Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Mengetahui Dara Semasa Potong Andam

SOALAN:


Assalamualaikum...Adakah seseorang mak andam akan mendapat tahu bahawa seseorang bakal pengantin itu masih dara atau sebaliknya ketika majlis potong andam? Saya inginkan penjelasan berkenaan dengan potong andam. Terima kasih di atas penjelasan Kak Yan.


intanliza


JAWAPAN:


Adik Intan,Proses menengok dara memang dibuat oleh Mak-Mak Andam pada zaman dulu. Pada zaman terdahulu pasangan yang akan berkahwin tidak mengenali antara satu sama lain; kalau kenal pun mereka tidak berpeluang untuk selalu bersama, kalau pun berjumpa mesti ada teman. Dikhuatiri mereka tertipu, mendapat buah yang telah ditebuk tupai, proses ini dilakukan.

Proses ini adalah doa; doa yang dipohon oleh Mak Andam kepada Allah, supaya memberi petunjuk samada perempuan ini masih suci atau sebaliknya. Tujuannya bukan untuk mengaibkan, tetapi melindungi satu pihak lagi supaya tidak tertipu. Mak Andam, bidan, tukang urut dan juga tukang ubat adalah mereka yang berkhidmat kepada masyarakat, kebolehan mereka adalah "gifted" (anugerah) yang selalunya diwarisi turun temurun.

Walaupun proses tengok dara tidak dibuat lagi sekarang, seorang Mak Andam yang baik masih dapat menilai sesaorang gadis itu melalui firasat.

Disini adalah diingatkan kepada anak-anak gadis bahawa proses potong andam adalah proses untuk menaikkan seri pengantin, tolak bala dan juga ketenangan jiwa melalui bacaan-bacaan suci Al-Quran dan jampi-jampi. Jampi adalah doa-doa dalam bahasa Melayu lama yang begitu indah susunannya yang dilafazkan dengan penuh penghayatandan setiap doa itu kita akhiri dengan lafaz Laillahaillallah Muhammad ya Rasulullah.

Sebagai umatnya kita dituntut supaya berdoa. Ingatlah Allah, nescaya Ia akan ingatkan kita. Itu janjiNYA. Walau siapapun kita, samada anak dara atau pun janda, yang penting keikhlasan dan rasa insaf ketika berdoa itu yang akan menolong kita…
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment