Soalan 65
Jika saya hendak mengahwini seorang perempuan tanpa memerlukan wali bapa bagi perempuan itu, sedangkan bapanya masih hidup dan saya meminta adik lelaki seibu sebapa mewalikan kakaknya. Adakah sah dari segi syarat perkahwinan?
Jawapan
Seorang perempuan tidak boleh diwalikan orang lain jika bapanya masih hidup. Perkahwinan tersebut mesti diwalikan bapa perempuan itu ataupun dengan keizinan bapanya. Jika terdapat masalah berkenaan bapa perempuan itu, silalah merujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah(PAID) masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment