SOALAN
Kak Yan...Sejauhmanakah kebenaran mengatakan bahawa seseorang gadis yang mencukur bulu kening sebelum berkahwin akan hilang seri ketika di majlis persandingannya nanti. Saya mendapat tahu daripada seorang mak andam yang mengatakan seri seseorang pengantin itu adalah di bahagian tersebut.
Intan.
Jawapan
Adik Intan,
Dulu semasa kak Yan masih remaja, Kak Yan sentiasa diingatkan oleh mak dan kakak supaya jangan mencukur bulu kening sebelum kahwin. Kak Yan agak kecewa apatah lagi waktu itu memang trend orang mencukur kening. Sekarang setelah Kak Yan jadi Mak Andam/Make-up artise barulah Kak Yan faham mengapa orang-orang tua melarang anak dara dari mencukur bulu kening.
Sebenarnya bentuk kening boleh mengubah keseluruhan wajah kita. Apabila muka kita telah dibersihkan dengan mencukur bulu-bulu roma yang berselerak dimuka dan bulu kening dibentuk cantik dan dijampi {doa} oleh Mak Andam maka berubahlah wajah kita, ditambah pula dengan solekan yang cantik oleh Mak Andam/Make-up Artise. Masa tu barulah kita akan terdengar puji-pujian “berseri dia jadi pengantin…..berubah!". Jadi, jika Intan awal-awal lagi sudah biasa mencukur bulu kening dan bersolek sakan, orang lain sudah biasa dengan penampilan Intan dan seri pengantin tidak akan ketara pada hari perkahwinan Intan.
Nasihat Kak Yan kepada semua gadis yang belum mendirikan rumah tangga, kekalkan imej anak dara, jangan dicukur bulu kening dan bersoleklah secara sederhana. Anda akan kelihatan lebih sopan dan manis dipandang, sudah tentu semua orang tak sabar-sabar nak melihat anda menjadi pengantin.
Kak Yan.
No comments:
Post a Comment