Soalan 71
Saya mempunyai suami dan anak. Tanpa pengetahuan suami ,saya menjalin kembali hubungan dengan kekasih lama dan pernah terlanjur. Saya tahu bersikap curang pada suami adalah berdosa besar dan sangat menyesali perbuatan itu. Saya benar-benar bertaubat, semoga Allah mengampunkan dosa saya.
Persoalannya, adakah saya perlu memberitahu suami mengenai perkara ini atau mendiamkannya saja? Bagaimana caranya untuk saya memohon ampun tanpa memberitahunya? Saya dan bekas kekasih melakukan hubungan seks ketika siang hari pada Ramadan.
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Sungguh sedih apabila memikirkan perbuatan dosa di atas dosa. Dosa curang pada suami sangatlah besar kerana ia temasuk berzina. Lebih dahsyat lagi apabila dosa berlaku pada Ramadan yang mulia.
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya.Bertaubatlah dengan penuh keinsafan dan keikhlasan.Moga-moga Allah akan menerimanya.Hentikan terus hubungan dengan kekasih lama.
Langkah kedua ,memohon maaf daripada suami atas dosa kepadanya.Terpulang pada kekuatan puan dan kesediaan suami untuk membincangkan perkara ini.
Jika dirasakan dia bersedia dan boleh menerima hakikat ini eloklah berterus terang ,tetapi jika puan merasakan tabiat suami yang puan kenali tidak mungkin menerima keadaan ini,cukuplah sekadar memohon ampun daripadanya.
Langkah ketiga, mulakan hidup baru dengan menjadi isteri solehah dan banyakkan mengabdi diri pada Allah dan beribadat kepadanya.
Kafarah melakukan persetubuhan pada siang Ramadan boleh dilaksanakan dengan memberi makan pada 60 orang miskin,sah diberi pada anak yatim yang miskin.Jika persetubuhan berlaku dua kali pada dua hari yang berlainan,wajib membayar kafarah dua kali juga.
No comments:
Post a Comment