Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Persediaan dan Persiapan Majlis Perkahwinan

SOALAN:

Assalamualaikum..

Kak yan...saya akan melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan...tapi kerana inginkan majlis saya itu satu majlis yang akan diingati sehingga akhir hayat..saya mahukan majlis itu majlis yang sempurna dan tidak ada masalah..oleh sebab itu..apakah persediaan awal yang patut saya lakukan..dalam masa setahun ini...seperti barang hantaran, warna pilihan, gubahan bunga telur dan sbgnya. Harap kak yan dapat membantu dalam hal ini...sebab saya nie rambang mata dan tiada pengalaman dalam hal sebegini. nasihat kak yan didahului dengan ucapan terima kasih.


Juliaakmal


JAWAPAN:

Perkahwinan merupakan saat yang paling indah di dalam kehidupan kita, dan hari yang begini bermakna sewajarnya kita sambut dengan penuh kemeriahan agar ianya menjadi kenangan manis seumur hidup.

Masalah Adik Julia iaitu takut rambang mata atau tidak pasti apa yang harus dilakukan dahulu, sebenarnya adalah merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh semua pasangan yang hendak melangkah ke alam perkahwinan. Maka itu, perancangan yang rapi adalah amat penting bagi kesempurnaan sesebuah majlis. Tanpa perancangan rapi, majlis akan cacat dan kita akan rasa terkilan setiap kali mengenangnya.

Di sini, Kak Yan suka menasihati 3 langkah utama yang patut Adik Julia tahu dalam mula merancang :

Pertama:- Tentukan tema majlis - tradisonal, moden atau kontemporari.

Kedua:- Tentukan warna tema untuk majlis ala moden atau kontempori, warna yang dipilih sebagai thema seelok-eloknya tidak melebihi 3 warna.

Ketiga dan yang paling penting:- Tentukan Mak Andam - Pilih Mak Andam/JuruAndam yangberpengalaman luas.

Majlis perkahwinan ialah majlis beradat, JuruAndam yang berpengetahuan di dalam hal ehwal adat istiadat dapat menolong adik secara menyeluruh. Buat perbandingan di beberapa pusat andaman ; perbandingan dari segi harga dan mutu perkhidmatannya. JURUANDAM YANG DIPILIH MESTILAH BOLEH BERPERANAN SEBAGAI 'WEDDING CONSULTANT/WEDDING PLANNER'. Dapatkan pandangan beliau di dalam setiap perancangan kerana beliau dapat membantu Adik Julia meleraikan setiap kekusutan termasuklah cara memilih kad jemputan kahwin, gubahan hantaran, pemilihan bunga telur, pelamin, hiasan bilik tidur, pakaian pengantin, solekan, hiasan kanopi, hiasan pintu gerbang, bunga telur untuk jemputan biasa & VIP, dan segala keperluan di dalam menyemarakkan sesuatu Majlis perkahwinan mengikut peruntukan Adik Julia.


Kak Yan.

No comments:

Post a Comment