Soalan 64
- Apa hukum sekiranya si suami menyuruh si isteri pulang tetapi si isteri memohon melanjutkan tempoh untuk pulang sesudah 2 minggu berjauhan? Alasannya nak berurut di sana dan mak mertua ingin mengubatkan si isteri dengan kata dia boleh jamin keselamatan si isteri disana.
- Apa hukum si isteri keluar dengan sepupu(perempuan status bujang) pada waktu malam ke fun fair tanpa keizinan suami dan hanya meminta izin mak ayah si isteri? Alasannya si isteri ingin meluangkan masa dengan sepupu sebelum balik ke pangkuan si suami dan tempat ke fun fair bukannya maksiat.
- Apa hukumnya si isteri mengundang atau pelawa masuk ke rumahnya tanpa si suami walaupun adik tiri(satu mak lain ayah), sepupu dan bapa mak saudara?
- Perlukah si suami lepaskan si isteri (cerai) kerana si suami tidak mahu menanggung dosa si isteri lakukan?
Jawapan
- Seorang isteri perlu menurut setiap perintah suami selagi perintahnya tidak bertentangan dengan hukum syarak. Oleh itu, isteri wajib pulang sekiranya suami perintah kerana ia bertentangan dengan kehendak suami melainkan suami mengizinkan isterinya untuk terus berubat.
- Mengikut hukum syarak, isteri wajib meminta kebenaran suami dalam apa jua perkara kerana syurga bagi seorang isteri di bawah tapak kaki suaminya.Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suami walaupun dengan keizinan kedua ibubapanya kerana isteri sepenuhnya dibawah tanggungjawab seorang suami.
- Isteri tidak boleh mengundang atau mempelawa orang lain ke rumah tanpa keizinan suami walaupun keluarga sendiri. Walaubagaimanapun, isteri boleh mengundang atau mempelawa ibubapa masuk ke dalam rumah jika mereka datang apabila suami tiada di rumah.
Seharusnya wujud perbincangan di dalam sesuatu perkahwinan. Sekiranya isteri nusyuz atau engkar maka suami perlu menasihatkan dan memintanya agar berubah. Jika isteri tidak berubah pengasingan tempat tidur boleh dilakukan. Jika isteri masih degil suami bolehlah memukul isteri dengan syarat untuk mengajar isteri dan ia tidak boleh menyakitkan isteri samada dengan menggunakan senjata, tangan atau sebagainya. Jika isteri masih lagi nusyuz atau engkar, maka terpulanglah kepada suami. Perkara yang nyata dalam hal ini, suami perlu menasihati isterinya. Jikalau isteri masih enggan, maka dosa tersebut terletak pada dirinya.
No comments:
Post a Comment