Soalan 77
Apakah hukumnya jika kita bercerita mengenai masalah rumahtangga kita kepada orang yang kita percaya,contohnya kawan karib?
Jawapan Hukum menceritakan permasalahan rumahtangga tertakluk kepada jenis penceritaannya.Sekiranya cerita yang dikongsi berbentuk mengumpat,mengeji,menghina atau merendahkan martabat seseorang,maka hukumnya haram dan berdosa.Sekiranya penceritaan berbentuk positif untuk tujuan memberi peransang atau pujian yang ikhlas maka hukumnya adalah harus.Apabila berbentuk ingatan seperti menceritakan keburukan sikap seseorang dengan tujuan minta rakan kita berhati-hati dengannya seperti memberitahu sipulan adalah seorang yang suka mencuri,maka hukumnya menjadi harus juga kerana tujuan untuk pencegahan daripada rakan kita terkena/teraniaya. |
No comments:
Post a Comment