Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua













Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menanggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi.Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber: informasi.my

Kahwini pasangan yang boleh membuat anda berasa seronok selama-lamanya…



Berapa kerapkah teman-teman kita yang sudah berkahwin komplen pasal suami mereka yang suka sangat tengok sukan di tv pada hujung minggu? Hmmphh…. takkan mereka tak perasan yang laki mereka tu sememangnya minat sukan giler-giler semasa mereka tengah berdating? Takkan mereka harap segala-galanya akan berubah selepas kahwin?

Terimalah kenyataan bahawa hidup nie penuh dengan suka duka, jadi adalah penting untuk mencari seseorang yang kita confirm boleh berseronok sampai ke hari tua. Inilah caranya bagaimana anda boleh mencari lelaki seperti itu:

1. Senaraikan perkara yang ingin anda buat. Kemudian, lakukannya. Kalau ikut teori sayalah, jika semua orang yang suka makan angin di pantai benar-benar melakukannya, mereka mungkin akan berjumpa dengan pasangan masing-masing, berkahwin dan seterusnya industri mencari pasangan akan lenyap..:-). Jika suka membaca pulak, lepaklah di kedai buku. Jika ada cafĂ© di sebelahnya, selalulah lepak di situ. Buatlah perkara yang anda suka lakukan. Kerana mana tau kot-kot anda akan bertemu dengan jodoh yang ’sekepala’ dengan anda di situ…?

Sebenarnya, teknik ini berkesan untuk seorang rakan baik saya. Cerita dia camnie. Bila dia dapat tahu yang kekasihnya telah bermain kayu tiga, dia terus tinggalkannya. Dia ambik masa jugak untuk bersedih dan kemudian dia teruskan kehidupan seperti biasa. Dia ada dua hobi, memasak dan berlumba. Dia join kelas memasak dan kelab berlumba di Sepang, dengan harapan dapat meluaskan lagi ‘rangkaian’ sosialnya. Bila kelas memasak itu berakhir, dia menjemput rakan-rakan sekelasnya ke parti di rumahnya dan menyuruh mereka membawa kawan-kawan. Dan tekalah siapa yang datang? Seorang wanita yang menyeronokkan dan cantik (dan setia!) yang suka berhibur dan menikmati makanan yang sedap, seperti jugak empunya diri. Sekarang, mereka telah berkahwin selama tiga tahun. Dia tak sangka akan mendapat jodoh dengan cara sebegini…:-)

2. Senaraikan perkara yang ingin anda buat tapi masih tak sempat nak buat. Nak tau bagaimana untuk baiki transmission? Ambillah kursus auto repair. Ehem..ehem…wanita sebenarnya lebih cenderung untuk berjumpa dengan kaum lelaki di sana. Jika nak polish lagi skil menguruskan wang anda, ambillah kursus kewangan. Ntah-ntah anda akan bertemu dengan orang yang bijak, menarik dan mudah didekati di sana.

Kunci untuk mencari bakal suami yang boleh membuatkan anda berasa seronok dalam 10, 25 dan 50 tahun dari sekarang ialah dengan melakukan perkara-perkara yang membuatkan anda berasa gembira pada hari ini.

Kemudian, tunggu siapa yang akan muncul!

Good luck!

10 tip perkahwinan bahagia



Berkongsi minat

Apa yang anda minat, anda kongsikan ia bersama – sama dengan pasangan anda. Apa yang pasangan anda minat, anda wajib meminati benda yang sama. Apabila anda kerap berkongsi minat yang sama, anda akan rasa lebih rapat dan sayang pada pasangan anda.

Berdua – duaan

Anda wajib mengambil masa untuk berdua – duaan dengan pasangan anda. Tidak kiralah 10 minit sebelum tidur atau pada pagi hari. Apa yang penting, anda berdua dapat bersama dan saling bermain cinta.

Komunikasi

Komunikasi adalah penghubung atau jambatan kebahagiaan. Tiada komunikasi yang baik antara anda berdua, hubungan akan jadi sangat kelam. Pada pagi hari, ringankan mulut untuk mengucapkan selamat pagi. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun mengenai hal – hal yang remeh.

Pendengar yang baik

Anda dengar apa sahaja yang di utarakan oleh pasangan anda. Kemudian anda ambil berat setiap perkara yang di sampaikan walaupun hal tersebut remeh. Apabila anda sudi mendengar apa yang di sampaikan oleh pasangan anda, dia juga akan menjadi pendengar yang baik pada diri anda.

Kenal pasti kehendak dan keperluan pasangan anda

Penuhi keperluan pasangan anda. Kemudian anda kenal pasti kehendak pasangan anda dan cuba penuhi kehendak dia. Tiada yang lebih bahagia apabila anda dapat menggembirakan hati pasangan anda.

24 jam romantik

Jika anda tidak menunjukkan rasa cinta pada pasangan anda, mereka tidak akan tahu. Anda perlu sentiasa tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda sama ada dengan kata – kata atau fizikal.

Berhadapan dengan konflik

Jangan lari dari konflik. Sebaliknya, anda segera selesaikan masalah setiap kali ia muncul. Jika anda lari, masalah akan menjadi besar dan anda mungkin sudah terlambat di saat anda hendak selesaikannya.

Sentiasa memaafkan pasangan anda

Kita ini manusia biasa, sudah pasti kita akan melakukan berbagai – bagai jenis kesalahan walaupun kecil. Maafkan kesalahan pasangan anda. Jadilah seorang yang penyayang dan pengasih. Tunjukkan rasa sayang anda dengan memaafkan pasangan anda.

Bertanggungjawab

Tunaikan tanggungjawab terhadap pasangan anda. Kebanyakan pasangan sekarang takut hendak bertanggungjawab terhadap keluarga dan pasangan mereka. Anda perlu berani untuk mengambil dan menunaikan tanggungjawab anda supaya anda akan lebih bahagia nanti. Jika anda suami, tunaikan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga. Jika anda isteri, tunaikan tanggungjawab anda sebagai isteri. Jadi seorang yang matang.

Berikan komitmen sepenuhnya pada perkahwinan anda

Berikan komitmen pada keluarga anda. Letakkan keluarga sebagai urusan utama anda pada setiap hari. Lakukan apa yang perlu untuk menguruskan keluarga anda. Jika keluarga anda mengalami masalah, anda perlu melindungi dia. Jika pasangan anda rasa kurang bersemangat, anda perlu sentiasa memberi dia kata – kata semangat.


Apa Itu Nikah Gantung?



Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Misteri Tentang Selaput Dara



Menjadi suatu kebiasaan apabila kita dengar cerita-cerita yang menakutkan ketika malam pertama dikalangan para gadis sunti sebelum berkahwin. Berbanding halnya bagi lelaki, biasanya merekalah yang tak sabar-sabar untuk melalui detik malam pertama pengantin.

Cerita yang biasa kita dengar ialah di saat selaput dara si gadis yang masih perawan akan pecah lalu mengakibatkan pendarahan ketika hubungan intim kali pertama di malam pertama tersebut. Kalau tiada darah yang keluar, dikatakan gadis itu tidak perawan sebenarnya!

Owh, tidak. Betapa salahnya anggapan tersebut. Ini merupakan suatu salah-faham sebenarnya.

Ok, sebelum kita menyelongkar dengan lebih mendalam tentang perihal selaput dara ini, mari saya kongsikan bersama anda tentang di manakah sebenarnya selaput dara seorang gadis itu terletak.

Selaput dara sebenarnya bukan terletak dalam vagina. Fakta telah menyatakan ianya terletak di bahagian organ kelamin luar faraj. Ia merupakan sebahagian dariapada vulva sebenarnya.

Selaput dara terletak di luar vagina yang juga merupakan lapisan nipis terdiri daripada jaringan sel-sel nipis menutupi lubang vagina si gadis yang belum pernah melakukan hubungan intim.

Ada diantara gadis yang mempunyai lapisan selaput dara yang agak tebal. Ini menyebabkan sedikit kesukaran untuk zakar suami menembusinya buat kali pertama. Oleh itu, suami perlulah bijak melakukan pelbagai teknik dan mencuba posisi yang sesuai bagi memudahkan persetubuhan untuk berlaku.

Ada kemungkinan tusukan pertama hanya berjaya mengoyakkan sedikit sahaja. Suami perlu terus mencuba di malam pertama tanpa mengenal erti ‘putus asa’.

Bakal-bakal isteri tak perlu risau sebenarnya dengan kesakitan. Kesakitan dapat dikurangkan jika suami melakukan penetrasi dengan perlahan dan disamping suami perlu main peranan penting merangsang bahagian-bahagian tubuh isteri yang lain dalam masa yang sama.

Bincanglah secara terbuka bersama suami untuk mengurangkan rasa fobia agar hubungan intim dapat dilakukan dengan lebih mesra.

Persoalan seterusnya yang biasa kita dengar ialah, jika tiada darah yang keluar ketika malam pertama, maka gadis tersebut tidak perawan.

Sebenarnya selaput dara bagi seorang gadis secara majoritinya (lebih 50%) adalah sangat nipis dan kurang kenyal. Adakalanya aktiviti yang sedikit lasak boleh menyebabkan selaput dara gadis tersebut terkoyak secara tidak sengaja.

Diantara aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan selaput dara terkoyak adalah seperti:-

Menunggang kuda
Menunggang basikal
Mendaki gunung
Berlari
Dan pelbagai lagi aktiviti lasak yang lain

Jika ditanya kembali, tentunya gadis tersebut tidak mampu untuk ingat bila saat sebenar selaput dara dia terkoyak akibat aktiviti-aktiviti tersebut.

Secara kesimpulannya, selaput dara seorang gadis yang masih perawan tidak semestinya boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan ketika malam pertama.

Yang penting, anda sebagai suami haruslah yakin dengan sepenuh hati kejujuran isteri anda. Bukankah saling percaya-mempercayai itu salah-satu teras hubungan perkahwinan yang kelak abadi?

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

3 Cara Agar Suami Terus Tertarik & Sayangkan Anda


Ring Pictures, Images and Photos

Adakah anda sudah berkahwin tetapi anda rasa seperti tinggal dengan seorang yang asing di dalam rumah? Ataupun anda sudah mula bosan dengan psangan anda? Jika ya, anda perlu segera sedar dan perbaiki hubungan dengan suami anda. Berikut adalah 3 cara untuk perbaiki hubungan dengan suami anda agar diri anda akan terus menarik di mata dia.


CARA PERTAMA: Selami hati suami

Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana mereka mempunyai masalah yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Anda selami dan ambil tahu masalah yang dihadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda supaya meluahkan masalah dia pada anda. Jangan beri dia peluang untuk memarahi diri anda.

Jika dia marah, anda pujuklah dia dan nyatakan kesudian anda untuk bersama-sama dengan dia. Apabila dia melihat anda ikhlas, dia akan mula ‘cair’ dan akan meluahkan segala-galanya pada anda. Dengan ini, secara perlahan-lahan, suami anda akan kembali pada anda.

CARA KEDUA: Cantikkan diri dan tarik perhatian suami agar selalu melakukan aktiviti bersama-sama anda

Jika anda mahu pergi ke pasar atau ke mana-manapun, anda paksa dia supaya menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantik dan ajak dia ke mana sahaja anda pergi. Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan lepaskan anda. Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih menyayangi dan tertarik kepada anda.

CARA KETIGA: Sentiasa bermanja dengan dia

Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama-kelamaan, dia pasti akan merasa disayangi oleh anda melalui perlakuan anda itu.

Ketiga-tiga teknik ini boleh merapatkan kembali hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki ini hanya nampak semut di seberang tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa anda sentiasa ada di sisi dia.
Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook.

10 Tips Buatkan Isteri Terus Sayang Anda


Perkongsian saya untuk kali adalah ringkas tapi padat dengan informasi bermanfaat yang boleh anda amalkan. Ianya dalam bentuk tips-tips apakah anda sebagai suami boleh lakukan bagi membuatkan isteri anda sukakan dan terus menyayangi diri anda.

Marry Me? Pictures, Images and Photos

Berikut adalah 10 tips dan perkara yang jika anda lakukan pasti akan menggembirakan isteri anda hingga mampu membuatkan dia terus menyayangi diri anda.

(1) Sayang dan mencintai dia

Wanita pasti tidak akan menolak cinta dan kasih sayang dari suaminya sendiri. Malah, setiap hari dia sangat dambakan kasih sayang dari anda. Tunjukkan pada dia yang anda sangat mencintai dia melalui kata-kata dan perbuatan.

(2) Memenuhi kehendak dia

Wanita pasti mempunyai keinginan hendakkan sesuatu. Anda kenal pasti dan penuhi kehendak dia. Sudah pasti dia akan lebih menyayangi anda jika anda penuhi permintaan dia.

(3) Memuji dia setiap kali lakukan sesuatu perkara dengan baik

Si isteri sangat suka jika hasil penat lelah dia disukai oleh suaminya. Anda perlu sentiasa memuji isteri anda bagi setiap usahanya.

(4) Sentiasa membuatkan dia ketawa

Bagi isteri, suamilah tempat mereka bermanja dan mencari hiburan. Anda hiburkan dia dengan jenaka, pasti dia akan gembira bersama dengan anda. Janganlah serius sahaja setiap masa.

(5) Memberi dia kepuasan seks yang maksimum

Isteri anda akan lebih sayang pada anda jika anda berjaya memberi dia kepuasan seks yang maksimum. Jadi seorang romantik dan penuhi permintaan seks dia.

(6) Menolong dia melakukan kerja urusan rumahtangga

Isteri akan rasa sangat gembira dan bahagia jika anda menolong dia melakukan kerja rumahtangga seperti mengemas rumah, membasuh dan mop lantai. Dia rasa sangat di sayangi jika anda berbuat demikian.

(7) Sentiasa menemani dia

Isteri selalunya berbangga dengan suaminya. Kalau boleh, dia hendak tunjuk pada semua orang yang andalah orang yang telah berjaya mencuri hatinya. Anda perlu temani dia ke mana sahaja dia hendak pergi. Jangan biarkan dia keseorangan walaupun ke kedai.

(8) Bersikap jujur dan setia

Jika anda jujur pada pasangan anda, dia akan 10 kali lebih jujur terhadap diri anda. Dia akan hormat pada anda dan tidak akan sembunyikan apa sahaja dari anda.

(9) Memberi dia hadiah

Anda tidak perlu menunggu sehingga hari istimewa seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan untuk memberi dia hadiah. Anda beri sahaja hadiah padanya setiap kali anda rasa hendak berbuat demikian pada dia. Dia akan rasa sangat bahagia setiap kali menerima hadiah dari anda walaupun sekecil manapun hadiah tersebut.

(10) Sentiasa memberi dia galakan dan motivasi

Isteri anda akan rasa sangat bahagia setiap kali anda beri galakan pada dia. Bagi dia, andalah penyokong yang paling rapat dan kuat. Sentiasa beri galakan pada isteri anda. Kalau boleh, pada setiap hari dan setiap masa terhadap apapun aktiviti dan perancangan yang ingin dilakukan olehnya.

Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu Melaka

Adat Istiadat Perkahwinan Orang Melayu Melaka
Unsur-unsur kebudayaan dalam perkahwinan orang Melayu Melaka, berjalan berperingkat mengikut tertib dan menjadikan warisan adat resam ini sesuatu yang unik. Masyarakat di pinggir pantai Melaka mengamalkan unsur adat yang berlainan dengan masyarakat di bahagian barat. Begitu juga dengan masyarakat yang terletak berhampiran dan berdekatan dengan Negeri Sembilan. Berikut dihuraikan secara ringkas unsur-unsur adat dan resam dalam bidang tersebut mengikut peringkat ketertibannya.


Mencari Jodoh:

Terdapat dua cara digunakan bagi amalan dalam menentukan jodoh atau mencari jodoh iaitu berdasarkan kesanggupan kedua belah pihak lelaki dan perempuan. Kaedah pertama adalah pemilihan pihak lelaki itu sendiri dan kaedah keduanya melalui pilihan ibu bapanya.

Melalui kaedah pertama, pemilihan jodoh dicari sendiri oleh si teruna iaitu setelah menemui gadis pilihan hatinya, si teruna akan menyatakan hasrat kepada ibu bapanya. Kaedah kedua pula, pemilihan dibuat oleh ibu bapa si teruna setelah berkenan akan seseorang gadis yang dipilih untuk menjadi bakal menantunya dan diberitahu kepada anak terunanya. Kerap kali berlaku bakal menantu itu terdiri dari ahli keluarga seperti anak saudara atau yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan di samping terjaga harta benda dari jatuh ke tangan orang lain. Bagaimanapun, dalam hal ini, selalunya si ibu akan memerhatikan gelagat serta tingkah laku gadis itu untuk menentukan kesesuaian bakal menantunya.


Penentuan Jodoh:

Terdapat beberapa syarat dalam memilih gadis bakal menantu. Misalnya gadis itu mestilah mempunyai sifat yang baik dari segi agama, rupa paras yang cantik, berakhlak, banyak keturunan serta mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian khususnya dalam mengurus rumahtangga.

Bagi bakal menantu lelaki pula, hendaklah mempunyai pelajaran agama yang tinggi, sifat yang sempurna, mempunyai kedudukan (harta benda) yang baik dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai ilmu rumahtangga.


Merisik:

Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. Seandainya pihak atau keluarga gadis bersetuju, maka perundingan akan dibuat untuk menentukan hari pertunangan. Di sini sebentuk cincin belah rotan akan diberi sebagai tanda persetujuan.


Meminang:

Upacara meminang si gadis akan dibuat hanya setelah keluarga gadis itu memberi persetujuan. Kerja meminang dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak. Selalunya dijalan oleh ketua adat dan syarak. Sewaktu meminang, akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Lain-lain perkara yang dibincangkan ialah bersangkutan dengan hantaran belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Dengan berbuat demikian, tidak ada teruna lain akan masuk meminang gadis itu. Ini memberi peluang kepada sahabat handai serta kaum keluarga untuk bersiap sedia berderau (bersama-sama menjalankan tugas di hari perkahwinan nanti).


Hantar tanda:

Semasa upacara menghantar tanda, sebentuk cincin akan dihantar untuk disarungkan ke jari tunangannya. Adat menyampai dan menerima cincin dilakukan di rumah gadis tersebut. Pihak si gadis akan menyambut rombongan si teruna. Dalam menghantar cincin tanda ini, sering juga diiringi dengan sebahagian wang hantaran belanja. Walau bagaimanapun, ini terpulang kepada perjanjian kedua belah pihak. Biasanya upacara menghantar tanda ini dilangsungkan dengan kata-kata adat seperti 'helah lelaki hancur, helah perempuan ganda'. Sekiranya si teruna memutuskan pertunangan itu, cincin dan hantaran itu akan hilang dan jikalau si gadis pula yang menolak, maka terpaksa pihak gadis menggandakan pemulangan cincin tanda dan hantaran itu.


Hantaran Belanja:

Upacara hantar belanja dijalankan pada tarikh yang telah dipersetujui dan sekali lagi rombongan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan. Kedua pihak itu selalunya diwakili oleh ketua kampung. Mereka akan saling bertukar hantaran serta iringan setelah kedua pihak menghuraikan janji dan menyelesaikan masalah yang bersangkutan. Wang hantaran itu biasanya diiringi dengan persalinan untuk si gadis dan mengikut apa yang telah dijanjikan. Perjanjian biasanya dalam bentuk 'serba satu atau serba dua'. Serba satu bererti persalinan iringan itu setiap jenis dan digubah dalam pelbagai bentuk seperti bentuk itik, burung dan keris. Wang hantaran pula digubah biasanya dalam bentuk buah-buahan ataupun pokok bunga.

Sementara itu, iringan lain sering kali turut disertakan adalah bunga rampai, sirih junjung, pahar telur merah dan alat solek. Kesemua kelengkapan yang dibawa oleh rombongan pihak pengantin lelaki disampaikan ke rumah gadis itu. Apabila selesai upacara penerimaan di serambi, iaitu setelah diselesaikan oleh pihak lelaki, hantaran serta iringannya itu diedarkan ke dapur. Ini adalah untuk disaksikan oleh pihak perempuan. Bekas-bekas kosong itu kemudiannya diisikan dengan barang-barang balasan daripada pihak gadis, biasanya kuih-muih, nasi dan lauk-pauk yang akan dibawa pulang oleh rombongan itu untuk si teruna.


Menyerambi Bertunang:

Jika dijalankan upacara menghantar belanja pada siang hari, maka malamnya pula diadakan majlis 'menyerambi bertunang'. Adat ini dilakukan di serambi rumah. Wakil dari kedua belah pihak bergilir-gilir membaca doa dan marhaban.


Menjemput Tetamu:

Pihak ibu bapa pengantin lelaki akan menjemput orang-orang tua kampung untuk memberitahu majlis perkahwinan yang akan diadakan. Mereka akan membuat tepak sirih dan meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya untuk bersama-sama meraikan majlis itu. Majlis ini diadakan di rumah bakal pengantin dan segala tanggungjawab majlis akan ditentukan oleh mereka yang ada dalam majlis tersebut. Biasanya majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.


Berinai Curi:

Majlis berinai curi diadakan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Majlis ini bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan pihak pengantin. Mulai malam tersebut, jari-jari dan tapak tangan serta keliling tapak kaki pengantin perempuan diinai. Selepas itu pengantin akan naik ke pelamin. Kemudian sanak saudara dan sahabat handai akan bergilir-gilir menginaikannya. Masa ini jugalah pihak pengantin lelaki atau keluarganya berpeluang melihat dari dekat wajah pengantin perempuan. Berinai curi biasanya diadakan sekurang-kurangnya satu malam tapi biasanya ia diadakan tiga malam.


Berinai Kecil:

Malam berikutnya majlis berinai kecil diadakan. Ianya disertai oleh pengantin lelaki. Tetapi pengantin lelaki berinai di serambi rumah sahaja. Sementara pengantin perempuan di ruang tengah rumah di atas pelamin. Majlis ini kadangkala dipanggil 'menyerambi kahwin'.


Berandam:

Keesokan harinya diadakan istiadat berandam di mana upacara memotong rambut di bahagian depan kepala dijalankan oleh tukang andam. Pengantin perempuan biasanya dicukur anak rambut di dahi serta di pelipisnya. Pengantin perempuan akan merasa perubahan wajahnya ditambah pula warna merah di jarinya selepas berandam. Upacara berandam dijalankan untuk persediaan pengantin lelaki pergi ke rumah pengantin perempuan untuk upacara berinai besar pada malamnya. Pada petang itu juga diadakan upacara mandi berhias. Biasanya upacara ini memerlukan sebiji kelapa muda ditebuk berbentuk pucuk rebung, beras basuh, sirih berkapur, gunting, kain putih, tepung tawar dan ikatan dua sepilih dan daun ribu-ribu.

Mandi Berhias:

Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti oleh pengantin perempuan. Pengantin akan duduk menghala ke pintu luar dan di depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar. Sanak saudara dan waris akan menabur beras basuh dan menepung tawar pengantin itu.


Pernikahan:

Upacara akad nikah dijalankan pada malam selepas mandi berhias dan sebelum majlis berinai. Pakaian pengantin lelaki serba putih kecuali songkok dan kasut. Imam mewakili pengantin perempuan menjadi jurunikah. Selain dari itu juga disahkan hantaran dan lain-lain yang bersangkutan. Mas kahwin biasanya berbentuk wang tunai. Mas kahwin diwajibkan dan diserahkan kepada pengantin perempuan.


Berinai Besar:

Setelah selesai upacara akad nikah, majlis berinai besar dilakukan di atas pelamin dengan dimulai oleh pengantin lelaki. Ahli-ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan pula akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki dan berjalan sehingga selesai.

Hari Langsung:

Hari persandingan juga disebut hari langsung yang diadakan pada hari esoknya. Jamuan di rumah pengantin perempuan akan diadakan secara besar-besaran. Pengantin lelaki akan menuju ke rumah pengantin perempuan dengan diiringi dengan pukulan rebana dan sanak saudaranya untuk upacara persandingan.

Sirih Lat-lat:

Sirih lat-lat ialah gubahan pokok bunga daripada daun sirih yang dipegang oleh pengantin lelaki untuk diletakkan atas pangkuan pengantin perempuan apabila sampai di pelamin untuk bersanding.

Suap-suap:

Sebuah pahar telur merah dan nasi adab-adab disediakan di depan pelamin dan ianya berwarna kuning dan diperbuat daripada pulut. Ahli waris akan mengambil sekepal nasi adab-adab lalu diletakkan di tapak tangan pengantin lelaki dan disuapkan kepada pengantin perempuan dan sebaliknya.

Masuk ke Bilik Pengantin:

Jari kelingking pengantin lelaki yang sebelah kanan mencangkuk jari kelingking pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan melangkah masuk ke bilik pengantin sambil memimpin pengantin perempuan.

Makan Damai:

Makanan disediakan di bilik pengantin di mana peneman-peneman pengantin lelaki turut bersama dan mereka akan dilayan oleh pengantin perempuan. Mak Andam merupakan orang utama di dalam majlis itu.

Makan Waris:

Pada malamnya pula, sekali lagi diadakan majlis makan yang dihadiri oleh waris dari kedua belah pihak. Di dalam majlis ini, besan dengan besan akan duduk bersama dan kedua pengantin akan berkenalan dengan waris dan sanak saudara dari kedua belah pihak.


Jemput Menantu:

Majlis ini diadakan untuk pengantin perempuan yang dijemput ke rumah pengantin lelaki berserta pengiring-pengiringnya. Rombongan pengantin perempuan tidak akan ke rumah bapa mertuanya selagi pengantin lelaki dan pengiring-pengiringnya tidak datang menjemput . Kedatangan pengantin lelaki digelar sebagai 'balik minum air'. Pengantin perempuan akan tidur semalaman di rumah pihak lelaki.


Malam Satu:

Setelah pengantin perempuan pulang ke rumahnya, pengantin lelaki akan tidur di rumah isterinya pula. Pengantin lelaki akan menyembahkan tepak sirih ketika menjelang subuh kepada bapa mertuanya. Perlakuan yang ditunjukkan oleh pengantin lelaki akan dapat diketahui sama ada pengantin perempuan itu masih dara atau tidak semasa dikahwini.


Membalas Tidur:

Bagi adat membalas tidur, pengantin perempuan buat kali keduanya akan tidur di rumah suaminya. Pengantin masih lagi memakai pakaian pengantin tetapi hanya sekadar pakaian 'kondeh' sahaja.

Dengan huraian yang dinyatakan, jelasnya bahasa masyarakat Melayu Melaka mempunyai adat istiadat perkahwinan tersendiri dan begitu unik sekali. Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan unsur-unsur adat yang dikira kurang penting tidak diamalkan oleh masyarakat Melayu Melaka.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat dan berguna, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook dengan tekan butang biru like dibawah

Lelaki Dayus

Lampiran ini saya titipkan khusus buat kawan2 dimana saja berada.. kerana telah menjadi trend dalam kehidupan masakini, ramai lelaki samada masih bujang, duda mahupun suami orang (ini yg banyak), amat gemar bermain cinta, berkasih-kasihan, bermanja-manjaan atau dalam ertikata lain menggatal dgn anak dara, janda mahupun isteri orang (ini yg ramai). Bagi saya yg berkerja di pejabat.. memang amat ketara, gejala ini amat berleluasa sekarang..

Pesanan khusus buat teman-temanku:
Lelaki - jangan lah nakal-nakal, ingatkan Allah yg menjadikan kita dan bersyukurlah.. bagi mereka yg bergelar suami dan bapa, awasilah mereka, jgn anda menjadi DAYUS kerana kedayusan itu bakal menafikan ruang utk anda di syurga Allah... nauzubillah...
Perempuan - jgn lah anda mengheret suami/bapa anda menjadi DAYUS akibat tingkah laku anda.. kasihanilah mereka.. jgn nafikan syurga Allah bagi mereka akibat perbuatan-perbuatan kita....mahukah anda melihat suami/bapa anda merengkuk dalam neraka?? nauzubillah.

Marilah kita sama-sama renungi nashkah berikut...

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

sabda Rasulullah

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

sabda Rasulullah

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Artikel Berkaitan

Hutang ~ Elakkan Berhutang untuk Berkahwin

Hutang pada kawan, pada ibu bapa, pada jiran tetangga, pada bank, pada MARA, pada PTPTN dan lain-lain, KALAU tak bayar, bersedialah untuk membayarnya di akhirat.

Nak bayar dengan apa ya di akhirat ? Bukannya ada duit, ada emas boleh bawa dari dunia ini di akhirat ? Kad kredit lagi lah tak laku kat sana.

Kalau kita berhutang, tak bayar di dunia, kita kena bayar pada orang yang berhutang dengan amalan kebajikan kita atau pahala kita.

Kalau pahala kita dah habis, maklumlah kat dunia ini sembahyang yang fardu saja, sedekah pun RM 10 je, nak bayar dengan apa ?

Kok dah habis pahala, kenalah dibayar dengan sistem barter. Amalan buruk atau dosa dari orang yang kita berhutang itu , kita akan pikul.

Jadi orang yang beri hutang kalau orang berhutang tak nak bayar jangan risau, kalau dah habis pahala dia kita ambil masih tak cukup nak bayar hutang, kita berikan dosa kita pada yang berhutang tadi.

Kepada yang berhutang, di dunia boleh lepas. Di akhirat nanti , 1 sen pun akan dikira.

Kepada sesiapa yang ada berhutang dengan saya, tolonglah tuntut sementara saya masih hidup ini. Kalau saya dah mati tolonglah tuntut pada waris saya. Kekadang kita terlupa kita ada berhutang , seringgit dua.

Kepada usahawan , professional dan ahli politik yang berjaya tapi liat nak bayar hutang MARA, hutang PTPTN dan sebagainya tak apa, kita tunggulah di akhirat nanti. Buatlah amal kebajikan banyak-banyak di dunia ini supaya boleh diberikan kepada orang yang menagih hutang di akhirat nanti atau orang yang menagih bantuan dan biasiswa.

Kepada bakal pengantin elakkan berhutang untuk berkahwin. Jika tidak mampu, buatlah seadanya jangan buat majlis perkahwinan lebih daripada kemampuan.

Perihal Hutang dalam Islam


Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-
Maksudnya :
Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya terhindar dari berhutang.
Doa baginda itu :- Ertinya :
Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Maksudnya :
Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:-
Maksudnya :
Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia.

penjagaan makanan

Snek pengantin baru...

Di waktu malam, saat menonton televisyen ataupun menghadap komputer, pasti terasa ingin mengunyah sesuatu. Jikalau bukan coklat, pastinya makanan ringan lain yang menjadi pilihan. Buat yang bakal mendirikan rumah tangga, adakah anda sudah terlupa dengan jadual diet anda? Jikalau tertekan dengan persiapan perkahwinan sekalipun, janganlah hilangkan tekanan dengan memakan snek-snek yang tidak berkhasiat. Bukalah diari diet anda semula. Semak
dengan teliti perkara-perkara yang sepatutnya anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

♥ Apakah snek berkhasiat?
Pengambilan snek yang salah boleh mengundang kepada peningkatan berat badan dan mengganggu pola pemakanan harian. Namun, jika anda bijak mengambil snek dalam waktu yang betul dan sesuai, snek tersebut boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan snek yang terbaik ialah dua jam sebelum waktu makan utama. Oleh itu, bakal pengantin di luar sana, rancanglah pemakanan yang baik untuk diri anda demi mendapatkan tubuh yang menawan di hari bahagia. Selain makanan ringan yang biasa dijadikan snek, cubalah makan makanan lain yang boleh dijadikan snek dan pastinya berkhasiat, sihat, dan seimbang.

♥ Biskut bijirin, anggur, dan keju
Saat mendengar jenis-jenis makanan ini pastinya terasa gerun hendak memakannya. Namun, tahukah anda, jika mengambil biskut bijirin, anggur, dan keju ini dengan kadar yang betul, anda boleh tampil sihat? Bijirin penuh atau lebih dikenali sebagai wholemeal seperti gandum mampu menurunkan kandungan gula darah dan juga kolesterol. Keju pula yang semestinya menjadi kegemaran ramai, mampu menambahkan unsur protein di samping menstabilkan gula, mengelakkan daripada cepat lapar, dan sebagai sumber kalsium untuk tulang.

♥ Sebiji epal sehari, menjauhkan kita daripada doktor!
Pernahkah anda mendengar pepatah tersebut? Hal ini ada kebenarannya. Amalkanlah pengambilan buah-buahan seperti epal kerana buah ini mengandungi kadar kandungan gula yang rendah. Selain kandungan gula yang rendah, buah epal juga mempunyai serat yang tinggi dan sesuai untuk pesakit diabetes. Namun, jangan pula anda ''melupakannya'', walaupun anda tidak mempunyai diabetes. Lebih elok jika sediakan payung sebelum hujan, bukan?

♥ Campuran sayursayuran segar dan yogurt
Sayur-sayuran segar dan mentah sememangnya kaya dengan pelbagai zat penting kerana tidak dimasak lagi. Oleh itu, untuk tambahan hidangan di malam hari, apa kata anda tambahkan menu sayur-sayuran segar seperti lobak merah dan brokoli. Kemudian, campurkan sayur-sayuran segar tersebut dengan yogurt
rendah lemak yang kaya dengan sumber protein. Dengan cara ini, perut akan lambat lapar selain tulang menjadi kuat.

Panduan
- Pilihlah makanan yang boleh dijadikan snek dan semestinya yang rendah lemak, gula, dan garam.
- Cubalah pilih snek daripada kumpulan karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin, dan mineral.
- Rancanglah pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Piramid makanan akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
- Snek boleh membantu anda mengelakkan diri daripada makan apa-apa sahaja yang anda lihat, namun mestilah snek yang berkhasiat.
- Ambillah snek ketika anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan, gelisah atau tertekan.
- Hadkan pengambilan snek kurang daripada 250 kilokalori setiap kali ia diambil dan jika terlebih, lakukanlah senaman bagi menyeimbangkannya semula.

Senarai Semak

Perkahwinan Jadikannya Satu Realiti Terurus

Detik perkahwinan merupakan saat yang pa ling ditunggu-tunggu oleh semua tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Ketika itu, pelbagai perasaan sukar digambarkan dengan kata -kata dan segala persiapan tentang perkahwinan perlu disiapkan agar segalanya berja lan lancar sehinggalah tiban ya hari bersejarah itu. Kebiasaann ya, persiapan perkahwinan perlu dilakukan sekurangkurangnya lima hingga enam bulan sebelum tiba hari perkahwinan yang sebenar. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya kelam-kabut di saat -saat akhir persiapan perkahwinan anda. Oleh yang demikian, bagaimana caranya untuk memulakan perancangan perkahwinan? Wajarkah sesuatu majlis perkahwinan ini dilakukan tanpa perancangan yang rapi? Pesona Pengantin menyingkap permasa lahan ini agar anda menjadikannya panduan sebelum tibanya hari bahagia.

♥ Buku nota jadi teman baik
Pertama sekali, ambillah buku nota dan pen yang boleh dijadikan peneman setia anda. Setiap kali hendak memulakan sesuatu perancangan, tulislah segala perancangan yang anda lakukan itu di dalam buku nota. Sertakan juga bajet, tarikh, masa, alamat, dan juga perkara yang ingin anda lakukan. Contohnya, jika anda mempunyai temu janji dengan butik pengantin, tulislah perancangan penuh tentang perkara yang ingin dilakukan. Bermula daripada pemilihan busana,
sehinggalah kepada ukuran badan yang diinginkan, pastikan semuanya ditulis di dalam buku nota tersebut. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti tersalah ukuran badan, ataupun tersalah tarikh tempahan!

♥ Tuliskan harga dan kos
Harga dan kos sesuatu barangan adalah sangat penting walaupun anda membelinya dalam kuantiti satu unit sahaja. Oleh yang demikian, tuliskan harga dan kos sesuatu barangan itu lebih-lebih lagi jika anda membelinya dalam kuantiti yang banyak seperti cenderahati dan kad undangan. Catatkan harga seunit barangan tersebut dan jumlahkan kesemua harga tersebut setelah anda membelinya. Dengan cara ini, segala perancangan perkahwinan anda terutamanya kewangan akan lebih terurus dan tidak ‘lari’ bajet. Walaupun kelihatan leceh dan rumit, sebenarnya cara ini mampu memberi kesan besar dalam pengurusan perkahwinan anda.

♥ Bajet yang diperlukan
Bajet merupakan perkara yang sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Jika tiada bajet yang secukupnya, agar sukar untuk mendapatkan perkahwinan yang terurus. Namun, jika anda bijak merancang, dengan bajet yang sedikit pun anda boleh merealisasikan impian untuk bergelar raja sehari. Agar semuanya terurus, dan tidak membazir setelah berakhirnya majlis perkahwinan yang berlangsung. Buatlah survey terlebih dahulu supaya anda mengetahui bajet yang sebenarnya diperlukan untuk sesuatu barangan. Jadi, jika bajet sudah dirancang, pastinya tiada masalah untuk anda meneruskan perancangan yang lain.

♥ Buatlah senarai semak
Masih ingat lagi senarai semak yang disertakan di dalam majalah pada keluaran lepas? Kami harapkan anda menggunakan senarai semak tersebut dengan sebaiknya. Jika tidak, buatlah senarai semak yang baru di dalam buku yang sesuai. Dengan adanya senarai semak ini, anda boleh menyemak semula perkara-perkara yang sudah pun selesai dilakukan. Contohnya, jika kad undangan sudah pun ditempah, buatlah catatan pada senarai semak itu bahawa kad undangan
sudah pun selesai dibuat tempahan. Senarai semak ini penting agar tidak ada perkara-perkara yang tertinggal berhubung perancangan perkahwinan anda.

♥ Senarai tugasan
Sebulan atau dua bulan sebelum tibanya hari bersejarah anda itu, pastikan anda telah merangka jadual untuk pembahagian tugas. Pembahagian tugas perlu dilakukan bermula daripada penyambut tetamu, pemberian cenderahati, sehinggalah kepada pengurusan makanan. Jika pihak katering yang menguruskannya, anda tidak seharusnya menyerahkan tugas tersebut sepenuhnya kepada mereka. Berilah seseorang untuk mengawal atau memerhati jika terdapat sebarang
masalah di saat-saat akhir. Pembahagian tugas ini bukan sahaja memudahkan tugas anda, malah dengan kerjasama daripada ahli keluarga yang lain, boleh
melancarkan lagi perjalanan majlis.


Bajet Nikah

Kawal perbelanjaan kewangan anda...

Hutang sememangnya tidak pernah habis dalam kehidupan seseorang. Hal ini bertambah rumit tatkala seseorang itu bakal mendirikan rumah tangga. Dalam hal ini, bukan bermakna perkahwinan itu menambah hutang atau menyusahkan, namun jika anda yang bakal berkahwin ini tidak pandai menguruskan kewangan, maka hutang yang sedia ada itu akan bertambah dan semakin bertambah. Tentunya hal kewangan ini merupakan aspek yang sangat penting di waktu ini iaitu di waktu ekonomi yang sedang berkembang.

Bagi yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga, pastinya perancangan kewangan terutamanya yang berkaitan dengan hutang menjadi topik utama dalam perhubungan anda dan pasangan. Hutang rumah, kereta, kad kredit, dan mungkin juga hutang perabot semuanya perlu dilaksanakan secepat mungkin. Namun, adakah anda bijak mengawal pendapatan bulanan dan juga hutang yang semakin berlipat-ganda? Tip di bawah ini pastinya membantu anda tatkala
sedang mencari jalan penyelesaian. Untuk mengetahui sama ada anda terlalu banyak hutang atau sebaliknya, buatlah nisbah pendapatan bulanan dengan pinjaman perumahan, bayaran kad kredit, dan juga ansuran pinjaman kenderaan anda. Dengan cara ini, pastinya anda boleh mengetahui nilai hutang daripada jumlah pendapatan anda sebulan.

Nisbah pendapatan / hutang:
Bayaran hutang bulanan (contoh: RM1000)
Pendapatan bulanan kasar (contoh: RM5000)
= RM1000 / RM5000
= 20%

Setiap bulan, pastikan anda mencatat setiap jumlah pendapatan dan juga hutang yang perlu dibayar supaya baki jumlah pendapatan boleh disimpan atau dibelanjakan. Dengan cara ini, anda akan lebih berdisiplin ketika menguruskan kewangan termasuklah pendapatan dan hutang anda.


Panduan

♥ Meminjam secara berhemat
Ketika membuat pinjaman, buatlah dengan kadar yang anda mampu. Jika anda mengira tahap kemampuan anda, sertakan sekali kos-kos tambahan yang kemungkinan besar ada. Contohnya, jika anda ingin membeli rumah, sertakan sekali perbelanjaan untuk mengubah suai rumah, perabot, dan yuran penyelenggaraan yang akan dikenakan.

♥ Urus kad kredit dengan bijak
Sebelum berkahwin, pastikan anda tidak menggunakan kad kredit jika tidak bijak mengawalnya. Jika anda memilih untuk menggunakannya, cubalah jelaskan baki anda setiap bulan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah. Sebenarnya, caj faedah kad kredit lebih tinggi berbanding dengan jenis pinjaman yang lain.

♥ Kurangkan hutang anda
Memang benar, hutang tidak boleh dielakkan. Namun, kurangkanlah jumlah hutang yang ada jikalau boleh. Apa salahnya jika anda mempunyai wang tambahan, kurangkanlah caj faedah yang akan dikenakan.

♥ Buatlah belanjawan
Bukan negara sahaja yang memerlukan belanjawan kewangan. Oleh yang demikian, buatlah belanjawan bulanan dan catatlah di dalam buku nota untuk mengetahui pembayaran hutang, dan jumlah perbelanjaan. Dengan cara ini, kewangan anda akan lebih teratur dan tersusun.

♥ Mulakanlah simpanan
Buatlah pelan simpanan anda bagi mengurangkan keperluan untuk sebarang pembelian kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung hidup anda jika anda kehilangan kerja. Mungkin juga untuk kehidupan keluarga dan anak-anak setelah berkahwin nanti.

Pentingnya komunikasi dalam rumahtangga

Rumahtangga yang bahagia dan ceria sering dikaitkan dengan keupayaan pasangan dalam berkomunikasi.

Ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.



Bukanlah menghairankan antara isu yang timbul akibat kurang komunikasi termasuklah kecurangan, pergaduhan, saling tidak mempercayai dan salah sangka.

Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. Dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia.



Allah berfirman yang bermaksud: 'Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat' - Surah as-Syuara' :214. Dalam kehidupan manusia, ada dua cara untuk berkomunikasi sama ada secara lisan atau melalui isyarat bukan lisan.



Pepatah Melayu menyebut Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Dalam hal ini, kita boleh fahami bahawa kata-kata amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, tambahan pula kesannya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Jadi, kita harus berhati-hati dalam setiap perkataan yang kita ungkapkan apatah lagi interaksi antara suami isteri.



Dalam setiap masa dan ketika sebelum mengeluarkan sebarang perkataan, kita mestilah berfikir dahulu sama ada kata-kata itu boleh merosakkan hubungan. Apakah kata-kata yang kita ungkapkan sebagai sesuatu yang berguna, membina atau boleh mengeruhkan hubungan?

Dalam agama Islam, ucapan salam seharusnya dijadikan satu kebiasaan. Membudaya salam dalam kehidupan seharian boleh mengukuh hubungan kasih sayang. Rasulullah menegaskan: 'Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak beriman sehinggalah kamu saling cinta mencintai. Mahukah kamu, kalau aku khabarkan satu perkara yang jika kamu melakukannya kamu akan saling cinta-mencintai? Maka sebarkanlah ucapan salam sesama kamu' - Hadis riwayat Muslim.

Amalan salam boleh dilakukan ketika sampai ke rumah atau sebelum memasuki rumah. Daripada Anas, katanya: 'Rasulullah telah bersabda: Apabila kamu hendak memasuki rumah mu, ucapkanlah salam supaya kamu dan ahli rumah mu mendapat keberkatan' - Hadis riwayat al-Tarmizi.

Apakah amalan yang baik untuk mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga? Amalan makan bersama ahli keluarga dengan memulakan doa adalah satu amalan berjemaah. Apabila mahu meninggalkan ahli keluarga untuk keluar rumah, kita boleh biasakan dengan ucapan selamat tinggal. Bertambah erat pula jika isteri atau suami dan anak mengiringi sehingga ke muka pintu. Begitu juga sambutan dengan senyuman ketika kembali ke rumah.

Bermasam muka dan tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga merupakan saat yang pahit dan membosankan. Islam melarang kita sesama Muslim memutuskan hubungan. Sabda Rasulullah s.a.w: 'Tidak halal bagi seseorang Muslim itu tidak menyapa (menegur) saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya bertemu yang seorang memalingkan mukanya ke sini dan seorang memalingkan mukanya ke sana. Orang yang lebih baik di antara keduanya ialah yang memulai memberi salam' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



Marah bila ditegur?

Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Teguran dan kritikan boleh menyebabkan hati berasa sakit. Apa yang penting, suami isteri mestilah sentiasa berfikiran terbuka dan rasional. Kesilapan kecil dan remeh temeh mudah kita maafkan.

Sementara itu, kesilapan besar perlu dibetulkan dari semasa ke semasa. Teguran untuk mendidik dan mencernakan rasa sayang boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan penuh hikmah yang sesuai dengan masa dan ketika. Teguran boleh dianggap sebagai kata perangsang dan dorongan.

Keharmonian hidup dalam sebuah rumah tangga bahagia amat bergantung pada sejauh manakah tahap kelancaran komunikasi yang berlaku dari semasa ke semasa.

Bagaimana Elak Suami atau Isteri Curang ?

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.

Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

BERUSAHA MEMPERBAIKI ISTERI

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah (SWT). Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya. Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak memberi keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya. Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah (SWT), dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah (SWT).

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah (SWT) Taala.
2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya, seperti:
a) Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).
b) Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.
c) Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar
melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
d) Mendidiknya agar rajin bersedekah.
e) Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.
f) Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan
dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk
menyediakan kaset-kaset tersebut.
g) Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali
persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling
kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.
h) Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara
menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi
tempat-tempat kejahatan.

Persiapan Utama Berumahtangga

MEMILIH ISTERI DENGAN BAIK

"Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang (berkahwin) dari hamba-hambanya sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah (SWT) akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah (SWT) Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur : 32 )

Ciri-ciri isteri solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:

Menjalankan perintah agama, wanita yang cantik, yang kaya, yang baik keturunannya dan beriman.

1- Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

2- Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda "Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat.”

3- Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda "Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat".

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud:

"Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.”

Peranan Mak Andam Di Majlis Perkahwinan

Melangkah ke alam perkahwinan bagi kebanyakan bakal pengantin ia adalah sesuatu yang mendebarkan. Malah, semakin hampir tarikh yang ditetapkan, semakin itulah kencangnya debaran di hati apabila menantikan saat itu.


Menyedari perkara itulah pada zaman dulu, mak andam adalah antara individu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada mak andam yang bertanggungjawab secara menyeluruh; daripada menjaga protokol majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin termasuk, menjaga pengantin secara rohani dan jasmani.


Apa yang pasti, pengisian rohani bagi bakal pengantin yang akan menaiki jinjang pelamin oleh mak andam dilihat begitu penting dijaga agar mempelai berasa lebih tenang, tidak gemuruh dan yakin khususnya ketika bersanding di atas pelamin.


Begitu juga dengan penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik, berseri dan sopan. Detik itu, pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh mak andam dan ia ibarat Mak Inang yang menjaga puteri raja.


Lebih unik dan menariknya, bagi masyarakat Melayu zaman dulu, adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan dibuat lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.


Anak dara yang akan memasuki alam perkahwinan akan diandam oleh juruandam dan sudah dikenali memang kerjanya mengambil upah menjadi ‘emak pengantin’.


Juruandam, Meriam Sedit atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, berkata walaupun adat berandam jarang dilakukan hari ini, ia sewajarnya dikekalkan sebagai persediaan awal bakal pengantin menghadapi segala kemungkinan hari bersejarah iaitu pada hari perkahwinannya.


Kak Yan, berkata ramai daripada kalangan kita yang tidak mahu berandam kerana menganggapnya kerja remeh dan lebih-lebih lagi kebanyakannya sibuk dengan urusan harian serta sering diburu masa walaupun hari perkahwinan sudah semakin dekat.


“Ada juga yang tidak mempercayai mengenai adat berandam ini dan menganggapnya sebagai karut semata tanpa mengetahui kepentingan kepada bakal pengantin itu sendiri. Tetapi bagi saya, pengantin mesti berandam kerana adat ini adalah proses menaikkan seri pengantin dan perbezaan wajah akan ketara jika bakal pengantin tidak diandam berbanding dengan yang diandam,” katanya ketika di temui di butik andaman milik sendiri yang dikenali Yan Seri Andam.


Beliau yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya membentuk disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam diri dan supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’ ketika bersanding.


Katanya, pada masa kini ramai yang menganggap, kerja mengandam sekadar membuat solekan muka dan dandanan rambut saja. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mak andam ada tanggungjawab tersendiri dan seharusnya melengkapkan diri dengan keperluan yang lengkap apabila memulakan urusan mengandam. Tugas mengandam pula merangkumi dari hujung rambut hingga ke kaki.


“Apabila memperkatakan berandam pengantin, ramai di kalangan kita yang hanya mengaitkannya memantis dan mencukur kening, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan Mak Andam.


“Bagaimanapun, tidak dinafikan dalam adat potong andam sememangnya perkara sedemikian dilakukan kepada pengantin dan antara tujuan utamanya, diumpamakan sebagai mencari ketenangan di dalam diri mereka.


“Aspek psikologi dalam diri bakal si pengantin harus diambil kira memandangkan dia akan melangkah ke alam baru yang lebih bermakna,” katanya.


Kak Yan berkata, oleh kerana pasangan yang hendak berkahwin dihimpit ujian oleh godaan syaitan maka ayat dan surah al-Quran akan digunakan serta dibaca kepada pengantin sebagai ‘pendinding’ supaya dapat menempuh hari perkahwinan tanpa ada sebarang kecacatan.


Bacaan dan surah yang biasa digunakan seperti ayat Kursi, al-Fatihah, surah Yusuf serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


“Membaca doa seumpama itu penting untuk memantapkan rohani pengantin dan sebagai usaha memohon kepada Allah agar sempurna semuanya sehinggalah ke akhir majlis perkahwinan itu.


“Pokoknya, doa yang dibaca adalah untuk meminta kesejahteraan pengantin dan memastikan dirinya cantik seperti bidadari atau hebat setiap kali tetamu memandangnya serta dijauhkan daripada sebarang khianat dan malapetaka,” katanya.


Mengenai acara yang dilakukan dalam adat berandam, Kak Yan berkata, antaranya termasuklah mandi bunga. Biasanya pelbagai jenis bunga digunakan dan ia diramas terlebih dulu untuk mengambil pati sarinya kemudian dicampurkan ke dalam air sebelum pengantin berendam di dalamnya.


Antara tujuan mandi bunga ialah meredakan emosi dan menyegarkan badan. Malah, secara saintifik dan mengikut hukum fizik tenaga air dan haruman bunga sebenarnya memang berupaya untuk memberikan keharmonian dan kesejahteraan pada minda serta fizikal.


Ketika ditanya tujuan mencukur bulu roma pada wajah katanya, ia membolehkan solekan tampak lebih daripada biasa di samping, jika pengantin berpeluh ia tidak mengalir di celah bulu roma sehingga menjejaskan solekan. Memantis kening pula adalah bertujuan untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.


Bagaimanapun, apa yang pasti hari ini peranan mak andam walaupun dilihat masih penting dan diperlukan, tugas dipikul tidaklah seberat dulu yang terpaksa menjaga bakal pengantin dari awal hingga selesai majlis perkahwinan.


Tugas utama yang dilakukan juruandam hari ini sebaliknya, lebih menitikberatkan dandanan dan menyolek paras wajah pengantin supaya tampak jelita serta berbeza daripada solekan hari-hari biasa serta memastikan persalinan pakaian mempelai lengkap dan secocok digayakan.


Malah, bagi masyarakat bandar dan individu yang dilingkari gaya hidup moden, kebanyakan tugas Mak Andam lebih banyak diganti atau diambilalih oleh jurusolek. Selain itu dulu mak andam lazimnya di kalangan orang tua yang berkemahiran dan berpengetahuan luas, khususnya berkaitan rahsia serta hal rumah tangga dan membuatkan dirinya dihormati masyarakat.


Kini, usia bukan lagi persoalan utama untuk bergelar mak andam dan ada kala individu yang menjadi juru andam masih lagi anak dara atau belum ada pengalaman melalui gerbang perkahwinan. Apa yang lebih penting, selagi mempunyai kemahiran bersolek dan berdandan, ia sudah cukup syarat untuk melaksanakan tugas sebagai juru andam.


Menarik mengenai adat berandam zaman dulu



Pengertian berandam itu sebenarnya ialah wanita yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya.


Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat di sama ratakan. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara berkenaan.


Selepas selesai diandam dan diasah gigi, anak dara itu akan dimandikan serta disapukan bedak. Bakal pengantin akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan Mak Andam akan menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara itu akan membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak dara berkenaan.


Apabila siap dimandikan, maka hujung sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek inai ini dilakukan terlebih dulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan

Peringkat-peringkat Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai kerana Dia; sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasulullah saw bersabda:


"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri hati kepada mereka. Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung kerana Allah."


Terima kasih kepada penulis asal