Pages

 photo cdfg_zpsa050135e.jpg  photo sddf_zps85c1ecb0.jpg  photo Untitled-1_zps82be47ba.jpg  photo reyery_zps1c3c9bbf.jpg

Ibu mati ketika dibedah

KEPULAUAN MENTAWAI: Jeritan seorang kanak-kanak memanggil ibunya yang sudah meninggal dunia ketika menjalani pembedahan di bahunya yang patah semalam amat menyayatkan hati.

Bimas, 12, yang belum tahu mengenai kematian ibunya itu menangis teresak-esak sebaik pembedahan dilakukan ke atasnya oleh doktor dari Tentera Nasional Indonesia (TNI), semalam.


Bapanya, Sarifinus,30-an, berkata anaknya masih belum diberitahu mengenai kematian ibunya itu kerana risau akan terus menangis hingga sukar untuk dirawat.

Katanya, sebelum ini, anaknya itu dirawat di Pusat Kesihatan Sikakap sebelum menjalani pembedahan di Rumah Sakit Angkatan TNI yang baru dibuka semalam.


Direktoral Jeneral Pelayanan Kesihatan Kementerian Kesihatan, Indonesia, Dr Supriantoro ketika ditemui berkata pihaknya menyediakan dua khemah pembedahan kecemasan bagi menampung dan mengambil alih rawatan bagi pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan segera.


“Malam ini (semalam) saja 12 kes pembedahan dijalankan membabitkan ced serius yang dialami mangsa tsunami kerana apa yang merisaukan pihak kami, ramai mangsa mengalami kecederaan parah termasuk patah anggota badan yang memerlukan pembedahan segera.

“Penempatan pusat pembedahan segera ini juga dilakukan apabila tempoh perjalanan membawa mangsa ke Hospital Besar Padang mengambil masa yang lama selain masalah cuaca dan pengangkutan,” katanya.


Beliau berkata, hingga hari ini bekalan perubatan masih mencukupi namun pihaknya masih memerlukan doktor dan petugas perubatan.

Katanya, bantuan kecemasan masih tidak dapat disalurkan kerana masalah cuaca dan pengangkutan udara.

No comments:

Post a Comment