Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Suri rumah dapat Alza

SHAH ALAM: Kalau sudah rezeki tidak ke mana. Kegagalan mencari kertas bergambar yang disorokkan dalam kereta Perodua Alza, pada mulanya tidak melayakkannya meneruskan cabaran merebut hadiah utama Peraduan Bonanza OK.

Namun, kejutan penganjur, Kumpulan Syarikat Orang Kampung (OK Group) yang memberinya peluang membuka kotak mengandungi kunci Alza bersama tiga peserta akhir lain, akhirnya melayakkan suri rumah dari Seremban, Negeri Sembilan itu memenangi hadiah utama.


Norul Azizah Ab Karim, 51, ibu lima anak dan dua cucu, tidak menyangka memenangi peraduan itu kerana gagal mendapatkan walau sehelai daripada 10 kertas bergambar berkenaan.

“Pada mulanya, ketika gagal mendapatkan kertas berkenaan, saya menganggapnya tiada rezeki. Alhamdulillah, kalau sudah rezeki, dapat juga (jadi pemenang),” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah peraduan itu, di SACC Mall, di sini, kelmarin.


Hadiah disampaikan Pengarah Urusan OK Group, Habibul `Ajmi Manggar. Peraduan Bonanza OK dari 15 Mac hingga 15 Julai lalu menawarkan hadiah bernilai RM200,000 dengan hadiah utama sebuah Perodua Alza 1.5 berharga RM60,000 dan motosikal Honda CBR 150R bernilai RM12,000.

No comments:

Post a Comment