Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Buat kecoh di pejabat bekas isteri

AMPANG: Seorang lelaki menyamar sebagai anggota Rela dan membuat kecoh semata-mata mahu berjumpa dengan bekas isterinya di pejabat wanita itu di Taman Cempaka, di sini.

Namun, dalam kejadian Khamis lalu itu, tindakan lelaki terbabit membawa padah apabila dia ditahan polis berikutan kekecohan dicetuskannya.


Menurut sumber polis, siasatan pihaknya juga mendapati lelaki itu sebenarnya sudah 10 tahun tamat perkhidmatan sebagai anggota Rela.

“Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu teksi pergi ke pejabat bekas isterinya itu dengan memakai jaket tertera perkataan Rela. Dia berlegar-legar di luar pejabat dan mendakwa mahu berjumpa bekas isterinya namun tidak dibenarkan seorang pekerja di situ.


“Bagaimanapun, dia masih berdegil dan cuba membuat kecoh sebelum pekerja terbabit menghubungi seorang anggota Rela yang kebetulan dikenalinya,” katanya.


Menurutnya, sebaik sampai anggota Rela berkenaan cuba mententeramkan keadaan dan meminta lelaki terbabit menunjukkan kad kuasa miliknya jika dia benar menjadi ahli.

“Lelaki itu kemudian menyerahkan kad kuasa miliknya namun selepas diperiksa kad terbabit sudah tamat tempoh sejak 10 tahun lalu sebelum dia dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana dia bukan lagi anggota Rela.


“Anggota Rela berkenaan menahan lelaki itu dan menyerahkannya kepada polis sebelum membuat aduan berhubung kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu masih menyayangi bekas isterinya, namun wanita itu enggan berjumpa dengannya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahan lelaki berkenaan.

No comments:

Post a Comment