber polis, mangsa keluar dari rumah ibunya di Kajang pada 30 Oktober, kira-kira jam 8 pagi sebelum dibawa ke rumah teman lelaki dan dikurung serta dipaksa tinggal sebilik.


Katanya, ketika teman lelaki bersama ibunya ke tempat kerja, mangsa dikurung dan dilarang meninggalkan rumah hingga mereka pulang.


“Mangsa dipaksa menggugurkan kandungan bagi mengelak diketahui jiran mengenai hubungan sumbang mereka,” katanya di sini, semalam.

Maksiat ‘ayam hutan’


KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.

Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.

Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.

Statistik Perceraian: Setiap 15 minit satu pasangan bercerai -Jakim




Purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009.

Menurut beliau, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

‘‘Masalah ini mungkin disebabkan peredaran masa yang memaksa mana-mana pasangan mengambil jalan mudah menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

‘‘Oleh itu, Jakim akan meningkatkan usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan memelihara kerukunan rumah tangga dan mengelakkan penceraian,’’ katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, Jakim melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan institusi kekeluargaan selain membina keluarga bahagia.

Katanya, program tersebut bertujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pasangan yang berkahwin selain menerangkan peranan sebenar sebagai suami, isteri, ibu dan bapa.

Beliau menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin supaya bersedia menghadapi tekanan seperti proses penyesuaian tingkah laku dan tabiat suami isteri.

Dalam pada itu, katanya, mereka juga harus bersedia menanggung beban tugas dengan penambahan anak, beban membayar hutang, membeli kenderaan dan menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Sementara itu, katanya, perceraian memberi kesan buruk kepada anak-anak hingga banyak gejala sosial berpunca daripada keluarga yang kucar-kacir.



Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Jangkitan pada vagina boleh memudaratkan



Oleh Hidayah Mohammad

RAMAI wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damoran, berkata masalah jangkitan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon berikutan mengalami tekanan mental, fizikal, emosi, kerja dan keluarga. Dengan itu, ia boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah, berpenyakit kulit, gangguan pada kelenjar tiroid, gangguan prolaktin dan perimenopos.

“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.

“Ia berkemungkinan berlaku daripada aktiviti harian seperti penggunaan deodoran dan semburan wangian, air laut, mandian pasir, pakaian dalam yang sering lembap dan basah, alah pada penggunaan kondom ketika mengadakan hubungan seks, penggunaan tampon yang tidak sesuai dan vagina kering berikutan menopous,” katanya ketika ditemupada majlis memperkenalkan produk pencuci vagina, PH Care di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Pemasaran Malaysia dan Singapura UNAM Corporation, Francis B. Puno. UNAm Corporation ialah pengedar bagi PH Care.

Jangkitan kandida pada vagina disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang biasanya ada dalam vagina. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan vagina wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada vagina.

Justeru, tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti lebih daripada sekali, tetapi kajian menunjukkan hanya 12 hingga 15 peratus pasangan akan mendapatkan pandangan pakar mengenai kegatalan dan pedih pada kemaluan.

Selalunya bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessaries dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya.

Premitha berkata, jangkitan pada vagina juga disebabkan masalah Bacteria Vaginosis (BV) amat kompleks malah sesiapa saja terdedah kepadanya. Sebagai langkah awal, pesakit perlu mendapatkan diagnosis yang tepat dan memberikan rawatan yang betul lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung atau mereka yang akan menjalani pembedahan pelvis.

“Tanda utama jangkitan BV ialah keluarnya lendir vagina homogen putih-kelabu yang cair seakan-akan susu tetapi tidak menyebabkan radang. Ia juga berbau hanyir dan ada kalanya menimbulkan kegatalan. Kajian menunjukkan, dalam proses diagnosis, terdapat langkah yang dikatakan menjamin ketepatan 90 peratus.

“Langkah itu membolehkan doktor mencadangkan rawatan yang berkesan untuk wanita. Diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan juga dapat mengurangkan masalah kesulitan bersalin sebanyak 50 peratus. Kesulitan yang tinggi akan menyebabkan kemandulan dan kehamilan ektopia,” katanya.

Kajian terhadap trichomoniasis atau jangkitan sistem pencernaan oleh protozoa pula menunjukkan sebanyak 25 peratus wanita terkena jangkitan pada vagina serta sebanyak 50 peratus wanita yang mengalaminya tidak menunjukkan tanda awal. Ia juga disebabkan jangkitan selepas mengadakan hubungan seks dan juga boleh disebabkan perkongsian barang peribadi seperti tuala dan tempat buang air.

Pesakit perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear, memastikan kadar PH pada vagina yang tidak melebihi empat bagi mengelakkan bakteria aktif. Antara langkah untuk mengelak daripada menghidap jangkitan itu ialah memastikan kebersihan dan vagina sentiasa kering.

Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elak daripada melakukan hubungan seks sekiranya jangkitan belum sembuh sepenuhnya, nasihat pasangan supaya pergi mendapatkan rawatan, gunakan kondom ketika melakukan seks, kurangkan pengambilan gula, roti dan minuman keras.

“Sekiranya masih belum menemui jalan penyelesaian, manjakan vagina anda dengan menyapu sedikit yogurt atau memakan dadih kerana kajian menunjukkan keberkesanannya mengatasi jangkitan yis pada vagina amat memberangsangkan.

“Kajian itu mendapati, mereka yang menghidap jangkitan itu selepas memakan dadih yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, tidak lagi mengalami jangkitan baru. Selain kajian berkenaan, banyak lagi kajian lain yang dibuat mengenai dadih dan berjaya membuktikan ia sememangnya makanan yang baik terutama khasiatnya dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Bagi mengelak daripada terkena jangkitan itu anda seharusnya kurangkan menjalin hubungan seks dan pastikan menggunakan pencuci vagina yang kini banyak di pasaran.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Ramai-tak-tahu-cara-cegah-hamil



NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
Penggunaan kaedah perancangan keluarga tidak betul

LELAKI sebagai suami dan peneraju rumah tangga juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai perancangan keluarga serta kaedah pencegah kehamilan kerana kehamilan yang tidak dirancang boleh menimbulkan tekanan emosi suami isteri.

Kehamilan adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.

Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.

Pun begitu, masalah pengguguran haram turut berlaku pada wanita bergelar isteri. Walaupun tiada data, perkara ini bukan lagi rahsia. Di seluruh dunia, dianggarkan 220,000 kehamilan tidak dirancang dan mungkin berakhir dengan pengguguran.

Ini adalah masalah global yang berlaku di negara membangun dan maju, jarang diberi perhatian akibat kekurangan pendidikan seks serta penggunaan kaedah perancangan keluarga yang tidak betul, kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran.

Kajian antarabangsa yang dibentang pada Kongres Kesatuan Obstetrik dan Ginekologi Antarabangsa baru-baru ini melaporkan ramai wanita — tidak kira latar belakang pendidikan atau kewangan — kurang tahu mengenai kaedah pencegahan kehamilan. Ini bukan saja menyebabkan mereka ada pilihan terhad, malah ramai salah faham terhadap kaedah sedia ada.

Mungkin ada yang mempersoalkan apa pentingnya pencegahan kehamilan. Tahukah anda, dalam masa seminit, sebanyak 70 trilion sperma dihasilkan di seluruh dunia, satu juta telur disenyawakan; 60,000 lelaki mengalami ejakulasi; 500 wanita hamil dan 40 daripada kehamilan itu berakhir dengan pengguguran.

Dalam seminit juga, sebanyak 260 bayi dilahirkan, seorang wanita meninggal dunia ketika mengandung, bersalin atau menggugurkan anak dan paling menyedihkan, 21 bayi kurang daripada setahun meninggal dunia.

Dr Premitha berkata, tiada siapa berhak menghalang mana-mana pasangan untuk mendapatkan anak jika keadaan kesihatan dan ekonomi mengizinkan; cuma yang disarankan ialah kehamilan itu tidak berlaku terlalu cepat, lewat atau sangat rapat kerana boleh menimbulkan banyak konflik.

Malangnya, dalam era teknologi yang membolehkan kita mendapat pelbagai maklumat dengan hanya menggerakkan jari, masih ramai pasangan tidak tahu kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Masih ada orang percaya wanita tidak akan mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga 15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:

  • Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar).
  • Halangan (kondom).

  • Pemandulan.

  • Pil perancang (wanita.

  • Alat intrauterin (IUD).

  • Sistem intrauterin (IUS).

  • Implan.

  • Suntikan.
  • Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan pada wanita dan lelaki. Manakala kaedah lain adalah untuk wanita. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

    “Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari.

    “Kondom juga antara cara pencegahan kehamilan yang baik dan murah. Ia juga dapat mengelak masalah jangkitan penyakit seksual,” katanya ketika pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama yang diadakan serentak di 50 negara, baru-baru ini.

    Selain itu, penggunaan kaedah hormon (suntikan, IUD, IUS dan implan) semakin popular kerana ia bukan saja mudah, tetapi turut memberi banyak manfaat sampingan. Berbanding IUD, IUS adalah kaedah lebih terkini dan digemari ramai wanita.

    Walaupun keberkesanan IUD (yang dimasukkan ke dalam rahim) sangat tinggi iaitu sehingga 99.8 peratus selama tiga hingga lima tahun, ia ada kekurangan kerana menyebabkan haid lebih banyak dan lama, terutama pada peringkat awal.

    Manakala kesan IUS berbeza dengan IUD kerana wanita akan mendapat haid yang kurang, tempohnya singkat dan kurang masalah senggugut.

    Kedua-dua alat ini mengeluarkan hormon pada kadar tetap setiap hari untuk mencegah kehamilan daripada berlaku.

    Ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa apabila dikehendaki dan kesuburan wanita akan pulih seperti sedia kala. Ada orang bimbang, jika haid sikit bermakna ada darah tertinggal dalam rahim. Sebenarnya anggapan ini salah kerana kehadiran hormon mempengaruhi penghasilan haid dan bukan ia terkumpul dalam rahim.

    Satu lagi kaedah popular ialah implan (rod mengandungi hormon dimasukkan di bawah kulit pada lengan). Ia sesuai bagi wanita yang menyusukan anak, namun kaedah ini menyebabkan pendarahan haid tidak tetap dan banyak, mungkin mengalami pertambahan berat badan dan emosi berubah-ubah.

    Mereka yang ingin menggunakan kaedah suntikan pula perlu faham ia perlu diambil setiap dua hingga tiga bulan. Walaupun ia tidak mempengaruhi jumlah haid, kaedah ini dikaitkan dengan masalah pertambahan berat badan, emosi berubah-ubah dan tekanan. Kesuburan juga mengambil masa lama untuk pulih seperti sedia kala.

    Kaedah terakhir ialah pemandulan yang dilakukan melalui pembedahan. Kebanyakan pakar perubatan tidak menggalakkan kaedah ini kerana ia tidak boleh ‘diundur’. Ini bermakna, individu yang menggunakan cara ini tidak berpeluang lagi mendapat anak.

    “Setiap pasangan perlu tahu mereka ada banyak pilihan untuk merancang keluarga. Paling penting, selepas ini tiada lagi orang melakukan pencegahan kehamilan berisiko tinggi dan terlarang seperti menggunakan racun sperma (spermisid) atau pancutan air pada vagina selepas persetubuhan,” katanya.

  • layari-kehidupan-seks-secara-sihat

    Sebagai pasangan suami isteri adakah anda menikmati kehidupan seks sepuasnya? Atau anda tidak pasti akan jawapannya sehingga kadang kala membuat perbandingan kehidupan seks anda dengan rakan anda.

    Sebenarnya tindakan itu salah. Jangan sesekali membuat perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang padah dalam perhubungan suami isteri.

    Hakikat sebenarnya, sesebuah perhubungan kelamin suami isteri itu unik. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza mengemudikannya.

    Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda. Ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai ukuran adakah anda menjalani kehidupan seks yang sihat atau sebaliknya.

    Tanda pertama – Perhubungan anda sihat

    Pasangan suami isteri yang sihat, akan sentiasa berbicara tentang apa yang berlangsung dalam kehidupan mereka.

    Mereka tidak membataskan diri tentang isi perbualan termasuk dalam isu perhubungan seks. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena ataupun kepuasan seks yang dihajati tidak tercapai, mereka akan menyuarakannya.

    Pasangan yang sihat juga lebih realistik dan memahami kemampuan pasangan masing-masing.

    Tanda 2 – Eksperimen dalam bilik tidur

    Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin adalah tanda mereka berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.

    Jangan salah faham, apa yang dimaksudkan di sini bukanlah seks melampau yang tidak dituntut syarak.

    Eksperimen yang dicadangkan cukuplah dengan mengajak pasangan sesekali menukar posisi, mencuba beberapa gaya terbaru atau boleh juga menukar lokasi seperti di kerusi atau sofa.

    Katil bukanlah tempat yang wajib untuk hubungan seks. Dengan mencuba idea terbaru ini bukan sahaja mudah malah membuktikan kebahagiaan anda berdua.

    Tanda 3 – Ikhlaskan hati untuk hubungan seks

    Pernahkah anda terasa bahawa hubungan seks kini berbeza dengan ketika di awal perkahwinan?

    Sudah bertahun kahwin, jadi seks itu umpama kewajipan asas suami isteri sahaja. Ia bukan lagi sesuatu yang dinikmati dengan penuh perasaan. Padahal seks adalah satu perkara yang anda dan pasangan lakukan dengan penuh keseronokan.

    Pastikan anda menikmati puncak kenikmatan dan melakukannya kerana keikhlasan hati untuk pasangan anda.

    Tanda 4 – Seks sebagai rutin dalam perhubungan

    Bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan seks sebagai perkara terakhir dalam sesuatu perhubungan. Dalam situasi di mana anda mempunyai sebuah keluarga, anak-anak dan pekerjaan seks menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan setiap hari.

    Pasangan yang sentiasa cuba mewujudkan masa untuk hubungan seks sekerap mungkin adalah pasangan yang mempunyai perhubungan seks yang sihat. Jadilah lebih spontan.

    Tanda 5 – Seks bukan sekadar hubungan, ia lebih dari itu

    Seks lebih dari sekadar hubungan kelamin. Gurau senda dan sentuhan awal amat penting untuk hubungan seks yang sihat dan ceria. Pastikan anda lebih kreatif setiap hari supaya ada kejutan untuk pasangan anda.

    Sebagai contoh, tinggalkan nota-nota indah atau boleh juga menghantar hadiah secara mengejut ke pejabat.

    Tindakan ini boleh membuatkan pasangan anda teruja. Walaupun lepas seks berakhir anda masih romantik, itulah tanda hubungan seks anda sesuatu yang sihat. Jika salah satu tanda di atas ada menerangkan tentang kehidupan seks anda, maka anda boleh menikmati kehidupan seks yang sihat dan gembira.

    Susunan NOOR FAZRINA KAMAL

    Kahwini pasangan yang boleh membuat anda berasa seronok selama-lamanya…



    Berapa kerapkah teman-teman kita yang sudah berkahwin komplen pasal suami mereka yang suka sangat tengok sukan di tv pada hujung minggu? Hmmphh…. takkan mereka tak perasan yang laki mereka tu sememangnya minat sukan giler-giler semasa mereka tengah berdating? Takkan mereka harap segala-galanya akan berubah selepas kahwin?

    Terimalah kenyataan bahawa hidup nie penuh dengan suka duka, jadi adalah penting untuk mencari seseorang yang kita confirm boleh berseronok sampai ke hari tua. Inilah caranya bagaimana anda boleh mencari lelaki seperti itu:

    1. Senaraikan perkara yang ingin anda buat. Kemudian, lakukannya. Kalau ikut teori sayalah, jika semua orang yang suka makan angin di pantai benar-benar melakukannya, mereka mungkin akan berjumpa dengan pasangan masing-masing, berkahwin dan seterusnya industri mencari pasangan akan lenyap..:-). Jika suka membaca pulak, lepaklah di kedai buku. Jika ada cafĂ© di sebelahnya, selalulah lepak di situ. Buatlah perkara yang anda suka lakukan. Kerana mana tau kot-kot anda akan bertemu dengan jodoh yang ’sekepala’ dengan anda di situ…?

    Sebenarnya, teknik ini berkesan untuk seorang rakan baik saya. Cerita dia camnie. Bila dia dapat tahu yang kekasihnya telah bermain kayu tiga, dia terus tinggalkannya. Dia ambik masa jugak untuk bersedih dan kemudian dia teruskan kehidupan seperti biasa. Dia ada dua hobi, memasak dan berlumba. Dia join kelas memasak dan kelab berlumba di Sepang, dengan harapan dapat meluaskan lagi ‘rangkaian’ sosialnya. Bila kelas memasak itu berakhir, dia menjemput rakan-rakan sekelasnya ke parti di rumahnya dan menyuruh mereka membawa kawan-kawan. Dan tekalah siapa yang datang? Seorang wanita yang menyeronokkan dan cantik (dan setia!) yang suka berhibur dan menikmati makanan yang sedap, seperti jugak empunya diri. Sekarang, mereka telah berkahwin selama tiga tahun. Dia tak sangka akan mendapat jodoh dengan cara sebegini…:-)

    2. Senaraikan perkara yang ingin anda buat tapi masih tak sempat nak buat. Nak tau bagaimana untuk baiki transmission? Ambillah kursus auto repair. Ehem..ehem…wanita sebenarnya lebih cenderung untuk berjumpa dengan kaum lelaki di sana. Jika nak polish lagi skil menguruskan wang anda, ambillah kursus kewangan. Ntah-ntah anda akan bertemu dengan orang yang bijak, menarik dan mudah didekati di sana.

    Kunci untuk mencari bakal suami yang boleh membuatkan anda berasa seronok dalam 10, 25 dan 50 tahun dari sekarang ialah dengan melakukan perkara-perkara yang membuatkan anda berasa gembira pada hari ini.

    Kemudian, tunggu siapa yang akan muncul!

    Good luck!

    Untuk Lelaki Sahaja – Mencumbui dan Dicumbui

    Memainkan peranan penting di bahagian lain pada tubuh isteri anda seperti mencium, mengigit secara manja, membisik dan sebagainya. Pada mana-mana bahagian tubuh isteri anda yang disentuh oleh anda sendiri akan memberi rangsangan sepenuhnya kepada isteri anda terutama sekali menggunakan mulut anda. Apabila mencium isteri anda, ada beberapa tempat yang wajar dicium oleh anda dan kebanyakan daripada tempat-tempat ini tidak diketahui ramai.


    Telinga

    Bahagian telinga adalah bahagian yang sering diabaikan apabila ingin meningkatkan kepuasan isteri anda. Menggunakan mulut anda adalah cara terbaik untuk memberi stimulasi kepada isteri anda. Menggigit secara manja pada bahagian telinga isteri anda membolehkan isteri anda merasa berahi pada permulaan permainan anda berdua. Selain itu juga anda boleh menggesel mulut anda bahagian luar telinga isteri anda secara manja.

    Bahagian Belakang Leher

    Cara terbaik dan sangat berkesan untuk meningkatkan mood isteri anda sebelum melakukannya. Ia sangat berkesan apabila anda melakukannya secara kejutan setiap kali sebelum anda dan isteri anda memulakan permainan anda berdua. Apabila isteri anda sedang sibuk melakukan tugas bersendirian di dapur atau di mana-mana bahagian rumah anda, dekatkan diri anda pada bahagian belakang isteri anda secara senyap, selakkan rambut isteri anda lalu mencium isteri anda pada bahagian belakang lehernya. Isteri anda akan berasa terkejut lalu meminta anda melakukan perkara yang lebih romantis secara berdua.

    Muka

    Ada beberapa perkara yang lebih peribadi selain mencium isteri anda pada bahagian muka. Mulut anda yang berasa suam adalah sesuai untuk memberi ciuman lembut pada bahagian pipi, dahi, dagu, hidung dan mata isteri anda yang tertutup. Sangan romantis bukan? Walau apa pun bahagian yang anda akan cium pada wajah isteri anda, ingat seperkara. Jangan menjilat atau membasahi muka isteri anda! Isteri anda adalah seseorang yang patut anda layan dengan sempurna setelah seharian dia menjaga mahligai anda berdua sewaktu anda keluar berkerja.

    Leher

    Walaupun isteri anda sedang memakai baju, bahagian lehernya adalah salah satu tempat yang cukup seksi dan romantis untuk anda mencium isteri anda. Cumbuan yang diberikan oleh anda pada bahagian leher isteri anda akan membuatkan dirinya mahukan sesuatu yang lebih daripada anda. Jadi, mulakan ciuman anda pada bahagian lehernya sebelum anda berdua beralih melakukan ‘tugas’ seterusnya.

    Pinggul

    Bahagian pinggul isteri anda adalah bahagian yang paling sensitif dan tidak disangka sama sekali untuk mencium isteri anda di bahagian ini. Ini mungkin kerana ia adalah bahagian yang paling dekat dengan mahkota isteri anda. Walau apa pun sebabnya, mencium isteri anda pada bahagian ini akan memberikan satu getaran atau gegaran kepada isteri anda yang akan bermula daripada pinggul ke bahagian kepalanya, atau pun ke bahagian bawah sehingga ke bahagian kaki isteri anda.

    Dada

    Meletakkan mulut anda pada bahagian dada isteri anda adalah perkara paling seksi dan romantis anda boleh lakukan. Tetapi jika anda tersilap langkah, ia mungkin membawa padah kepada anda dan boleh menghilangkan mood isteri anda. Mencium dan memberi sedikit gigitan lembut serta manja adalah dibenarkan dengan syarat anda melakukannya dengan baik dan penuh kasih sayang. Bahagian dada isteri anda adalah bahagian yang paling dan sangat sensitif, jadi harus melakukannya dengan betul. Ingat, belai dadanya dan cium dengan penuh kasih sayang. Anda juga harus ingat bahawa bahawa bukan sahaja bahagian putting isteri anda yang memerlukan perhatian, seluruh dada memerlukan belaian dan ciuman yang menyeluruh. Gunakan mulut anda sebaik-baiknya pada bahagian dada isteri anda untuk efek yang maksimum.

    Bahagian-bahagian Yang Dilarang

    Walau dimana-mana bahagian pun anda mencium, ia akan membuatkan isteri anda berasa seronok. Walaubagaimana pun , ada beberapa bahagian yang tidak boleh anda cium kerana ia akan mengecewakan isteri anda. Jika anda ingin mencium bahagian-bahagian ini, pastikan anda mendapat kebenaran isteri anda. Bahagian-bahagian ini termasuk kaki dan punggung isteri anda. Pastikan anda tahu bagaimana hendak mencapai kehendak isteri anda sebelum memulakannya. Selamat berjaya.

    STAILISTA – APRIL 2011

    10 tip perkahwinan bahagia



    Berkongsi minat

    Apa yang anda minat, anda kongsikan ia bersama – sama dengan pasangan anda. Apa yang pasangan anda minat, anda wajib meminati benda yang sama. Apabila anda kerap berkongsi minat yang sama, anda akan rasa lebih rapat dan sayang pada pasangan anda.

    Berdua – duaan

    Anda wajib mengambil masa untuk berdua – duaan dengan pasangan anda. Tidak kiralah 10 minit sebelum tidur atau pada pagi hari. Apa yang penting, anda berdua dapat bersama dan saling bermain cinta.

    Komunikasi

    Komunikasi adalah penghubung atau jambatan kebahagiaan. Tiada komunikasi yang baik antara anda berdua, hubungan akan jadi sangat kelam. Pada pagi hari, ringankan mulut untuk mengucapkan selamat pagi. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun mengenai hal – hal yang remeh.

    Pendengar yang baik

    Anda dengar apa sahaja yang di utarakan oleh pasangan anda. Kemudian anda ambil berat setiap perkara yang di sampaikan walaupun hal tersebut remeh. Apabila anda sudi mendengar apa yang di sampaikan oleh pasangan anda, dia juga akan menjadi pendengar yang baik pada diri anda.

    Kenal pasti kehendak dan keperluan pasangan anda

    Penuhi keperluan pasangan anda. Kemudian anda kenal pasti kehendak pasangan anda dan cuba penuhi kehendak dia. Tiada yang lebih bahagia apabila anda dapat menggembirakan hati pasangan anda.

    24 jam romantik

    Jika anda tidak menunjukkan rasa cinta pada pasangan anda, mereka tidak akan tahu. Anda perlu sentiasa tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda sama ada dengan kata – kata atau fizikal.

    Berhadapan dengan konflik

    Jangan lari dari konflik. Sebaliknya, anda segera selesaikan masalah setiap kali ia muncul. Jika anda lari, masalah akan menjadi besar dan anda mungkin sudah terlambat di saat anda hendak selesaikannya.

    Sentiasa memaafkan pasangan anda

    Kita ini manusia biasa, sudah pasti kita akan melakukan berbagai – bagai jenis kesalahan walaupun kecil. Maafkan kesalahan pasangan anda. Jadilah seorang yang penyayang dan pengasih. Tunjukkan rasa sayang anda dengan memaafkan pasangan anda.

    Bertanggungjawab

    Tunaikan tanggungjawab terhadap pasangan anda. Kebanyakan pasangan sekarang takut hendak bertanggungjawab terhadap keluarga dan pasangan mereka. Anda perlu berani untuk mengambil dan menunaikan tanggungjawab anda supaya anda akan lebih bahagia nanti. Jika anda suami, tunaikan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga. Jika anda isteri, tunaikan tanggungjawab anda sebagai isteri. Jadi seorang yang matang.

    Berikan komitmen sepenuhnya pada perkahwinan anda

    Berikan komitmen pada keluarga anda. Letakkan keluarga sebagai urusan utama anda pada setiap hari. Lakukan apa yang perlu untuk menguruskan keluarga anda. Jika keluarga anda mengalami masalah, anda perlu melindungi dia. Jika pasangan anda rasa kurang bersemangat, anda perlu sentiasa memberi dia kata – kata semangat.