Soalan 81
1. Dalam bulan ogos 2005 abang saya pernah memberitahu abang ipar saya dan juga abang saya yang tua bahawa dia akan lepaskan isterinya apabila rumah yang sedang dibaikinya itu sudah siap dan selesa untuk didiami oleh isteri dan anak-anaknya. (Ketika itu abang saya sedang memasang lantai mozek dirumah.Katanya apabila lantai didapur sudah siap dipasang bermakna proses membaiki rumah itu sudah siap) Kini rumah itu telah siap pada awal januari 2006… adakah jatuh talak apabila rumah itu sudah siap?
Jawapan
1. Sekiranya ayat yang dilafazkan oleh pihak suami berbentuk cadangan maka masih belum jatuh lagi talaqnya. Namun ayat tersebut berbentuk lafaz yang bermakna AKAN jatuh apabila syarat dipenuhi/nerlaku, maka ada 2 kemungkinan.Talaq boleh jatuh jika kaitan disabitkan tanpa kalimah “akan” contohnya lafaz berikut: “Jatuh talaq atas isteri saya apabila rumah siap.”Situasi yang kedua pula tidak jatuh talaqnya jika suami melafazkan kalimah seperti berikut: “ saya AKAN jatuhkan talaq apabila rumah ini siap”, ayat ini adalah ayat cadangan, kerana ada perkataan AKAN.
2. Rujuk yang menepati rukun rujuk mengikut Hukum Syarak adalah sah, walaupun tidak dihadapan Qadhi/Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk di Pejabat Agama Islam Daerah.Untuk memastikan perlakuan rujuk pasangan tersebut adalah sah,nasihatkan mereka untuk mendaftarkannya di Pejabat Agama Islam yang terdekat.
No comments:
Post a Comment