Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Berdosa abaikan nafkah keluarga

Soalan 73

Baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar mengenai lelaki yang menjadi suri rumah dan isterinya bekerja mencari nafkah.Apabila terbaca cerita ini, saya teringatkan kisah kawan lama yang juga terpaksa bekerja keras kerana suaminya asyik bertukar kerja.

Segala perbelanjaan ditanggung isteri dan akhirnya kerana selesa dengan keadaan ditanggung orang orang, suaminya tidak mahu bekerja.

Saya ingin tahu apakah hukumnya dalam Islam kerana setahu saya lelaki bertanggungjawab menyediakan keperluan rumahtangga, termasuk mencari nafkah,dan bukan menyerahkan tugas ini kepada isteri.Apa pandangan Datuk dalam hal ini?

Jawapan

Pada asasnya suami bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.Bagaimanapun dalam suasana sekarang, ada ketikanya suami diberhentikan kerja.

Dalam keadaan seperti ini, jika isteri membantu suami dalam memberi nafkah sementara keadaan bertambah baik dan sementara suami mendapat pekerjaan, isteri akan mendapat pahala besar kerana membelanjakan hartanya.

Hal ini tidak bermakna suami boleh lepas tanggungjawab dan tidak mahu bekerja kerana selesa dengan keadaan dia ditanggung isteri.Jika bersifat sementara sekadar menunggu suami berikhtiar mencari kerja, tiada kesalahan isteri membantu.

Bagaimanapun jika hal ini menjadi kekal,suami berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah.Nabi saw bersabda :
"Cukuplah dosa pertama yang akan ditanya pada suami di akhirat nanti ialah dosa tidak memberi nafkah kepada ahli keluarganya".

No comments:

Post a Comment