Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Kerap kali bercerai

Soalan 50

Assalamualaikum

  1. Saya sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata. Masalah saya ialah suami saya memang suka menyebut pasal penceraian. Disebabkan oleh itu, kami sudah mengalami penceraian sebanyak 2 kali dan dahpun rujuk sebanyak 2 kali.

  2. Tetapi sekarang ialah suami saya ada mengatakan hasratnya yang ingin berpisah untuk yang ke 3 kali disebabkan masalah-masalah kewangan. Dia ingin lari daripada segala masalah kerana mengaku tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.

  3. Persoalannya sekarang ialah sudahkah jatuh talak yang ke 3 itu kerana dia sudah berkali-kali mengatakan dia ingin berpisah dengan saya? Dia juga pernah memberitahu kepada kawannya yang dia dengan saya sudah tiada hubungan apa-apa lagi.

Jawapan

Assalamu'alaikum

Puan,

  1. Persoalan sama ada talaq itu jatuh atau sebaliknya tidak dapat dijawab dengan tepat kerana Puan tidak mencatatkan lafaz yang jelas.

  2. Walau bagaimanapun, untuk menjelaskannya, Puan dan suami perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Puan tinggal dengan mengemukakan surat perakuan nikah Puan supaya masalah Puan dapat didengar dengan lebih jelas dan dapat dipandu dengan tepat.

  3. Berhubung dengan kata-kata suami Puan, bahawa beliau dan Puan tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi, suami Puan perlu ditanya tentang niat beliau semasa beliau melafazkan ayat tersebut. Puan perlu segera ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian daripada Pegawai Rundingcara Jabatan.

Sekian, Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment