Soalan 83
Bolehkah jelaskan kepada saya apakah prosedur yang perlu dilakukan sekiranya saya ingin melakukan semua proses pendaftaran perkahwinan saya di selangor sedangkan saya ingin melangsungkan akad nikah di johor bharu bagi memudahkan urusan saya?
Jawapan
Bagi memudahkan proses pernikahan saudari, dinasihatkan agar bakal suami yang kini bermastautin dalam Negeri Selangor mengurus permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dalam Negeri Selangor. Setelah semua dokumen lengkap dan melalui proses yang telah ditetapkan dalam Negeri Selangor, nasihatkan bakal suami saudari supaya mendapatkan satu surat kebenaran untuk bernikah di Negeri Johor dari Pejabat Agama Islam Daerah terdekat di mana bakal suami bermastautin. Setelah beliau memperoleh kebenaran tersebut, minta beliau serahkan kepada saudari segera. Kemudian saudari adalah anak jati Johor dan saya merasakan alamat kad pengenalan saudari juga masih di Johor, uruslah semuanya di Johor dan tidak perlu memprosesnya di Negeri Selangor. Cara yang sedemikian lebih memudahkan diri dan wali sendiri.
No comments:
Post a Comment