Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Mahu bersalin normal anak kelima

SAYA berumur 38 tahun dan hamil anak kelima. Berat badan saya 50 kilogram, tekanan darah 110/70 manakala usia kandungan saya 32 minggu.

Saya mulai mengesan urat bengkak waktu hamil anak ketiga dan keempat. Saya bersalin normal untuk semua kelahiran. Pada kehamilan kelima ini, urat pada kaki dan pintu rahim makin membesar. Adakah saya boleh bersalin normal kali ini?

NOR,
Kuala Lumpur.


KEADAAN ini dinamakan varikos vena. Ia dijangka semakin teruk apabila kandu�ngan semakin membesar dan reda setelah kelahiran.

Sekiranya tiada masalah lain yang berkaitan, anda boleh mencuba bersalin normal. Lazimnya dalam kelahiran kelima, doktor tidak melakukan guntingan episiotomi.


Bagaimanapun sekiranya perlu, doktor akan cuba mengelakkan bahagian tepi pintu faraj yang mengandungi varikos vena sebelum melakukan guntingan episiotomi itu.

No comments:

Post a Comment