Soalan 75
Apakah yang dikatakan harta sepencarian? Jika berlaku perpisahan macam mana harta sepencarian dituntut?
Saya dan isteri bergaduh. Kini kami berpisah.Keluarga isteri menghalang saya daripada berjumpa atau menghubungi bekas isteri.Apa yang perlu saya lakukan sekarang?
Jawapan
Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri sewaktu perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat yang ditentukan oleh Huku Syarak (Ahmad Ibrahim, 1999:215)
Undang-undang keluarga Islam di Malaysia mengiktirafnya sebagai perkara undang-undang Islam. Dengan itu seorang suami atau isteri yang dicerai hendak mendapat bahagiannya. Ia hanya boleh dituntut di Mahkamah Syariah berdasarkan pindaan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.
Bagi persoalan kedua, anda dinasihatkan supaya elok menghantar wakil samada ahli keluarga atau sahabat yang karib untuk menemui keluarga bekas isteri dapat menjernihkan kembali hubungan suami isteri. Membinakan kembali rumahtangga yang runtuh adalah sebaiknya.
Berkenaan hak penjagaan anak, ia hendaklah juga dirujuk kepada Mahkamah Syariah. Undang-undang Keluarga memperuntukan bahawa ibu paling berhak daripada segala orang menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan.
Bagaimanapun, apabila ibu hilang kelayakan untuk menjaga anak seperti berkahwin lain,hak penjagaan anak berpindah mengikut susunan keutamaan berikut, iaitu (1) nenek sebelah ibu hingga ke atas (2) bapa dan seterusnya.
No comments:
Post a Comment