Dalam fotografi perkahwinan, antara faktor utama yang memainkan peranan dalam menentukan sesuatu assignment yang berjaya adalah kemampuan mendapat gambar- gambar yang kreatif, lain daripada yang lain, dan yang bersesuaian dengan personaliti pasangan pengantin.
Banyak proses yang berlaku dibelakang tabir dalam penghasilan sesebuah karya yang dapat menarik perasaan pengantin dan orang ramai.
Apa yang saya ingin kongsi disini adalah salah satu cabang dalam bidang fotografi perkahwinan, iaitu bagaimana hendak mendapat gambar yang menarik bersesuaian dengan suasana sekeliling dan personaliti pengantin. Selama saya terlibat dalam bidang ini, saya cuba untuk mengikuti langkah- langkah ini untuk memperbaharui, mendapat kelainan, dan memadankan ekspresi pengantin dengan keadaan sekeliling. Ini amat penting kerana setiap pengantin adalah berbeza, dan cara untuk kita menzahirkan ekspresi mereka di dalam gambar juga memerlukan teknik- teknik yang berbeza.
Membuat kajian hasil kerja photographer lain
- Lihat kepada sudut komposisi mereka, adakah mereka mempunyai style yang anda belum pernah lihat selama ini?
- Cuba sesuaikan hasil kerja photographer- photographer lain dengan hasil anda, adakah unsur- unsur yang boleh dimasukkan.
Berkomunikasi dengan pasangan pengantin
- Pengantin yang pemalu biasanya tidak suka kepada aksi- aksi yang ‘riang’ seperti melompat atau berlari, manakala pengantin yang periang akan berasa bosan sekiranya anda kurang bercakap atau tidak pro-aktif dengan cara pengarahan anda.
Mencuba sudut- sudut yang berlainan
- Mengambil gambar dari 3 sudut berbeza juga boleh mendapatkan hasil yang berlainan dan menarik. Contohnya pengantin yg sedang duduk, jika diambil dari sudut aras tanah, aras mata dan aras atas kepala boleh menberi impak yang berlainan, walaupun kedudukan pengantin tetap sama.
Membuat tinjauan lokasi terlebih dahulu
- Ini penting kerana anda dapat pre-visualize apa yang anda ingin dapat di tempat tersebut bersama pengantin, dan juga dapat mengambil tips mengenai pergerakan cahaya matahari, dan apa yang boleh dilakukan sekiranya hujan pada hari tersebut.
- Ini dapat menjimatkan masa dan penggunaan masa pada sesi tersebut amat efisyen kerana tidak banyak membuang masa untuk berfikir dan mencari idea.
Jika perkara- perkara diatas dapat ditanamkan di dalam minda setiap kali kita hendak keluar mengambil gambar, insyaAllah kita dapat meghasilkan suatu kualiti kerja yang bermutu dan bersesuaian dengan kehendak pengantin, kerana akhirnya mereka merupakan pelanggan kita dan disamping anda, mereka juga berhak untuk berasa puas dengan apa mereka bayar dan mengharapkan hasil yang menepati citarasa mereka.
No comments:
Post a Comment