Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

BORKONGSI TEMAN LELAKI

SOALAN

Assalaimualaikum,

Saya ingin mengutarakan satu soalan. Secara ringkas saya berumur lewat 20-an. Saya belum berpunya dan mempunyai seorang sahabat yang amat rapat, juga seorang wanita. Kami kenal dan tinggal bersama hampir 10 tahun. Beliau merupakan satu-satunya sahabat dunia akhirat. Saya kenal dengan sahabat ini pada awal pengajian saya di IPTA lagi selepas menamatkan SPM. Kami berkongsi suka, duka, dan sebagainya selama ini.

Kini masa berlalu dan kami menyedari umur sudah semakin meningkat. Jadi kami mula memikirkan soal perkahwinan. Dalam 3, 4 tahun yang lalu kami telah berkenalan dengan seorang pemuda yang baik dan kami berdua juga telah jatuh hati dengan pemuda tersebut. Emmm...soalannya di sini, adakah possible untuk kami hidup bermadu?

Sekian, terima kasih.........

JAWAPAN

Bismillahirahimanirahim

Assalamualikum wbt

Semoga diri saudari berada di dalam rahmat Allah swt.

Berkaitan dengan kemusykilan saudari, saya hanya ingin memberi respon secara ringkas sahaja tetapi penuh makna.

Kalau semua dah setuju dan sepakat apa salahnya. Tetapi dengan syarat;

  1. Faham benar-benar apa maksudnya bermadu?
  2. Mengapa anda harus bermadu?
  3. Mengenalpasti dari pemerhatian anda masalah dan keuntungan orang bermadu.
  4. Ibu dan bapa memberi restu (mungkin akan mendapat sedikit tentangan namun anda harus bijaksana menguruskannya)
  5. Tidak melanggar hukum-hukum syarak semasa bermadu seperti;

a. keadilan nafkah

b. keadilan giliran

c. adab perhubungan suami isteri

d. perkara-perkara berkaitan.

Apabila ketiga-tiga pihak telah memahami dan bersepakat ikatan perkahwinan anda akan lebih berkat. Insyallah.

Semoga jawapan ini dapat membantu saudari.

Sekian terima kasih.

-Ramlan Hamzah.

No comments:

Post a Comment