Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Suami jatuhkan talaq ketika isteri datang haid

Soalan 60

Bolehkah talak jatuh suami menceraikan isteri ketika isteri itu sedang datang bulan (haid). Bagaimanakah sekiranya haidnya berlarutan sehingga 20 hari dan apa yang saya tahu jika lebih 15 hari itu bukan lagi dikira darah haid.

Jawapan

Talaq tetap jatuh walaupun isteri masih dalam haid tetapi perbuatan suami adalah berdosa kerana menjatuhkan talaq ketika isteri dalam haid. Sekiranya darah haid keluar melebihi 15 hari 15 malam isteri hendaklah mandi janabah dan wajib menunaikan sembahyang dan ibadat lain kerana darah tersebut merupakan penyakit (istihadhah), lafaz talaq hendaklah dilakukan selepas mendapat kebenaran mahkamah.

Sekian, wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment