Soalan 61
Saya telah bernikah di England 22 tahun lalu dan mempunyai 3 orang anak. Sekarang saya berada di New Zealand dan sijil nikah saya adalah dari England dan tiada sijil nikah kahwin dari Malaysia.
Persoalan saya adalah seperti berikut :
- Adakah ini yang betul dan bagaimana anak-anak haknya?
- Bagaimana pula kalau hal proses penceraian, perlukah saya memohon dari pejabat kadi di Petaling Jaya, Malaysia?
- Suami saya telah meninggalkan saya dan anak-anak di New Zealand tanpa bekalan selama 3 tahun.
- Disebaliknya pula suami telah cuba membunuh saya dengan menghantar ilmu hitam dan belaan jin bersama perempuan simpanannya.
Sekarang saya tidak pasti tentang proses penceraian. Kawan nasihatkan saya jika tiada sijil nikah Malaysia maka tak perlu minta penceraian rasmi lagi. Adakah ini benar?
Jawapan
- Pernikahan puan di England adalah sah sekiranya menepati Hukum Syara'. Sijilnya boleh digunakan di lain-lain negara dengan syarat diperakukan "endorsement" atau didaftarkan semuala di negara puan tinggal sekarang. Berkaitan dengan anak-anak puan, kewarnanegaraannya adalah mengikut pendaftaran kelahirannya dan perakuan pihak Kedutaan Malaysia di tempat puan tinggal. Contohnya, sekiranya ia lahir di England dan didaftarkan di kedutaan Malaysia di sana, maka bolehlah diakui anak tersebut masih warganegara Malaysia. Sila rujuk Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia dalam laman web mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
- Berhubung dengan proses penceraian, puan boleh memohon di negara puan tinggal sekarang. Sila laksanakan penceraian berpandukan hukum Syara' dahulu kemudian didaftarkan semula mengikut peraturan undang-undang yang terpakai untuk pendaftaran penceraian di tempat puan tinggal sekarang. Sila dapatkan bantuan daripada Pertubuhan Islam di New Zealand.
- Tindakan suami meninggalkan puan serta anak-anak adalah perbuatan menyalahi hukum Syara'. Selagi puan tidak meredhainya maka berterusan beliau dalam keadaan berdosa kerana telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.
- Puan mempunyai hak untuk melindungi diri pun sekiranya masih berlaku kekasaran atau penganiayaan, puan hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa disana.
- Berkaitan ilmu hitam, puan boleh mengamalkan doa-doa daripada ayat suci Al-Quran sebagai pendinding. Amalkan setiap hari membaca surah Kursi dan 3 Qul (surah Al-ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq) setiap pagi dan sebelum tidur. Baca dan hembuskan ditapak tangan kemudian sapukan ke muka, badan hinggan kehujung kaki. Baca juga sebelum tidur surah Yunus ayat 81.
Harap dapat membantu.
Sekian, wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment